Kecantikan

Spritual Dan Manfaat Untuk Tubuh Cantik,Ini Perbezaan Antara Yoga & Pilates

Share

Selintas yoga dan pilates memang terlihat seperti sama gerakannya memiliki persamaan yang begitu ketara hingga sukar untuk dibezakan. Banyak wanita yang mengambil kelas pilates kerana menganggap latihan tersebut sama seperti dengan yoga. Walhal, kedua senaman tersebut memiliki perbezaan.

Menurut Tracy Anderson, pakar kesuburan berasal dari Amerika Syarikat, jika anda ingin melakukan dua latihan tersebut sebenarnya tiada masalah, namun setiap latihan memiliki manfaat yang berbeza-beza.

“Anda tidak perlu menjatuhkan pilihan pada salah satu aktiviti tersebut kerana anda pun dapat menemukan manfaat yang dapat dirasakan pada tubuh dengan teratur menggabungkan yoga dan pilates,” ujarnya. Itulah sebabnya sebelum berlatih, anda perlu menentukan goal yang ingin dicapai. Tujuannya agar usaha keras latihan yang anda lakukan dapat tepat sasaran. Untuk lebih jelas mengenai perbezaan antara yoga dan pilates, mari kita semak informasi di bawah ini.

MANFAAT SPIRITUAL

Yoga biasanya memadupadankan beberapa elemen yang berfokus pada ketenangan batin dan meditasi. Sehingga, diharapkan setelah melakukan yoga, anda akan merasa lebih relaks. Pilates Tak berbeza jauh dengan yoga, pilates juga mengajak anda mendapatkan ketenangan diri. Perbezaan terletak pada elemennya saja, di mana yoga fokus pada 3 elemen – pimikiran, tubuh, dan roh – sedangkan pilates hanya menghubungkan 2 elemen saja, yakni pimikiran dan tubuh, agar anda menjadi lebih relak untuk menjalani hari-hari.

PEMBAGIAN KELAS LATIHAN

Yoga memiliki variasi yang begitu beragam, sehingga tidak hairan anda akan bertemu dengan berbagai sessi dengan jenis yoga berbeza seperti asanas yoga, bikram yoga, dan sebagainya.

Pilates Pilates biasanya memiliki kelas yang terbatas iaitu tidak terlalu bervariasi seperti yoga. Senaman ini akan fokus pada satu latihan dengan beberapa gerakan yang tidak jauh berbeza dari hari-hari sebelumnya.

Yoga Sebahagian besar kelas yoga biasanya akan mewajibkan anda membawa matras yoga setiap berlatih. Penggunaan alat bantu lainnya seperti kain, tali, dan bola mungkin saja akan digunakan, namun sangat jarang dan hanya dibawa untuk latihan yoga tertentu saja. Yoga lebih bergantung pada koordinasi gerak, beban tubuh, dan kekuatan otot saja.

Pilates terkadang juga memerlukan matras, namun hal ini bukan menjadi bahagian yang paling penting. Latihan ini biasanya lebih sering menggunakan alat bantu seperti bola, tali, atau alat khusus pilates pada setiap sesinya. Alat ini berperanan untuk membantu meningkatkan kekuatan atau memperbaiki postur tubuh.

MANFAAT UNTUK TUBUH


Yoga dan pilates sebenarnya sama-sama menawarkan manfaat fleksibilitas tubuh. Perbezaannya adalah, yoga fokus pada pelenturan otot, memperbaiki postur tubuh, dan menjaga keseimbangan seseorang.

Pilates biasanya sangat dianjurkan untuk para ibu hamil, apalagi selama masa kehamilan anda sering mengalami sakit pungung. Pilates mampu membantu memperbaiki postur tulang menjadi lebih baik.

TEKNIK PERNAFASAN

Garmin Venu dengan peranti hebat mencatat bacaan pernafasan dengan setiap aktiviti seperti yoga ataupun pillate

Keduanya memiliki sedikit perbezaan dalam teknik pernafasan. Yoga berfokus pada energi di dalam tubuh. Anda akan diajak untuk mengambil dan mengeluarkan nafas melalui hidung sambil bergerak melakukan berbagai pose yoga. Teknik ini sering disebut dengan napas ujjayi. Pilates Berzeda dengan yoga, teknik pernafasan dalam pilates biasanya menghirup nafas melalui hidung dan menghembuskannya melalui mulut. Latihan ini akan membuat anda menjadi lebih relak dibandingkan dengan yoga.

HIGHLIGHT: GARMIN VENU PERANTI HEBAT UNTUK JALANI AKTIVITI SIHAT

Garmin kini melancarkan jam tangan pintar yang di kenali sebagai Garmin Venu yang merupakan jam tangan pintar dengan fungsi GPS dan skrin AMOLED yang gempak serta dinamik. Jam tangan pintar ini memiliki fungsi all-in-one

seperti memantau kesihatan, grafik senaman animasi, jangka hayat bateri lima hari dan pelbagai fungsi unik yang lain. Punya pesona yang unik di mana ia dapat menyelaraskan fungsi mengikut aktiviti serta persekitaran si pengguna dengan mudah dan bergaya.

Dengan fungsi jam tangan pintar yang menepati keperluan kehidupan masyarakat masa kini dan rekaan yang elegan menjadikan jam tangan pintar Garmin VenuTM sebagai aksesori dan dalam masa yang sama ia menjadi alat bagi memantau kesihatan diri. Jam tangan pintar

Garmin Venu ini sangat mementingkan aspek kesihatan dan kesejahteraan si pemakai dengan pelbagai fungsi kesihatan diri seperti pemantauan kesihatan 24 jam selama seminggu, pengesan pernafasan, penggera kadar jantung, jadual aktiviti senaman, masa rehat, jadual waktu tidur dan pelbagai fungsi kesihatan lain.

SUMBER: Glitzmedia.co

Published by
SH