Setiap gambar OOTD yang dimuatnaik oleh wanita berhijab yang menawan ini seringkali mencuri tumpuan netizen yang cintakan gaya fesyen yang berlainan. Nina Khalil tidak kekok dalam berkongsi gaya hidupnya di laman Instagram tentang fesyen serta kecantikan.
Memiliki jumlah pengikut sebanyak 120k menjadikan Nina Khalil antara wanita berhijab yang punya pengaruh sendiri. Team Hijabista berminat untuk kongsikan kepada kamu semua pilihan terbaik OOTD Nina Khalil yang memberi inspirasi untuk gaya fesyen yang lebih santai tetapi mewah!
Memilih rekaan yang menggunakan fabrik satin untuk gaya yang lebih santai, Nina bijak dalam memastikan gaya keseluruhan tidak bosan apabila padanan akesesori bersama sepatu yang disarungkan cukup sempurna! Ketepikan dahulu pemikiran fabrik satin yang kelihatan seperti ‘pyjamas’, Nina membuktikan bahawa satin mampu memberikan gaya yang santai dan selesa tetapi masih mengekalkan nilai eksklusif dalam penggayaan. Amat ringkas dan tidak terlalu mencuba!
Selesa! Potongan yang tidak ketat serta fabrik yang tidak terlalu tebal menjadikan keseluruhan gaya Nina ini antara pilihan terbaik untuk kamu tampil bergaya biarpun hanya di rumah. Apa yang penting, pemilihan warna yang sesuai, lembut dan tidak terlalu kuat seperti warna pastel, sudah cukup untuk kamu rasa selesa untuk melakukan kerja di rumah. Apa kata kamu keluarkan semua helaian pakaian kamu yang mempunyai fabrik lembut seperti cotton ataupun chiffon, dan padankan ia dengan seluar jenis khakis mahupun denim potongan besar. Pasti selesa!
Potongan blouse ala caftan ini amat selesa bila disarungkan! Ia menaikkan aura sisi minimalis buat si pemakai. Dipadankan pula dengan seluar jenis longgar, amat sesuai untuk digayakan di mana-mana sahaja, samada membeli-belah, keluar bersama rakan-rakan kamun ataupun membuat kerja di rumah. Untuk menaikkan lagi gaya yang ringkas, pastikan pilihan warna kamu lembut dan tidak terang seperti yang disarungkan oleh Nina ini.
Warna nude tidak pernah menjadikan gaya fesyen kamu salah! Warna nude bagaikan warna asas yang baru menggantikan hitam dan putih! Mudah sekiranya kamu memiliki sepasang helaian yang warna seakan Nina sarungkan ini kerana ia cukup ringkas dan minimal. Selalunya fabrik jenis linen amat sesuai bila menggunakan warna ini. Untuk impak yang menarik, pastikan potongan rekaan kamu tidak terlalu ketat dan cuba dengan rekaan yang sedikit ‘oversized’!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI