Viral di media sosial baru-baru ini apabila pelakon dan pengacara tinggi lampai, Daphne Iking memegang seekor anjing dengan mengeluarkan satu kenyataan yang mengundang perhatian dan kemarahan netizen. Tetapi Daphne sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil cantik berhijab sempurna. Ramai menyangka dia sudah melakukan penghijrahan apabila tampil berhijab sempurna dengan busana longgar yang menutup auratnya. Tetapi sebenarnya Daphne hadir berhijab ketika menjadi host program kebajikan kutipan dana untuk pembinaan masjid di Seville, Spain menjadi tumpuan.
Menurut Daphne, dia berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. Menurutnya lagi, dia sudah mula memakai selendang sebelum dia berhijrah lagi. Dia juga memberitahu mempunyai sebab tersendiri mengapa masih belum bertudung.
Melihat kepada masyarakat hari ini, dia percaya seseorang lebih cepat menghukum dan mencari kesalahan berbanding melihat sesuatu daripada sudut yang positif. Jadi lebih baik dia betulkan, menambah pengetahuan dan memperkukuhkan iman dahulu.
Memang cantik sekali melihat penampilan Daphne Iking berhijab. Ramai yang teruja dan mendoakan yang terbaik buat Daphne. Kita doakan semoga Daphne akan dibukakan hati untuk melakukan penghijrahan dan berhijab sepenuhnya satu hati nanti.
ezzatynur95 You looking so beautiful @daphneiking
darlila_savoury_sweet_food Subhanallah.. sgt cantik ciptaan Allah swt
asiah78 Alhamdulillah @daphneiking ?? u look amazing
lena_a.k.dir Cantik sgt! Semoga diberi rahmat & hidayah olehNya.
syafiq_caylic Insyaallah. Aminn2..u look more sweet in hijab
Sebelum itu, pelakon dari Sabah ini telah memeluk Islam dengan nama Islamnya adalah Dahlia Eleanor M Iking. Dia juga menegaskan bahawa tujuan sebenar memeluk agama Islam adalah kerana terpesona dengan keindahan agama Islam bukan semata-mata kerana ingin mengahwini lelaki Muslim.
Daphne dan suaminya. Azmi Abdul Rahman berkahwin pada 8 Januari 2011 di kampung halamannya, Keningau, Sabah. Walau bagaimanapun mereka hanya mengadakan majlis kenduri secara kecil-kecilan.
Sebelum itu dalam Utusan Online, Daphne pernah memberitahu dia selalu teruja untuk mengetahui keindahan agama lain kerana mahu pastikan dapat mengulas sesuatu perkara dengan tepat.
Apatah lagi kebanyakan ahli keluarga Daphne jenis yang suka membaca. Semua bahan bacaan dibaca termasuk buku berkaitan agama yang turut diletakkan di rak buku. Antara buku tentang agama yang pernah dibaca seperti Understanding Islam (A Brief Illustrated Guide To Understanding Islam oleh I.A. Ibrahim).
Menurutnya buku ini mengajar panduan asas Islam. Ia memudahkan dia untuk belajar tentang perkara boleh dilakukan atau dilarang dalam agama ini, ternyata Daphne begitu teruja dan bersemangat setiap kali bercerita lanjut tentang minatnya yang mendalam tentang agama.
Daphne memberitahu keluarga sebelah ibunya, Naili Ganahang adalah sebuah keluarga campuran yang cukup unik. Mereka terdiri daripada latar belakang budaya dan agama yang cukup berbeza. Jadi dari sinilah mereka menghormati kepercayaan masing-masing.
Takdir bagaimanapun telah membuka hati Daphne untuk mendalami agama Islam. Rakan-rakan mualaf juga banyak bercerita tentang keindahan dan kesucian Islam. Rasa ingin tahu semakin memuncak dan Daphne banyak bertanya kepada ustaz kalau ada soalan bermain di fikiran tentang hal-hal berkaitan agama.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DAPHNE IKING
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI