Suami Syukur Neelofa Diterima Menjadi ‘Co Host’ Syarikat Antabangsa, Walaupun Berniqab

Share

Figura terkenal Neelofa menjadi selebriti pertama tempatan pilihan syarikat antarabangsa Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatan itu di seluruh dunia.

Neelofa, 34, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, pemilihannya sebagai ‘co host’ Airbnb itu dimulakan dengan kempen Rumah Terbuka Raya Airbnb yang bakal berlangsung di Sekebun Bunga, Batang Kali, Selangor pada 20 hingga 22 Mei ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Berniqab, Followers Instagram Neelofa Naik Mendadak Hingga Cecah 8 Juta!

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja apabila dipilih menjadi ‘co host’ pada kempen yang dibuat Airbnb di sini. Insya-Allah, jika sambutan bagus akan diteruskan di tempat pula.

“Seperti kita tahu, Airbnd ini ada di seluruh dunia. Jadi, ini peluang terbaik apabila dipilih bekerjasama dengan mereka. Kebetulan saya pun suka ‘travel’.

“Bagi kempen Rumah Terbuka Raya ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi host bersama Airbnb di sebuah lokasi yang cukup cantik dan selesa. Saya tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan tetamu,” katanya.

Suami syukur Neelofa diterima

Sementara itu, suami Neelofa, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkata, dia bersyukur kerana isterinya masih diterima baik biarpun sudah tampil berniqab.

“Sebagai suami tentu saja saya gembira dan bersyukur, walaupun dia sudah berniqab dan tutup aurat tapi masih diterima ramai. Bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat antarabangsa.

“Sesuatu yang membanggakan juga apabila syarikat antabangsa memandang wanita Muslimah sebagai ikon untuk mewakili jenama mereka. Macam sebelum ini pun, ada beberapa juga jenama antabangsa lain yang masih sudi bekerjasama dengannya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Seorang Yang Semuanya Perkara Boleh Buat Dengan Baik” – Neelofa Syukur PU Riz Ada Untuk Menegurnya

Rumah Terbuka Raya sulung Airbnb di Sekebun Bunga itu boleh memuatkan hingga tujuh orang. Penginapan untuk dua malam itu menawarkan  harga istimewa.

Umum Neelofa berniqab tiga tahun lepas sebelum berumahtangga, perubahan imejnya diterima baik oleh semua yang mengenalinya dan malah figura ini menjadi tumpuan jenama-jenama fesyen rerkemuka seperti Gucci, Lancome dan banyak lagi.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH