Kecantikan

Stress Jerawat Pasir Tumbuh Di Wajah, Baca Perkongsian Lengkap Gadis Ini Cara Atasinya Dengan Mudah

Share

Kehadiran jerawat pasir di wajah pastinya akan membuatkan kita rasa tidak selesa. Saiznya yang kecil dan berbintik-bintik menyebabkan kita akan gatal menyentuhnya dengan tangan. Kehadirannya boleh mencacatkan sedikit penampilan lebih-lebih lagi jika wajah dalam keadaan polos tanpa sebarang solekan. Perkongsian di laman twitter ini memberitahu cara terbaik untuk mengatasinya.

Ayuh kita baca thread di bawah ini yang dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial menggunakan nama akaun @bunny-chan. Thread ini telah di RT lebih 7K dan butang like pula dalam 8K.

1. Kena berbalik kepada penjagaan kulit wajah paling asas.

2. Gunakan oil cleanser untuk mengurangkan pori-pori. Tetapi pastikan oil cleanser sesuai dengan kulit anda.

Ini contoh produk pembersih muka paling sesuai.

3. Lagi satu jangan lupa hydrate
kulit anda.

Ini antara produk dicadangkan untuk hydrate kulit.

4. Cara seterusnya adalah exfoliate untuk buang segala jenis sel kulit mati dan kekotoran atas kulit.

5. Penting juga untuk bersihkan mekap secara teratur.

6. Sesekali boleh juga tukar produk pembersih wajah, cuma ada kalanya tak sesuai jugak dengan kulit wajah.

Boleh juga pastikan penggunaan produk lain seperti serum, pelembab dan sebagainya.

7. Jangan lupa juga untuk apply sunscreen
.

Boleh juga hilangkan masalah risiko pori tersumbat.

8. Pastikan rutin penjagaan wajah yang betul untuk pastikan kulit mendapat segala nutrien dan perlindungan diperlukan.

9. Jangan lupa sesekali  pakai clay mask 1 atau 3 kali seminggu. Kulit akan hydrate dengan baik.

 

 

Published by
Siti Zurina