Malam Anugerah Skin 2018 yang lalu sekali lagi menyaksikan beberapa selebriti melaram dengan pakaian yang cantik serta menjadi perhatian ramai. Biarpun penampilan selebriti yang tidak berhijab seperti Izara Aisyah atau Zahirah Mcwilson mendominasi pentas, tetapi bagi mereka yang berhijab juga tidak kurang hebat gayanya. Antaranya yang manis pada malam itu pelakon Umie Aida, Nabila Razali, Wany Hasrita dan beberapa nama lagi. Semuanya bijak menggayakan busana bersesuaian agar kelihatan anggun dan menarik.
Ayuh kita lihat #OOTD barisan selebriti berhijab termasuk bergambar bersama pasangan masing-masing yang cukup menawan pada malam Anugerah Skrin 2018 yang lalu.
Media sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang bebas untuk melontarkan kata-kata, pandangan malah tidak kurang juga, tohmahan negatif. Terutamanya dalam dunia hiburan, barisan selebriti antara golongan yang tidak lari dari kecaman di media sosial. Ada yang mudah melatah, malah ada juga yang tidak goyah apabila dilontarkan dengan kata-kata negatif.
Berbicara mengenai isu ini, secara eksklusifnya, The Hijabista Show menemubual penyanyi popular, Shila Amzah, 32, berdiskusi tentang cara terbaik untuk menangani kecaman negatif di media sosial.
Menurut Shila, dia lebih suka memilih untuk tidak menjawab atau tidak melayan mana-mana komen yang negatif kerana tidak mendatangkan faedah. Namun, sebagai seorang selebriti, dia harus menjadi lebih peka dan sensitif dalam setiap hantaran yang ingin dimuat naik di akaun media sosial miliknya. Hak privasinya kadang-kala diganggu kerana menjadi fokus utama lensa kamera sehinggalah ia menjadi topik viral.
“Bagi saya, kita tidak perlulah menjawab komen-komen negatif yang datang kepada kita di media sosial. Apa yang penting, kita buat apa yang ingin kita lakukan. Usah ambil peduli tentang orang lain. Kalau dahulu saya memilih untuk menjawab setiap komen-komen yang negatif itu. Tetapi hari ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri. Jika tidak tahan, saya tidak akan menghiraukannya.
Namun, usahlah membuat hantaran sekiranya sedang marah. Sebaliknya, berhenti dahulu dari bermain media sosial dan tunggu sehingga marah dalam diri jadi reda. Media sosial ini hanyalah duniawi semata-mata,” komennya.
Tambah Shila, ruang media sosial ini digunakan untuk mendidik para peminatnya tentang perkara dan fakta yang benar. Ia merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang selebriti.
Sayangi diri sendiri dahulu.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menepis kecaman negatif di laman sosial. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini, dia memilih untuk menghadkan masa menggunakan medial sosial.
“Kalau anda rasa tak boleh nak terima kecaman-kecaman negatif, jadi hadkan penggunaan anda. Mengenai mereka yang sentiasa komen itu dan ini, saya percaya dengan konsep Qanaah. Sentiasa besyukur dengan rezeki yang Allah turunkan pada anda. Usah membuat perbandingan dengan orang lain.
Apa-apapun, sayangi diri anda. Fokuskan pada diri sendiri terlebih dahulu. Itu yang lebih penting,” ujarnya mengakhiri bicara.
Jika lihat media sosial usahawan terkemuka, Rozita Ibrahim, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman seringkali memuatnaik videonya bersama-sama dengan pekerjanya yang kelihatan ramah dan akrab.
Menerusi hantaranya dalam Instagram baru-baru ini, Rozita meluahkan rasa sayang dan syukurnya kepada salah seorang pembantu rumahnya, Yati yang kini sudahpun berhenti kerja. Biarpun Yati sudah berhenti, namun dia tetap mengenang jasa Yati yang banyak berjasa kepada diri serta keluarga Rozita.
Yati jaga arwah Mak saya 24 jam tanpa henti! Mandi makan basuh berak, usap Mak saya sebelum tidur! Sedangkan saya tak buat begitu pada Mak saya! Kemuliaan dia menjaga Mak saya sangat buat saya malu.
Tambah Rozita, dia menyayangi pekerjanya tidak kira berasal dari Malaysia atau Indonesia kerana dirinya, apabila mereka banyak menyumbang jasa, serta membuat baik dalam pekerjaan. Sebagai seorang ketua, dia benar-benar suka menguji kesetiaan para pekerjanya.
Kongsinya lagi, Yati merupakan anak yatim (kehilangan ibu) sejak dari kecil lagi. Oleh kerana itu, pembantunya itu sudah menganggap Rozita seperti keluarganya sendiri sehinggakan pakaian pun akan dipakaikan oleh Yati.
Yati ni semua dia nak pakaikan saya. Butang baju, kasut kalau boleh seluar dalam pun dia nak pakaikan. Dia sayang saya kerana dia tak pernah ada ibu sejak kecil.
Sebagai tanda penghargaan, Rozita menghadiahkan pembantu rumahnya itu seutas gelang tangan emas. Bagi Rozita, pekerjanya merupakan jiwa dan keperluan utama dalam kehidupannya.
Kadangkala dalam hidup kita pasti akan berduka kan? Tipulah kalau kita sentiasa bahagia 24 jam. Kadangkala, kita mungkin nampak ceria di mata manusia namun dalam hati siapa yang tahu kan. Untuk membahagiakan hati, hanya kepada Allah sahajalah kita boleh sandarkan harapan kita. Bila kita berbicara dengan Dia, itulah momen yang paling indah sebenarnya.
Untuk ketenangan diri, kita boleh menghafaz Surah Ad-Dhuha . Surah ini dikatakan sebagai surat cinta dari Tuhan. Mari ikuti kisahnya melalui perkongsian @An_Nu3Man di akaun twitternya yang telah mendapat hampir 18 ribu retweet.
Surah Ad-Dhuha sebagai penghibur duka.
Allah mulakan Surah dengan sumpahan.
Malam disifatkan sebagai suasana yang sepi.
Ayat cinta yang terindah…
Allah pujuk hati yang sedih dan berikan harapan.
Allah gembirakan hati Rasulullah S.A.W.
Jangan lupakan segalanya hanya disebabkan masalah yang kecil.
Ingat antara kebaikan ini.
Allah menguji hambaNya tanda sayang.
Semoga kita semua dapat menghayati bait-bait ayat dalam surah ini dan beroleh ketenangan yang didambakan. Selamat beramal !
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...