Suami Lafaz Akad ‘Berbahasa Jepun’, Mas Kahwin Dalam Yen! Pasangan “Rare” Ini Raih Perhatian Netizen

Share

Baru-baru ini tular satu video di Tiktok pengantin lelaki yang berasal dari Jepun telah melafazkan ijab kabul dengan menggunakan bahasa Jepun dan telah menarik perhatian ramai. Memang luar biasa!

Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW yang dituntut dan digalakkan oleh Islam bagi mereka yang berkemampuan serta cukup memenuhi syarat. Dalam Islam, perkahwinan bukan hanya semata-mata sebagai penyatuan dua jiwa dan soal cinta, tetapi ia merupakan ibadah dan kepentingan untuk memikul tanggungjawab di antara suami dan isteri. 

Antara syarat sah yang juga menjadi rukun nikah dalam Islam adalah lafaz akad nikah. Di Malaysia, lafaz tersebut kebiasaanya dilafazkan menggunakan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu. Namun berbeza buat pasangan ini!

Artikel berkaitan: Kahwini Lelaki Muslim, Usia Perkahwinan Anak Bill Gates Cecah Setahun

Lafaz akad nikah menggunakan Bahasa Jepun

Video yang tular baru-baru ini telah dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @Ajwad Azizan, iaitu abang kepada pengantin perempuan tersebut. Video perkahwinan yang ‘luar biasa’ ini juga telah mendapat perhatian netizen serta meraih lebih 1.1 Juta tontonan dan 99.3K kesukaan.

@ajwadazizan Alhamdulillah selesai pernikahan Yoshiki dan adik, semoga sampai ke syurga amiin. #nikah #jepun #japan #kahwin #fyp ♬ original sound – Ajwad Azizan

Video yang dikongsikan mempamerkan momen ketika adik perempuannya sedang bernikah bersama dengan pasangannya yang berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Pasangan tersebut kelihatan begitu manis berpakaian putih sedondon.

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Yoshiki sedang bersalaman dengan bapa pengantin perempuan sambil melafazkan akad dengan menggunakan Bahasa Jepun menandakan bahawa bermulanya kehidupan baru mereka sebagai suami isteri.

Disebabkan perbezaan bahasa, majlis perkahwinan itu menggunakan perkhidmatan ‘translator’ atau penterjemah bagi memastikan majlis itu berlangsung dengan lancar. 

“Nikah dengan orang Jepun akad kena ada translator (penterjemah bahasa). Abang ipar dua orang pandai cakap jepun, sorang terjemah sorang lagi jadi saksi,” kata Ajwad.

Ajwad turut memaklumkan bahawa mas kahwin yang diterima oleh pengantin perempuan juga berbentuk duit Jepun (Yen). Tambahan itu,terdapat juga netizen yang gigih menukar semula nilai mata wang kepada Ringgit Malaysia.

Ketika ditanya mengenai momen perkenalan pasangan tersebut, Ajwab menyatakan bahawa pasangan tersebut bertemu buat kali pertama ketika adiknya bekerja di Jepun. 

“Tahniah!”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan teruja melihat penyatuan pasangan tersebut. Ramai yang mengatakan ia merupakan sesuatu yang “rare” serta sempat berseloroh menggunakan bahasa Jepun.

Netizen juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah dan turut mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal ke Jannah.

“Seronok kahwin campur ni. boleh belajar budaya dan bahasa lain…”

“Tahniah… moga bahagia hingga Jannah.”

“Wow hebat .. Alhamdulillah semoga pernikahan adik abang diberkati Allah SWT”

“Alhamdulillah..bertambah umat Islam. moga jodoh mereka berpjgn dan bahagia hingga ke syurga.”

“Wahhh tahniah. kita doakn generasi kita btmbh kahwin campur dgn belah2 Timur ni.”

Artikel berkaitan: Kisah Unik Dalam Perjalanan Rohani Mereka, 12 Selebriti Seberang Memilih Peluk Islam

Sumber: Tiktok Ajwadazizan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira