Nama Fuad Rahman, mula dikenali dan menjadi sebutan apabila dia kembali beraksi menerusi Program Realiti Gegar Vaganza 9 (GV9) yang lalu.
Meski mempunyai sejarah silam yang tidak berapa enak untuk diungkapkan, di tambah pula dengan ukiran tatu di bahagian leher dan beberapa anggota badan yang lain. Namun, itu bukanlah penghalang untuk Fuad menuju ke arah kebaikan dan kembali ke pangkal jalan.
@rajakingtom #gengngaji #astroria #live #gegarvaganza9 #tomfuadrahman #fuadrahmantom #tomfuadrahman #tomgv9 #singapore ♬ original sound – Tom
Baru-baru ini, sebuah muatnaik video yang dikongsikan isterinya di aplikasi TikTok menerusi akaun pengguna @Rajakingtom telah berjaya menarik perhatian warganet sekaligus membuatkan rata-ratanya merasa kagum.
Dalam hantaran video berkenaan dapat dilihat penyanyi kelahiran Singapura itu bersama isterinya memenuhi undangan sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Geng Ngaji iaitu sebuah program terbitan Astro.
Pada program itu, dapat dilihat Fuad yang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Taha dengan penuh penghayatan dengan begitu merdu sekali.
Mengulas isu sama, isteri kepada Fuad iaitu Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom tidak menafikan bahawa dirinya masih belum pandai mengaji lancar dan merdu seperti suaminya.
@rajakingtom sementara tunggu berbuka…#fuadrahmantom #tomfuadrahman #tomgv9 #tomfuadrahman #gegarvaganza9 ♬ original sound – Tom
“Terima kasih banyak-banyak kepada Astro Ria yang jemput Fuad Rahman dan Tom untuk join live program geng ngaji tadi.
“Fuad saja mengaji, Tom tak pandai sangat lagi, hehe, terima kasih.” Tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat maklum balas wargamaya berkenaan perkara ini.
Artikel berkaitan: Lunak Merdu Suara Amir Ahnaf Mengaji Tawan Hati Netizen, Sampai Ada Yang Nak Jadikan ‘Calon’ Suami!
Kebanyakkan warganet membanjiri hantaran itu dengan komen puji-pujian diatas perkongsian murni yang dilakukan oleh Tom berhubung sisi positif suaminya.
Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dan tersentuh dengan alunan ayat suci al-Quran yang dibaca Fuad.
Sekadar info, Fuad dan Tom mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.
Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2005, bagaimanapun ikatan mereka terputus ditengah jalan selepas Fuad dijatuhkan hukuman penjara ekoran terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Sumber: Tik Tok @Rajakingtom
Artikel berkaitan: Tak Mahu Balik Awal Dari Kelas Mengaji, Telatah Dua Anak Fatin Afeefa Ingin Khatam Al-Quran
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.