Subhanallah, Cantiknya New Zealand. Wanita Ini Kongsi ‘Trip’ Perjalanan Ke NZ & Sydney Selama 10 Hari
April 24, 2018
Share
Alangkah indahnya jika dapat merasai suasana percutian di luar negara dengan pemandangan yang indah dan memukau. Dalam masa yang sama, kita dapat melupakan seketika segala stress dan masalah yang berlegar-legar di minda.
Jika anda mahu percutian yang menenangkan, apa kata pergi bercuti ke Sydney dan New Zealand. Tidak dapat dinafikan, Sydney dan New Zealand memiliki pemandangan yang cukup indah dan sesuai untuk anda yang suka berselfie.
Kalau anda tak tahu nak mulakan dari mana, boleh cuba lihat itinerary yang dikongsi oleh wanita bernama Fana Farhana menerusi akaun Facebooknya. ‘Trip’ perjalanan selama 10 hari yang cukup lengkap dan sempurna. Fana Farhana juga turut berkongsi info dan tips penting untuk anda sepanjang berada di sana. Semoga bermanfaat untuk anda!
DAY 1
SYDNEY
Kuala Lumpur to Sydney by AirAsia X
Check in Airbnb at Arncliffe
Town Hall & Paddy’s Market
Darling Harbour (Cruise ride to Circular Quay)
Naji’s charcoal chicken & kebabs at Arncliffe
DAY 2
CHRISTCHURCH
Sydney to Christchurch by Emirates
Apex Car Rental
Maihan Supermarket (Grocery store & Halal Butchery)
Christchurch Botanic Garden
Cathedral Square & Restart Mall
Pak N Save (Grocery shopping)
The Afghan Restaurant
Check in Airbnb at Roydvale Avenue, Christchurch
DAY 3
CHRISTCHURCH TO GREYMOUTH VIA ARTHUR’S PASS (370 KM)
Springfield
Lake Lyndon
Castle Hill
Lake Pearson
Otira Viaduct Lookout
Greymouth
Pancake Rocks and Blowhole, Punakaiki
Hokitika Beach
Check in Airbnb at Hokitika
Glow Worm Dell, Hokitika
DAY 4
HOKITIKA TO TWIZEL (463 KM)
Rakaia Gorge
Lake Tekapo
Twizel
Check in Rathlin Cottage at Twizel
DAY 5
MOUNT COOK NATIONAL PARK TO QUEENSTOWN VIA LINDIS PASS (330 KM)
Trekking at Hooker Valley Track
Lake Pukaki
Lake Ruataniwha
High Country Salmon, Twizel
Lindis Pass
Jackson Orchard, Cromwell
Roaring Meg Lookout
Arrowtown
Check in Copthorne Hotel & Apartments, Queenstown
DAY 6
QUEENSTOWN TO TE ANAU (265 KM)
Shopping at Queenstown
Glenorchy Wharf
Te Anau
Check in Te Anau Lakeview Holiday Park & Motels
DAY 7
MILFORD SOUND TO WANAKA VIA CARDRONA (461 KM)
Milford Sound
Stop by scenic area (Eglinton Valley, Mirror Lake etc)
Te Anau Lake
Crown Range Summit
Wanaka
Check in Airbnb at Wanaka
DAY 8
WANAKA TO OAMARU VIA ROXBURGH (384 KM)
Lake Wanaka
Wanaka Lavender Farm
Cromwell
Lake Dunstan
Clyde Dam
Lake Waihola
Dunedin (Baldwin Street)
Ali Baba Barbecue Restaurant, Dunedin
Check in Airbnb at Oamaru
DAY 9
OAMARU TO CHRISTCHURCH (249 KM)
Caroline Bay, Timaru
Aylesbury Road, Christchurch
Return car
Christchurch to Sydney by Emirates
Check in Airbnb at Sydney Olympic Park
DAY 10
Sydney to KL by AirAsia X
MEALS
Arncliffe, Sydney – Naji’s charcoal chicken & kebabs (Kebab on plate-lamb sedap sangat)
Di NZ, kami banyak order lauk frozen dari Encik Rahimi Ahmad, salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja kat sana. Sampai Christchurch, En Rahimi hantar makanan tu dekat rumah kami. Semua masakan sedap-sedap sangat and bertahan sampai hari terakhir di NZ. Recommended untuk yang nak travel ke Christchurch. Makanan frozen tu kami simpan dalam cool bag dan letak ice pack. Sampai airbnb/hotel masukkan dalam freezer, panaskan mana yang nak makan je.
Nak beli fresh salmon, boleh ke High Country Salmon, Twizel / Mount Cook Alpine Salmon. Salmon scrap boleh dapat NZD5 sahaja satu plastik. Tapi masa kami pergi, staff inform kena pre-order sehari sebelum (maybe sbb peak season, ramai orang).
Halal beef,lamb dan sosej kami beli di Maihan Supermarket di Christchurch.
Nak beli ayam halal pun boleh cari dekat supermarket Pak N Save/ Fresh Choice. Cari jenama Brinks, Tegel, Turks.
Dekat Dunedin pun banyak pilihan restoran halal. Sebab ada yang teringin nak makan steak, so kami ke Ali Baba Barbecue Restaurant.
Puhoi Valley Chocolate Milk. Wajib rasa susu ni kalau ke NZ!
INFO & TIPS
Trip kali ni pergi berenam. 4 dewasa, 1 baby, 1 kanak-kanak.
Suhu sekitar 12-25 celcius masa kami dekat sana. Sejuk + berangin tapi terik matahari. Pakai lah sunblock kalau tak nak sunburn.
Kami sewa Hyundai iMax dari Apex Car Rental + roadside cover + zero excess insurance + baby/booster seat. (kanak-kanak bawah 7 tahun wajib guna baby/booster seat)
Navigation bergantung penuh dengan Google Maps. Download offline map siap-siap. Alhamdulillah selamat sampai semua tempat.
Harga minyak berbeza ikut tempat dan stesen. Hampir setiap hari jugak la kami kena isi minyak disebabkan jarak perjalanan yang jauh. Average dalam NZD100-130 setiap kali isi. Ambil AA Smartfuel Card dekat Countdown Supermarket, dapat diskaun 6cent per litre kalau isi minyak dekat BP & Caltex. Minimum isi NZD40 per receipt.
Hooker Valley Track. 11km return trip, melalui 3 suspension bridges, Hooker river dan dikelilingi pemandangan gunung dan tasik yang superb cantik! Alhamdulillah mission accomplished dengan sorang budak dalam stroller dan baby dalam carrier mak nya. Kami ambil masa 4 jam trekking pergi dan balik. Banyak sangat berhenti ambil gambar.
Milford Sound Cruise kami book dari Jucy. NZD45 untuk trip paling awal, 8.50 pagi. Kami bertolak dari Te Anau Lakeview pukul 6.30 pagi, sampai Milford Sound 8.15 pagi.
Tempat tinggal banyak book dari Airbnb. Semua rumah bersih dan cantik sangat2 especially rumah di Oamaru. Pakai airbnb travel credit, so banyak jgk boleh jimat compare to hotel/hostel. Sesiapa yang nak travel credit RM105, boleh sign up Airbnb guna link ni: www.airbnb.com/c/ffarhana7
Musim buah paling banyak time summer. Kalau nak buat aktiviti fruit picking boleh ke area Cromwell, contohnya di Jackson Orchards. Ceri paling sedap kami beli dekat farm tepi jalan area Roxburgh kalau tak salah.
Beli simkad dari https://hello1010.my/. Simkad boleh digunakan di Australia dan New Zealand. (RM149, 4GB unlimited & coverage pun ok sgt). Simkad ni bertahan sampai hari ke-6, then beli simkad Spark (NZD29, 1.5GB) dekat Queenstown.
Setiap makanan yang dibawa kena declare. Kami print gambar makanan dengan ingredients dalam kertas, then sampai sana tunjuk dekat imigresen.
The Warehouse Shopping Centre di Frankton, Queenstown. Banyak jugak barang murah kat sini seperti kasut, toys. Coklat Whittaker’s pun kami beli kat sini.
Souvenir banyaknya beli dekat kedai DF Souvenir, Queenstown. Windbreaker & sweater pun cantik2 dan murah jugak.