Menu yang biasa kita makan bila menjamu selera antaranya ialah Roti Kukus Sangkaya. Makan panas-panas sangatlah sedap. Pendek kata ini antara menu yang menjadi pilihan ramai setiap kali menjamu selera di Boat Noodle.
Bagi hijabi-hijabi yang gemarkan menu yang ringkas dan cepat tapi berselera bila makan, bolehlah cuba buat Roti Kukus Sangkaya
ini.Jom kita cuba buat Roti Kukus Sangkaya seperti yang dikongsikan oleh Ira Idris ini.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UTAMA:
1 buku roti putih
BAHAN SANGKAYA:
200 ml santan
2 cawan susu sejat
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 keping gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
8 helai daun pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
CARA MEMBUAT:
1.Kisar daun pandan dengan sedikit air. Selepas itu tapis.
2. Campur semua bahan dan masak dengan api yang paling perlahan. Kacau hingga likat.
3. Panaskan periuk kukus. Kukus roti 5 hingga 6 minit sahaja. Hidangkan bersama Sangkaya tadi.
4. Bila hendak hidangkan Roti dan Sangkaya, tambahkan susu cair sedikit dalam Sangkaya.
Sumber kredit: Ira Idris
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.