Kecantikan

Stres Punca Masalah Kesihatan Mulut & Gigi, Doktor Ini Nasihat Jika Hendak Sihat, Jaga Kesihatan Fizikal & Mental

Share

Sama seperti penjagaan kulit wajah, penjagaan mulut dan gigi juga perlu diberi perhatian. Asas dalam penjagaan diri adalah dengan mempunyai gigi bersih, nafas tidak berbau dan senyuman menawan. Jadi, pastikan anda memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Lihat di cermin setiap kali selepas anda berkumur dan cuba hidu nafas sendiri.

Walau bagaimanapun, ramai tidak tahu bahawa stres boleh menjejaskan kesihatan mulut dan gigi kita. Menurut pakar psikiatri, Dr. Ahmad Rostam Md Zin yang dipetik daripada Twitternya, jika hendak sihat, perlu jaga kesihatan fizikal dan mental.

Masalah kesihatan mulut dan gigi berpunca daripada stres. 

Melaga-lagakan gigi ketika tidur.

Sakit pada sendi rahang dan masalah gusi.

Masalah kesihatan mulut. 

Segera berjunmpa dengan doktor gigi bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.

Kesan stres terhadap kesihatan oral anda

HIJABISTA: Apabila plak tidak disingkirkan setiap hari melalui memberus dan flos gigi, ia menjadi keras (tartar). Tartar ialah mineral berwarna coklat atau kuning yang jelas kelihatan di bawah dan di atas garis gusi. Seelok-eloknya berjumpalah dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali.

Sumber kredit: Dr Rostam  Top image: Canva

Published by
Norhasliza