Stress Fikirkan ‘Masalah Kulit’ Makin Teruk? Serum Ini ‘Mampu’ Atasinya!

Share

Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza, begitu juga dengan permasalahan kulit yang dihadapi. Tahukah anda, untuk mengatasi masalah kulit yang pelbagai, pemilihan dan penggunaan produk yang tepat adalah amat penting! Jangan sembarangan pilih produk, risau masalah kulit itu akan menjadi lebih teruk nanti sis.

Justeru, pelopor produk kecantikan yang semakin mendapat perhatian di hati Hijabi Malaysia, Wardah Beauty merupakan jenama produk kecantikan dari tanah seberang yang kualitinya tidak perlu dipertikaikan lagi, menariknya jenama ini memiliki rangkaian produk yang mampu menyelesaikan pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam sehinggalah masalah kedutan kulit dan garis halus.

Antara produWardah Beauty yang wajib Hijabi cuba adalah serumnya! Kerana ia direka khas untuk menyelesaikan masalah kulit wajah secara khusus, lebih menarik lagi produk ini mempunyai status halal dan dirumus menggunakan bahan-bahan yang selamat pada kulit.

Rangkaian Wardah The Serum Expert Dirumus Khas Atasi Masalah Pelbagai Jenis Kulit!

Mesti hijabi teruja dan tak sabar nak tahu, serum Wardah bagaimana yang sesuai untuk atasi masalah kulit sis kan? Disini Hijabista senaraikan manfaat dan pengkhususan Wardah The Serum Expert mengikut jenis permasalahan kulit:

  1. Wardah Hydra Rose Micro Gel Serum – Melembapkan Kulit Terhidrasi

Wardah Hydra Rose Micro Gel Serum dirumus khas untuk menangani masalah kulit kering (dry skin) kerana serum dari ekstrak ros ini diformulasi untuk membantu menghidrat dan melembapkan kulit wajah.

Malah, ianya diperkaya dengan kandungan minyak yang diekstrak dari bunga mawar, serta mampu memberikan penghidratan secara aktif selama 72 jam sekaligus menjaga dan mengawal kelembapan kulit sepanjang hari!

Lebih menarik lagi, butiran Hydra Moist Micro Gel yang terkandung didalam serum ini mempunyai zarah yang begitu halus, hingga mampu menembusi setiap lapisan kulit hingga ke dasar untuk memberikan kelembapan yang luar biasa.

  1. Wardah Crystal Secret Dark spot & brightening Serum – Mencerahkan dan mengurangkan tompok hitam

Memiliki kulit wajah yang cerah, sihat dan berseri sememangnya menjadi dambaan setiap wanita-wanita Asia, dengan penggunaan ‘Wardah Crystal Secret Dark Spot & Brightening Serum’ impian memiliki kulit cerah dan mulus bakal menjadi kenyataan dan bukan sekadar angan-angan.

Selain, memudarkan bintik hitam dan mengecilkan liang pori pada wajah, serum ini juga membantu mencerahkan kulit serta memperbaiki tekstur dan warna kulit yang tidak sekata.

Ini demikian kerana, serum ini kaya dengan bahan aktif yang mampu mencerah dengan lebih efektif terutamanya ke atas kulit yang mempunyai pigmentasi.

Justeru, untuk mendapatkan kulit idaman, kenalah gunakan serum Wardah ni sebagai rutin harian secara konsiten, confirm tak menyesal bila akhirnya kulit menjadi lebih halus, cerah, anjal dan lembap.

  1. Wardah Lightening Serum Ampoule – Mencerahkan kulit yang kusam

Untuk atasi masalah kulit kusam, apa kata Hijabi gunakan Wardah Lightening Serum Ampoule ni, yang mana serum ini mempunyai kandungan 10X Advanced Niacinamide yang boleh mencerahkan kulit, menyamarkan parut jerawat dan juga melindungi kulit daripada terdedah kepada blue light.

  1. Wardah C-Defense Serum – Antioksida dan Mencerahkan

Wardah C-Defense Serum adalah antara serum yang paling mendapat sambutan ramai kerana mempunyai kandungan vitamin C yang mampu memberi kesan kulit yang sihat, berseri serta malar segar.

Serum ini sesuai digunakan oleh hijabi yang mahu kulit wajah sentiasa kekal sihat, teroksida dan cerah. Wardah C-Defense Serum mengandungi vitamin C bergred tinggi yang berkebolehan meresap kedalam lapisan eperdermis kulit dengan sekelip mata, serta mengekalkan tona kulit agar semakin cerah. Antara kandungan yang terdapat dalam serum ini adalah Vitamin C, Biosaccharide, dan Aloe Vera. Selain mencerahkan dan melembapkan, serum ini juga akan melindungi kulit daripada radikal bebas.

  1. Wardah Acnederm Acne Care SerumAcne Care Serum – Menangani Masalah Kulit

Serum ini ‘wajib’ ada bagi hijabi tidak mahu jerawat mencacatkan penampilan serta kulit wajah! Katakan tidak kepada jerawat dengan bantuan Wardah Acnederm Acne Care Serum, serum ini mampu membantu hijabi yang mengimpikan kulit yang mulus, licin dan bebas cela. Dihasilkan dari campuran bahan-bahan yang mampu mnegatasi masalah jerawat dan memberikan hasil kulit anti jerawat serta mencegah timbulnya jerawat baru.

Wardah Acnederm Acne Care Serum adalah serum yang diformulasi mempunyai tekstur ringan dan bebas minyak, agar ia mudah menyerap kedalam kulit wajah berjerawat dengan pantas dan membuatkan kulit yang rengsa akibat jerawat menjadi segar dan terhidrasi dengan baik.

Jadi sis dah tahu kan? Serum mana yang tepat untuk digunapakai dan diaplikasikan bagi mengatasi masalah kulit wajah yang hijabi hadapi. Tunggu apa lagi? Berminat nak dapatkan rangkaian The Serum Expert keluaran Wardah Beauty, sila layari laman beli belah atas talian Shopee pada pautan atau Lazada.

Tak sabar nak tunggu penghantaran sampai ke rumah? Senang je! Sis juga boleh dapatkan rangkaian serum yang sangat best dari Wardah Beauty ni di farmasi Watsons atau Guardian.

Dah beli, jangan lupa amalkan secara konsisten okay! Lepas dah dapat hasil yang dimahukan jangan lupa tag @wardahbeauty_my di Instagram, dan hashtag #WardahSerumExpert #WardahSkinExpert #WardahMalaysia dan kongsikan pengalaman anda sebagai pengguna setia Wardah Beauty!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir