Baru-baru ini tular satu video di Tiktok pengantin lelaki yang berasal dari Jepun telah melafazkan ijab kabul dengan menggunakan bahasa Jepun dan telah menarik perhatian ramai. Memang luar biasa!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW yang dituntut dan digalakkan oleh Islam bagi mereka yang berkemampuan serta cukup memenuhi syarat. Dalam Islam, perkahwinan bukan hanya semata-mata sebagai penyatuan dua jiwa dan soal cinta, tetapi ia merupakan ibadah dan kepentingan untuk memikul tanggungjawab di antara suami dan isteri.
Antara syarat sah yang juga menjadi rukun nikah dalam Islam adalah lafaz akad nikah. Di Malaysia, lafaz tersebut kebiasaanya dilafazkan menggunakan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu. Namun berbeza buat pasangan ini!
Video yang tular baru-baru ini telah dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @Ajwad Azizan, iaitu abang kepada pengantin perempuan tersebut. Video perkahwinan yang ‘luar biasa’ ini juga telah mendapat perhatian netizen serta meraih lebih 1.1 Juta tontonan dan 99.3K kesukaan.
Video yang dikongsikan mempamerkan momen ketika adik perempuannya sedang bernikah bersama dengan pasangannya yang berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Pasangan tersebut kelihatan begitu manis berpakaian putih sedondon.
Dalam video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Yoshiki sedang bersalaman dengan bapa pengantin perempuan sambil melafazkan akad dengan menggunakan Bahasa Jepun menandakan bahawa bermulanya kehidupan baru mereka sebagai suami isteri.
Disebabkan perbezaan bahasa, majlis perkahwinan itu menggunakan perkhidmatan ‘translator’ atau penterjemah bagi memastikan majlis itu berlangsung dengan lancar.
Ads
“Nikah dengan orang Jepun akad kena ada translator (penterjemah bahasa). Abang ipar dua orang pandai cakap jepun, sorang terjemah sorang lagi jadi saksi,” kata Ajwad.
Ajwad turut memaklumkan bahawa mas kahwin yang diterima oleh pengantin perempuan juga berbentuk duit Jepun (Yen). Tambahan itu,terdapat juga netizen yang gigih menukar semula nilai mata wang kepada Ringgit Malaysia.
Ketika ditanya mengenai momen perkenalan pasangan tersebut, Ajwab menyatakan bahawa pasangan tersebut bertemu buat kali pertama ketika adiknya bekerja di Jepun.
“Tahniah!”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan teruja melihat penyatuan pasangan tersebut. Ramai yang mengatakan ia merupakan sesuatu yang “rare” serta sempat berseloroh menggunakan bahasa Jepun.
Ads
Netizen juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah dan turut mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal ke Jannah.
“Seronok kahwin campur ni. boleh belajar budaya dan bahasa lain…”
Teman baik itu sukar dicari. Kawan yang hadir waktu senang itu banyak tapi yang ada tatkala waktu susah itu sedikit bilangannya. Sebab itulah kita perlu hargai sahabat sejati ini dengan sebaiknya.
Seperti pelakon popular, Elfira Loy, dia telah menunjukkan penghargaan terhadap rakan baiknya iaitu Bella Dally melalui kejutan khas untuknya yang bakal bergelar ratu sehari tidak lama lagi.
Elfira selalu memberikan usaha yang gigih dalam meraikan sesuatu sejak dari dahulu lagi. Terima kasih untuk hadiah spa dan juga makan malam. Sayang kamu.
Alahai manisnya El ni! Teringat zaman mereka berdua waktu berlakon bersama dalam drama Qalesya dulu. Moga ikatan persahabatan ini terus kekal sampai bila-bila ya!
#ininikahkoboi . tiada photographer, tiada baju nikah, tak bwk hntran, g umah tok kadi dgn pakai selipar 😂😂 . sebab Allah sebaik2 perancang.detik pernikahan yg ternyata 360 darjah tidak mengikut ap yg dirancang. . meh kita cerita 😂 . asalnya rancang nikah 27.03, majlis 28.03. disebabkan perintah kawalan pergerakan, majlis ditunda dan nikah akan diawalkan kpd 21.03. . bridal habis bayar(pakej nikah+majlis), catering dah bayar separuh, goodies dah settle tinggal nak tggu mjlis je.. so bila keadaan ini berlaku, semua yg dibooking terpaksa ditunda dan ofkos bridal pun tak berani nak buat perkhidmatan bagi pakai baju nikah 😂 maka, ini lah jadinya.. kita pakai je baju recycle 😅 . 20 MAC 2020(Jumaat) *tarikh kami bernikah… selepas maghrib, dpt ws dpd suami “awak, esok kita boleh ke bernikah ni ?” dgn bagi satu document pekeliling dpd Jabatan Agama Islam Johor yg menyatakan start 21.03 smpai 31.03, segala Majlis pernikahan perlu ditangguhkan 😅. dapat dokumen tu terus bagi pada ayah, ayah pun apa lagi terus guna kuasa veto nya call Tok Kadi Minta Tok Kadi nikahkan kita mlm ni juga 😅 ayah call suami utk siap terus takpayah bwk ap2 brg(hantaran), bwk diri je dtg umah mai nikah mlm ni jugak 😂😅 .
tepat jam 1130 mlm, alhamdulillah dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri di umah tok Kadi 😂😂 yg hnya dihadiri oleh 2 org saksi, wali , juru nikah , pantin laki perempuan n selit lah ibu sekalii 😭😭 .
ye, mmg ribut kelam kabut seiring dgn perangai kita yg kelam kabut ni 😂😂. Pkul 8 dpt tahu pekeliling, pkul 11 lari g umah tok kadi 😂😂 dan merasa lah kita nikah yg betul2 simple, dgn tak prepare ap2 mlm tu.. dapat masakkan beehun goreng je utk tetamu dpd pihak suami yg hnya dtg 3 org shj.. haa sempoi kan ? 🤭🤭 .
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah 😭 syukur sebb segalanya dah selesai.. dgn tarikh nikah yg berubah dua kali disaat akhir, dgn sesimple2 ni dpt rasa keberkatannya :’)) baik sgtt Allah. pada awal nya terasa beratnya ujian ni, Majlis terpaksa ditunda dgn gelisah hati keadaan skrg takut tak dpt nikah, tapi rupanya Allah nak bgi kami nikah lagi awal n jatuh pada Hari Jumaat 💕😊. . #doakankami #kenanganmanis#syukurAllahmudahkan
Credit : Nurul Syamimi Ibrahim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda mengalami kekeringan kulit, terasa ketat, merengsa, gatal-gatal atau kemerahan? Sekiranya anda mengalami semua ini, kemungkinan anda mempunyai kulit sensitif.
Kulit sensitif boleh disebabkan oleh faktor luaran seperti cuaca, pencemaran udara dan pendedahan kepada sinaran UV yang berlebihan. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor dalaman seperti tekanan, alahan dan perubahan hormon. Apa pun puncanya, kami dapat membantu dengan rangkaian Hada Labo+ Sensitive Hydrating yang baru.
Hada Labo+ Sensitive Hydrating terdiri daripada Pembersih Wajah, Losyen, Susu dan Krim – semuanya diformulasikan dengan formula perlindungan yang menenangkan untuk menguatkan dan memulihkan keseimbangan dalam kulit anda. Dengan formula perlindungan tiga kali untuk keberkesanan tiga ciri di bawah:
Melindungi
Mengandungi Lesitin, Squalene dan Shea Butter yang membentuk kristal cair bionik yang tidak kelihatan sebagai lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam mengekalkan kesihatan kulit.
Menguatkan dan Merawat
Mengandungi Phytosterols dan Ceramide yang membantu untuk melicinkan, melembutkan dan juga menguatkan serta merawat perintang kulit.
Melegakan Kemerahan
Mengandungi Alpha Bisabolol dan Gingerol untuk menenangkan serta melegakan kerengsaan dan kemerahan pada kulit.
Dalam ujian pengguna menggunakan Krim Hada Labo+ Sensitive Hydrating pada kulit yang sensitif dengan kemerahan kulit, pengurangan yang amat ketara dalam melegakan kemerahan dan kerengsaan dilihat dalam tempoh hanya 4 jam selepas dipakai. Hasilnya menunjukkan keberkesanan krim dalam menenangkan kemerahan dan menguatkan perintang kulit.
Seperti semua produk Hada Labo, rangkaian Hada Labo + Sensitivity Hydrating juga mengandungi ramuan terkenal iaitu Hyaluronic Acid yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk menghidratkan dan mengembalikan kelembapan kulit. Ia adalah pH seimbang dan bebas daripada wangian, pewarna, alkohol dan minyak mineral.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...