Bukan senang untuk mengukuhkan hubungan rumah tangga yang dibina. Bukan disebabkan berapa lama tempoh sudah kahwin kerana ada yang sudah lama berumah tangga juga boleh berpisah. Namun rupanya kehadiran isteri ini juga sebagai penambah rezeki sedia ada.
Seperti perkongsian suami Yana Samsudin, Fadzil Zahari yang memberitahu 10 ciri-ciri peranan seorang isteri itu yang juga menambah rezeki dalam keluarga.
Ternyata perkongsian berguna ini di laman sosial facebook milik adik Datuk Farid Kamil ini mendapat respon cukup bagus dari netizen. Rata-rata berterima kasih atas perkongsian amat berguna ini.
Nor Ayu Hidayahwaalaikumusalam.. Mintak share ye bang… Apa yg abg smpaikan ni,penuh ngn ilmu
Rupanya inilah sebab rumah tangga pasangan ini sentiasa kekal harmoni tanpa ada sebarang gosip liar yang boleh meruntuhkan masjid yang dibina.
Assalmualaikum… selain berbuat baik pada ibu bapa ni saya share sikit
Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya, rezekinya dengan izin Allah jadi semakin murah malah mengalir deras atas sebab peranan isteri. Seorang isteri, yang membuat rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekaligus menjadi sumber rezeki paling berharga buat suami.
Dikongsikan ciri-ciri isteri menghadirkan rezeki menjadi deras untuk suaminya menurut Islam.
1. Isteri yang sentiasa bersyukur.
Isteri yang sentiasa bersyukur atas semua kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya termasuk juga rezeki. Bersyukur punya suami, bersyukur jadi ibu. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).
Ads
2. Isteri yang tawakal
“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3).
Bila seorang isteri bertawakkal pada Allah tentang rezeki, ketika dia tidak bekerja maka Allah akan mencukupkan rezeki dari jalan lain. Mungkin tidak melalui dirinya boleh jadi Dia akan memberi rezeki yang banyak pada suami yang kemudiannya diberikan sebagai nafkah yang cukup buat dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya. “Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Cuba kita perhatikan, tidak ada satu pun keluarga yang jika semuanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Tapi bagaimana dengan seorang suami yang bergelumang maksiat tapi namun rezekinya lancar?
Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Boleh jadi kerana takwa sang isterinya dan bayi yang belum berdosa, lalu Allah mempermudah rezekinya. Suami ini sebenarnya berhutang pada isterinya.
4. Isteri yang banyak beristighfar
Ads
Diantara keutamaan istighfar ialah mendatangkan rezeki. Ia dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12.
“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang suka bersilaturahim
Isteri yang suka mengeratkan silaturahim, baik pada orang tuanya, mentua, keluarga serta teman-temannya pada dasarnya dia sedang membantu melancarkan rezeki suami. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri yang suka bersedekah
Kita semua tahu tentang ganjaran bersedekah. Keutamaan sedekah itu misalnya dijelaskan dalam surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali ganda. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah. Apabila isteri yang mendapat nafkah dari suami, lantas sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya. Boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya melimpah.
Ads
“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).
7. Isteri yang bertakwa.
Orang yang bertakwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan bakal mendapatkan rezeki menurut jalan yang tidak disangka-sangka.
Firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3. “Barangsiapa bertakwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Allah SWT adalah Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan bersandar kepada usaha kita semata sebaliknya banyakkan berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa, Allah akan mengabulkannya.
Solat dhuha adalah solat sunat ganjarannya luar biasa. “Pada tiap tiap pagi, lazimkanlagh atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
10. Isteri yang taat serta melayani suaminya
Salah satu kewajipan isteri pada suami adalah mentaatinya. Taat pada perintah suami selagi ia tidak bertentangan dengan suruhan agama. Apa hubungannya dengan rezeki? Bila seorang isteri taat pada suaminya, hati suaminya damai dan tenang. Dalam keadaan ini suami akan lebih fokus, kreatif dan aktif. Ibadahnya juga lebih tenang, sekali gus rezeki mengalir lancar.
Kanser payudara merupakan pembunuh utama bagi kaum wanita. Kebanyakan wanita menghidap kanser payudara pada usia kurang dari 50 tahun. Ini bermakna kanser ini boleh terkena pada sesiapa sahaja.
Risiko kanser payudara seperti faktor kekeluargaan dan genetik memang tidak boleh diubah. Tetapi, anda boleh menjaga serta memperbaiki gaya hidup anda untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan kanser payudara.
Ini 7 perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan risiko kanser payudara.
1. Lakukan Pemeriksaan
Pemeriksaan payudara sendiri secara rutin merupakan kunci utama untuk mengesan kehadiran kanser ini. Hanya anda sahaja yang tahu perubahan bentuk payudara anda.
2. Makan Makanan Yang Sihat
Mengamalkan pola pemakanan yang sihat merupakan salah satu cara untuk mengurangkan terkena risiko kanser payudara.
3. Kawal Berat Badan
Kajian menunjukkan wanita yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding gadis yang mempunyai berat badan normal. Jadi, kawal berat badan anda ya.
4. Aktif Bersenam
Dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan, anda tentu mampu mengawal kenaikan berat badan. Jadi, luangkan sedikit waktu untuk bersenam okay. Sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah jogging, berbasikal atau berjalan laju.
5. Berhenti Merokok
Sudah banyak kajian menunjukkan bahawa berhenti merokok adalah cara paling mudah untuk menjaga kesihatan secara keseluruhan termasuklah mencegah risiko terkena penyakit kanser.
6. Hindari Paparan Radiasi
Beberapa penelitian menunjukkan bahawa asap kenderaan, penggunaan peralatan kesihatan seperti CT Scan boleh menyebabkan kanser.
7. Terapi Hormon
Jika anda melakukan terapi hormon selama lebih daripada tiga hingga lima tahun, ia boleh meningkatkan risiko terkena kanser. Jika anda menggunakan terapi hormon untuk mengatasi masalah menopause, lebih baik anda tanyakan dahulu pada doktor.
TANDA KANSER PAYUDARA
Gejala utama tentunya dengan kehadiran ketumbuhan, lelehan cecair daripada puting dan rasa sakit serta tidak selesa di sekitar payudara.
Terdapat lelehan yang keluar daripada puting. Kadangkala mengandungi darah dan berair serta datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
Ruam pada bahagian payudara dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam pada puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat ekzema.
Ketumbuhan merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan ada pada sebelah payudara sahaja. Ia keras dan pejal.
Sekiranya kanser ini telah melarat dan sudah berada di peringkat berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan payudara. Bentuk dan saiz payudara akan berubah. Terdapat bentuk lekuk pada kulit dan tekstunya seperti kulit buah oren.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dunia terasa gelap apabila meluhat butiran jerawat tertonjol-tonjol di permukaan muka. Masalah ‘breakout’ yang dihadapi menyebabkan dunia jadi gelap. Penat mencuba produk mahal yang belum tentu hasilnya tetapi hijabi ini, tidak lokek berkongsi mengenai produk penjagaan kulit yang sesuai untuk menghilangkan masalah jerawat di muka.
“Bismillahirahmannirahim sekarang dhijah nak kongsi serba sedikit tentang produk yang dhijah pakai untuk hilangkan jerawat and parut hitam, semua produk ni uolls boleh cari kat watson atau guardian atau farmasi yang berdekatan.”
Langkah 1 :
Sebelum cuci muka, remove make up/ kotoran kat muka dengan garnier micellar cleansing water yang sangat sangat efektik hilangkan kotoran. Harga RM9.90 untuk yang kecil untuk 1-2 bulan pakai dan bawah RM19.90 untuk yang besar untuk 5-6 bulan pakai.
Langkah 2:
Untuk mencuci muka, gunakan cetaphil sebab sangat selamat dan disarankan oleh doktor pakar kulit. Bila pakai cetaphil kulit jadi lembut dan bersih. Harga satu ni bawah rm25.00 and boleh tahan sampai 2-3 bulan.
Langkah 3 :
Gunakan skrub green tea skrub jenama St Ives sebab produk ni sangat best bila pakai. Seminggu boleh pakai 3 kali sahaja, harga RM18 tahan sehingga 6-7 bulan. Jimat kan? Kesan dia pulak blackhead jadi kurang and hilangkan jerawat.
Langkah 4:
Aplikasikan toner jenama aiken, untuk kesegaran muka juga boleh melindungi muka daripada panahan matahari dan kawal minyak muka. Harga yang berbaloi RM5.90 tetapi kesan sangat efektif. Satu botol tahan 2-3 bulan.
Langkah 5 :
Langkah seterusnya untuk melembabkan, apabila menggunakan daily losyen aiken muka akan rasa selembut baby and produk ni sangat bagus untuk muka berjerawat. Sangat disarankan kerana keberkesanan produk dan harga RM12 untuk 2-3 bulan.
Langkah 6 :
Sunblock jenama biore perfect moisturising milk, selain daripada mengandungi spf 50 dan tekstur yang lembut dapat melindungi kulit dan sesuai dengan cuaca di Malaysia. Harga RM16 untuk 3-4 bulan.
Langkah 7 :
Bila tersedar ada jerawat besar tumbuh kat muka, jangan lupa gunakan tea tree oil jenama aiken sebab dalam masa 2-3 hari jerawat akan kecut dan hilang. Sesuai untuk kegunaan di malam hari, tea tree oil ni RM12 tapi boleh la tahan 1-2 bulan.
Langkah 8 :
Garden of Eden Rosa Triple Action Acne serum ini boleh disapukan pada parut hitam dan ia sangat berhasil, dalam 5-7 hari parut hitam mula pudar, tapi kena rajin pakai tiap tiap malam, satu botol ni boleh la bertahan untuk 2-3 minggu dengan harga RM40. Boleh didapati di farmasi atau guardian terdekat anda.
SUPLIMENT TAMBAHAN
• DR Pure Vita C sebab elok untuk baiki kulit muka, putihkan kulit, bantu hilangkan muka jerawat, satu kotak RM35 untuk 1-2 bulan.
• Selepas bangun tidur pagi sebelum mandi, minum air masak 2 hingga 3 gelas. Muka akan rasa lebih segar. Amalkan juga minum air sehari 2-3 liter dan apabila cukup minum air di dalam badan, muka kurang naik jerawat.
Antara perkongsian hijabis Dhijah untuk hilangkan jerawat nakal di muka. Selain daripada perkongsian ini, Dhijjah mendoakan masalah jerawat di muka hijabis boleh diatasi. Walaubagaimanapun hijabis yang punyai masalah yang kritikal boleh berjumpa dengan pakar kulit. Hijabis di luar sana ingin berkongsi seperti Dhijjah boleh PM terus admin di Facebook.
Sumber : Khadeeja Farid
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Usahawan dan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pasangan, pendakwah Haris Ismail, 26. Proses ijabkabul tersebut disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor di sini tepat pukul 11.30 pagi tadi.
Pada majlis tersebut, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin daripada Haris dalam bentuk sebentuk cincin.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.
Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Dato’ Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Dato’ Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
Merancang keseluruhan majlis ketika negara menjalani perintah PKP 2.0 bukan mudah bagi mempelai ini, tetapi Alhamdulillah majlis yang kami rancang selamat dilangsungkan. Pereka majlis untuk majlis perkahwinan saya ini iaitu Reka Teemor berjaya merealisasikan keseluruhan dekorasi untuk hanya dalam sekitar sebulan. Benar, kekangan berlaku apabila kerajaan mengumumkan PKP2.0 sekitar penghujung tahun lalu.
Tapi saya sangat bersyukur kerana apa yang dirancang, dapat dilaksanakan pada hari ini. Neelofa dan Reka Teemor bersetuju untuk menggunakan rona putih sebagai satu-satunya warna dalam majlis ini.
Dia Seorang Yang Menenangkan
Majlis yang cukup berbahagia dan sederhana itu tiada gadis dulang mahupun di pihak lelaki. Hantaran dari pihak pengantin hanya yang wajib. Bagaimanapun, untuk mas kahwin, Neelofa menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.
Menantikan hari bahagia Lofa, ramai yang tertanya-tanya detik perkenalan antara Lofa dengan suami dan bila Lofa mula merasakan Haris adalah orangnya.
“Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. Sekitar bulan Jun kalau tak salah. Kemudian pada 2018, saya bekerjasama buat kali yang pertama dengannya untuk sebuah projek. Selepas kolaborasi tersebut, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.”
Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing. Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa. Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran mahupun masalah.”
Tidak terfikir untuk berehat walau sudah berumahtangga
Buat masa ini, Neelofa tidak terfikir untuk berehat. “Banyak hal bisnes yang perlukan pemantauan saya walaupun selepas majlis berlangsung. Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan. Memang agak skibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga.
Persediaan berumahtangga
Lofa kini memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat, banyak nasihat yang diberikan dan insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan. Dalam masa yang sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelas- kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga.
Sebelum ini kami menubuhkan Markaz Tijaari, Untuk kolaborasi projek, kami fokuskan Markaz Tijaari terlebih dahulu. Selain itu, untuk pelan jangka masa panjang pula, kami juga merancang untuk memperkenalkan produk- produk lain di bawah jenama tersebut, insya-Allah.
Harapan menimang zuriat
Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka.
Harapan Neelofa terhadap perkahwinan:
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina, dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan juga suami.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...