“Subhanallah Cantik & Manisnya Dia,” Netizen Puji Penampilan Ainan Tasneem Yang Kini Selesa Berniqab Lepas ‘Bersara’

Share

Suatu ketika dulu nama Ainan Tasneem cukup popular seangkatan dengan penyanyi lain seperti Tasha Manshahar, Najwa Latiff dan beberapa penyanyi yang lahir dari saluran youtube. Namun itu sebelum penyanyi ini berkahwin dan mempunyai anak seorang. Selain tidak lagi aktif menyanyi, penampilan penyanyi ini juga telah jauh berubah apabila lebih senang mengenakan pakaian patuh syariah dan mengenakan niqab. Perubahan ini nyata menggembirakan followernya di Instagram yang turut memuji dia masih cantik walaupun hanya dapat melihat mata sahaja.

Biarpun berniqab, Ainan Tasneem tidaklah bergaya tipikal seperti yang kita bayangkan dengan berjubah dan berhijam hitam. Sebaliknya dia lebih selesa mengenakan seluar besar serta blous labuh atau jubah mengikut warna yang digemari.

Tidak lagi aktif menyanyi, Ainan Tasneem kini lebih selesa bergelar isteri dan menguruskan anak perempuan sulungnya, Ainan Salsabiela yang baru berusia hampir setahun.

Selain itu dia yang pernah popular dengan lagu Aku Suka Dia dan juga 150 juta yang menjadi siulan kerana liriknya yang catchy dan mudah diingati ini juga turut mengusahakan bisnes online menjual barangan aksesori dan hiasan wanita.

Dia yang berjaya menggenggam segulung ijazah dalam Sarjana Biologi Gunaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) April lalu terpaksa menagguhkan hasrat bergelar pensyarah kerana mahu tumpukan perhatian pada keluarga kecilnya.

Dalam temubual bersama Utusan Online, Ainan memberitahu dia kini dalam fasa cukup bahagia kerana suaminya, Mohd Ariffuddin banyak mempengaruhi hidup dengan membawa dirinya lebih dekat dengan agama. Banyak dipelajari dari suaminya itu di samping mempelajari satu sama lain.

Nyata dia yang sudahpun bersara dari lapangan dunia seni ini cukup selesa dengan penampilannya kini. Masih ada aura dan netizen kata dia lebih cantik berbanding duu.

Ayuh kita lihat #OOTD Ainan Tasneem yang tetap cantik biarpun berniqab.

#1. @hurinjameelastore Cantikkk sgt

#2. @damariss_official gorgeousnyaaaa sis!!!!

#3. @addawiah_abdmalik Sejuk mata memandang

#4. @rhr.store SubhanAllah cantiknya

#5. @emmaismail_mrs_eddy Cantik.. Tudung pon comel

#6. @habibi_ezzati1211 Subhanallah, manisnya

#7. @dygkuzahirah cantiknya awk

#8. @azrulhis Cntik puan ainan..

#9. @gooodiesgifts simple tapi comel lah. i like style kak ainan

#10. @imannabdul Sweet mummy Ainan

#11. @zainabzulkarnain95 Cantiknya kak ainan..سبحان الله

#12. @fyraprint Hai ainan..cantiknya

#13. @fararozmi Ya Allah cantiknya ainan

#14. @aambercl Cantik ainan pakai purdah. Semoga istiqomah selalu

#15. @specialist.sister Lawa

Published by
Siti Zurina