‘Spekulasi’ Paru-Paru Berdarah Kerana Suplemen Viral, Ini Respon Mengejutkan Nad Zainal!

Share

Ketika ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri selama sebulan akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah, terdapat banyak spekulasi yang bertebaran berhubung tahap kesihatan aktress Nad Zainal.

Tampil menjernihkan keadaan, empunya diri menerusi siaran secara langsung dilaman Tik Tok miliknya yang dikongsikan juga pada laman Instagram.

Nad Zainal dengan tegas menolak dakwaan bahawa sumplemen tambahan yang diamalkan adalah punca dia terkena jangkitan itu.

Paru-Paru Berdarah Tiada Kaitan Dengan Pengambilan ‘Supplemen’

“Assalamualaikum semua, Thank You atas support korang pada Nad. Sedikit penjelasan tentang beberapa spekulasi yang tidak benar,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Dalam video berkenaan, Nad Zainal aku berasa kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang berkata punca dia ditidurkan dan dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) adalah disebabkan pengambilan suplemen.

Nad Wajib Ambil 11 Jenis Ubat Demi Kesembuhan Paru-Paru

Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata Yem dan Budi Kalsom itu juga menegaskan bahawa spekulasi mengenai sakit yang dihadapinya itu berpunca daripada kesan jangkitan daripada Covid-19 juga adalah tidak tepat.

“Saya ingin jelaskan di sini, keadaan yang menimpa saya adalah tiada kaitan dengan pengambilan supplement yang saya iklankan di Instagram.

“Malah, saya juga sakit bukan kerana long covid, saya sakit disebabkan masalah paru-paru berdarah.

Artikel berkaitan: Berkat Doa Semua! Nad Zainal Keluar ICU, Tak Lagi Ditidurkan

“Tolonglah korang jangan memandai, selagi saya tidak bercakap atau ahli keluarga saya tidak membuka mulut mengenai hal sebenar, jangan sesuka hati berkata, tidak elok,” katanya.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin menerusi siaran langsung di laman Tik Tok miliknya semalam.

Mengulas isu berkenaan perkemvangan terbaharu kesihatan dirinya ketika ini, Nad berkata dia kini perlu mengambil sebanyak 11 jenis ubat setiap hari.

Ini demikian kerana ubat-ubatan berkenaan mampu membantu proses
penyembuhan dirinya agar dapat kembali pulih seperti sedia kala dari kesakitan yang dialami sebelum ini.

“Sekarang ini saya masih dalam proses penyembuhan, saya masih lagi perlu memgambil ubat-ubatan yang sangat banyak, setiap hari 11 jenis
ubat saya perlu ambil. Doakan saya sembuh,” tambahnya.

Untuk rekod, sebelum ini Hijabista melaporkan Nad dimasukkan ke ICU Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan telah ditidurkan selama lebih sebulan.

Artikel berkaitan: Nad Zainal Dah Sedar, Tak Lagi Bergantung Pada Tiub Pernafasan

Sumber: Instagram Nad Zainal

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir