Pelakon dan pengacara popular, Neelofa bukan sahaja terkenal dengan gelaran Ratu Trend atau Selfie, tetapi dia juga menjadi inspirasi serta idola buat hijabi di luar sana. Apa sahaja gaya yang dipraktikkan akan menjadi ikutan dek kerana peminat obses dengan aura selebriti yang punya hampir 6 juta follower di laman instagram. Baru-baru ini Neelofa muat turun tutorial hijab bagi koleksi terbaru Naelofar Hijab dalam 4 stail berbeza.
Menurut Neelofa stail digayakan simple ini sangat loose dan tidak banyak menggunakan banyak pin. Malah amat sesuai digayakan untuk ke tempat kerja, santai untuk makan malam dan juga hujung minggu.
Koleksi yang cukup terhad ini boleh digayakan dalam masa tak sampai seminit tetapi memperlihatkan lilitan hijab menjadi sangat perfect. Neelofa turut mencantikkan hijabnya dengan pemakaian aksesori subang untuk gaya berbeza.
Apa yang menariknya dalam video yang telah ditonton lebih 600 ribu berkenaan Neelofa turut bercakap dalam bahasa Kelantan berbunyi ‘aku tokleh paka style gini’ dan turut mengundang pujian dari netizen.
Rata-rata terhibur mendengar dia kecek Kelantan dan menurut mereka sangat comel. Selain itu ada juga yang turut memuji tutorial hijab digayakan sangat cantik walaupun simple sahaja.
Memang seronok setiap kali bershopping atau sekadar cuci mata di pusat beli belah. Namun usah dilupa untuk menunaikan solat jika sudah masuk waktunya. Kebanyakan semua pusat beli belah menyediakan tempat bersolat yang selesa, bersih dan kemas. Walaupun begitu, sikap kita sebagai jemaah di surau berkenaan menyebabkan beberapa masalah kebersihan dan tingkah laku baik sering diabaikan. Luahan hati wanita ini yang menegur mentaliti sebilangan wanita yang bersikap sambil lewa ketika solat di surau wanita.
Lila Vee berkongsi luahannya di laman sosial facebook hingga mendapat lebih 5 ribu butang like dan share serta komen melebihi 600 komen netizen yang rata-rata betsetuju dengan pandangan disampaikan.
Hari pertama 2019, mak terasa dah sampai masa untuk meluahkan 9 perkara yang mak pendam sepanjang beberapa tahun ini. Tentang MENTALITI WANITA DI SURAU. Terutama surau di SHOPPING MALL. Puncanya sebab dah dua kali kejadian yang menyebabkan mak hangin berlaku dalam dua hari berturut-turut mak pergi mall ni. Nak tak nak mak kena tulis dan post juga. Siapa yang lepas baca 9 perkara ni setuju dengan mak, marilah kita sebarkan pada yang lain supaya ia tak berlaku lagi okay!
1)Sebelum masuk Surau. Rak kasut kukuh lagi canggih, tapi kita tetap nak letak dekat depan pintu kan? Ya lah, nak cepat tapi sesungguhnyaa tak sampai berapa saat pun untuk kau ambil kasut dan letak atas rak cantik tu. Takkan roboh rak kasut tu walaupun kasut wedges 5 inci kita tu seberat batu bata. Ini bukan main komen nak maju macam negara Jepun, tapi mentaliti kita dah sampai ke belum? Dan mak pernah terpijak kasut tumit tinggi yang runcing tu sebab diletak merata depan pintu. woi sakitnyaa hanya tuhan sahaja yang tahu!
2) Mengecop tempat dengan letak segala handbag, dan beg shopping atas sejadah, Kemudian ambil telekung awal-awal di rak dan cop tempat sambil shawl dihampar selebar lautan. Tapi dia baru nak pergi beratur ambil wudhu’, cabut pin tudung, bersihkan makeup yang dalam tempoh masa tu sempat orang lain yang dah selesai berwudhu tadi solat selesai 4 rakaat siap. Mak pernah alihkan tudung seorang wanita yang buat perkara di atas ni dan solat atas sejadah yang dia dah cop sebab ruang terhad, sejadah habis dan Saif dah meraung dalam surau tu. Waktu tu Daddy Saif tak ada sama untuk gilir solat. (Kena mention ni penting) Selesai mak beri salam dia baru terkedek-kedek dari tempat wudhu’. Dan dia boleh bercekak pinggang marah mak sebab alih tudung dia. Of course mak hangin, tapi mak biarkan jelah dan angkat Saif yang melalak itu lebih penting.
3) Bawalah wet tissue, makeup remover dan sebagainya dalam handbag mahal kita tu. Jangan kedekut, makeup remover beli sebungkus dekat tesco pun ada. Tak ada sangat guna jelah baby wipes adik atau anak kita tu. Tolonglah jangan lap makeup yang tak remove lepastu bila ambil wudhu’ makeup cair berbekas terus dekat telekung tu. Siap ada kesan bibir. Ewww! Geli weh! Walaupun telekung tu hitam, tolonglah. Biasakan jadi pembersih, ia akan jadi tabiat kita. Percayalah. Dalam hal ni mak puji usaha beberapa shopping mall dan stesen minyak yang tukar ganti telekung bersih setiap hari mengikut warna. Contohnya Aeon Midvalley dan beberapa stesen Petronas.
4) Telekung yang diletakkan dalam surau mall tu untuk kegunaan bersama. Walaupun kita dah datang dulu, solat dan nak berzikir sehingga masuk waktu seterusnya, fikirkan orang lain yang nak guna telekung tu juga. Kalau bawa telekung sendiri lain cerita. Ini real kejadian berlaku pada diri mak sendiri sampai terpaksa merayu nak mintak dilepaskan telekung tu untuk bagi kita solat sekejap. Siap dia buat muka kat mak ala-ala mak rampas barang. Aduhai, kau nak judge orang tu solat hujung waktu ke apa kau punya pasal. Tapi agak-agak kalau orang tu terlepas solat sebab kita tak kasi dia guna telekung siapa yang lagi berdosa?
5) Sejadah. Memang ada banyak, tapi kalau semua kita nak conquer sorang sehelai, kan dah tak cukup jadinya, dah la telekung nak punyakan, sejadah tak nak kongsi, bawa sendiri punya pun tidak. Jangan macam tu para wanita solehah sekalian. Sejadah tu kalau dah nampak orang ramai dalam surau, terus je bentang memanjang, kan elok lebih ramai dapat guna dan tak perlu semua orang nak ambil sejadah lain. Tak berdosa aih, dijamin! Dan ia menjimatkan masa, ruang, dan memudahkan lebih ramai orang.
6) Selesai beri kedua salam dan berdoa seringkasnya, (kalau surau kosong kau nak zikir, baca al-quran dan sebagainya silakan) tengok cepat-cepat ada tak yang menanti nak guna telekung dibelakang. Kalau ada bangun dan boleh offer terus pada orang tersebut. Kalau tak ada, kembalikan semula ke rak dalam keadaan elok, telekung gantung, sejadah lipat. Biarlah orang lain tak hantar pun, biarlah orang lain campak je pun, kau hantar lah. Bila kita mulakan sesuatu yang baik, mesti akan ada yang segan dan ikut. Kau try buat dan tengok. Kau akan rasa seronok.
7) Selesai Solat, kita nak berhijabista, lilit tudung tujuh lapan lilitan, bermakeup ala-ala nak makeup pengantin, tak ada masalah, silakan. Tapi please, ladies.. Bukan di atas sejadah yang orang lain bersusun beratur dekat belakang tengah tunggu giliran dan bukan juga di cermin belakang atau tepi tempat solat yang ruangan dia besar lagi sekangkang kera. Biasanya, kebanyakan surau mall letaknya sangat berhampiran dengan tandas, tak salah kalau kita sarung je tudung tu ala kadar asalkan tertutup rapi, dan pergilah bersiap di cermin tandas. Nak duduk 3 jam dalam tu pun tak ada siapa nak marah selain suami atau pakwe kita yang kematu menunggu.
8.) Nak membawang, gelak mengilai, bergosip, tempatnya ada banyak dekat mall yang kita pergi tu. Duduklah berapa jam pun yang kita mahu. Tapi bukan dalam surau. Ya, kau nak berehat, tapi dalam keadaan surau yang sesak terutama di kemuncak waktu solat, perbuatan kita itu sangat mengganggu.Ya, tahu kau ada banyak cerita bila jumpa kawan – kawan sekali sekala. Mak pun macam tu juga. Tapi, pernah tak belajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan, bab beradab di tempat ibadah? Dalam buku teks sejarah tahun 6 pun ada bab ni. Jangan sampai mak bukak kelas tuisyen kat sini. Haaaa.
9) Untuk rakan-rakan kelab emak-emak pula, diharapkan sentiasalah kita ingatkan diri kita, walaubagaimana kita nak senangkan diri sendiri pun, jangan sampai tukar pampers anak di tempat wudhu’ apatah lagi biar anak kencing dan berak dan paling huduh sekali perangai bila kita tinggal begitu sahaja pampers tersebut dekat situ. Apa guna mall serba canggih sediakan baby room banyak – banyak tu kawan. Tong sampah dekat mall tu walaupun cantik dan canggih, tetap boleh digunakan untuk buang sampah. Jangan takut. Dan diharapkan, tahun 2019 ni buanglah mentaliti, cleaner dibayar untuk urus sisa dan sampah yang kita tinggalkan. Mudahkan kerja orang, InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan dalam cara yang kita tak sangka.
Akhir kata, bertimbangrasa dan bertanggungjawablah, segala kemudahan awam di shopping mall mahupun di mana-mana sahaja adalah hak kita bersama, elok kita guna, elok lah keadaannya untuk kegunaan bersama yang berpanjangan. Jagalah harta benda awam sebagaimana kita jaga harta benda kita sendiri. Guna dengan berhemah, kemudian baru kita boleh duduk dan sembang kencang tentang mentaliti kelas pertama. Sekian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masa adalah wang dan semestinya kita tidak tidak mahu membazir wang ringgit terhadap produk kecantikan yang belum tentu baik untuk kita. Hijabista senaraikan pilihan produk kecantikan yang bukan saja akan membantu anda menjimatkan masa dan tenaga, tetapi juga menjadikan penampilan kelihatan hebat!
Aztec Secret Bentonite Clay Mask hypoallergenic bertaraf 5 bintang ini dibuat untuk menarik toksin keluar dari kulit, membersihkan liang-liang di muka anda dan membantu merawat jerawat di muka. Jika anda merancang untuk invest wang kepada produk kecantikan yang agak mahal tetapi dijamin bagus, item ini sangat sesuai jadi koleksi.
Sumber Foto: Hollysales
Eyeliner stamp kalis air akan membuatkan garis mata anda sempurna! Ia adalah produk yang mudah digunakan dan tahan lama. Jika anda seorang yang suka memakai penggaris mata, item solekan ini perlu ada dalam koleksi anda.
Berus pembersih muka mini ini telah menjadi sangat popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Anda boleh dapatkan produk ini di Sephora. Ia adalah pilihan yang sempurna untuk pengelupasan lembut dan penyembuhan sonik. Berupaya membuang sehingga 99.5% kotoran pada semua jenis kulit. Selain itu, bentuk dan saiznya yang padat menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.
Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, jangan bimbang lagi. Ini adalah produk Natural Bamboo Charcoal Oil Absorbing Tissues yang boleh menyerap minyak dimuka untuk kesan kulit yang bersih dan melegakan. Anda boleh menggunakannya dengan atau tanpa solekan. Produk ini bukan sahaja untuk wanita tetapi sesuai buat kaum lelaki. Sudah tiba masa untuk anda mengawal muka yang berminyak tanpa menggunakan sebarang serbuk.
Satu pek perisai bayangan mata atau Shadow Sheilds adalah satu perkara yang perlu anda lakukan sebelum mula menggunakan pembayang mata. Selain itu, anda juga boleh menggunakannya untuk bibir. Tampil sempurna bebas tanpa kesan smudge.
Masa untuk anda bersinar. Jangan bimbang jika senyuman anda tidak cukup besar, kerana dengan serbuk arang pemutihan gigi semulajadi akan membantu dirimu untuk senyum dengan lebih ceria. Anda mungkin kelihatan seperti zombie apabila memakai serbuk arang ini, tetapi hasilnya akan membuat anda terpegun.
Adakah anda ada menggunakan mana-mana produk di atas ini? Apakah produk kecantikan yang anda tidak boleh hidup tanpanya? Kongsi pendapat dan cadangan anda di bahagian komen di bawah.
“Hanee minta maaf sangat-sangat. Berilah Hanee peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan. Setiap orang tak lari dari melakukan kesilapan. Dan from botton in my heart, Hanee minta maaf sangat-sangat. Hanee tahu Hanee salah dan Hanee minta stop salahkan emak Hanee dalam hal ini. Ia bukan salah emak Hanee dan dia tiada kaitan dalam hal ini…”
Luahan kata-kata cukup ikhlas dan meninggalkan kesan di hati oleh bekas pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee yang tampil berani berdepan dengan kontroversi melanda dirinya sebelum ini.
Insiden itu menyebabkan pemilik jenama Nu Ideaktiv dan terpaksa menarik balik gelaran Dewi Remaja 2018/19 yang disandang oleh Haneesya Hanee atau nama penuhnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan pada malam 14 Januari lalu.
Penarikan ini berikutan Hanee yang didapati melanggar peraturan dan klausa kontrak yang telah ditetapkan dan ditanda tangani sebelum pertandingan berkenaan.
Malah kes seperti ini juga merupakan kejadian kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 tahun edisi ini dianjurkan. Dan Hanee juga satu-satunya pemenang Dewi Remaja yang paling singkat iaitu selama 72 jam sahaja.
Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman berkata penarikan ini juga dibuat setelah pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenangnya telah melanggar syarat penyertaan.
Malah demi menjaga kredibiliti gelaran berprestij itu, tiada sesiapa yang akan menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/19 untuk edisi kali ini.
Sehubungan itu Tia Sara akan kekal sebagai pemenang Dewi Remaja kedua manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat pula disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania pula di tempat kelima.
Selain itu, Arena Iman sebagai Dewi Favorite dan Aween Ismail pula sebagai Dewi Inspirasi. Dan mereka inilah yang akan mewakili jenama Dewi Remaja untuk melakukan pelbagai aktiviti yang telah diatur nanti.
Dalam satu sidang media khas Eksklusif di pejabat Nu Ideaktiv Sdn Bhd tengah hari tadi, Hanee turut memberitahu selepas ini dia akan move forward dan memperbaiki diri sendiri dan akan teruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini.
“Hanee tak akan give up. Dan bagi Hanee, semua orang berhak diberi peluang kedua. Bagi remaja di luar sana, jika kita salah langkah inilah risiko yang perlu kita hadapi. Dan diakhirnya terpulang pada diri kita sendiri nak bangkit atau jatuh. Hanee pilih untuk bangkit dan moving forward.
“Kekuatan untuk Hanee berhadapan dengan semua ini adalah diri Hanee sendiri. Ramai yang cuba jatuhkan Hanee tapi dalam masa sama Hanee juga turut mendapat sokongan dari teman-teman lain.
“Bila baca di twitter Hanee bersyukur kerana masih ramai yang masih bersama Hanee termasuk ibu Hanee yang tetap menemani Hanee dan memang Hanee sudah bersedia menghadapinya,” ujar Hanee yang mengambil situasi berlaku ini sebagai pengajaran terbesar.
Dalam pada itu, Haneesya Hanee mengakui tindakannya sesuatu yang kurang bijak dan menurut naluri remaja yang ingin mencuba perkara baru.
“Apa yang Hanee dapat pelajari dari peristiwa ini, jangan percayakan kawan kerana bukan semuanya berniat baik. Perlu hati-hati dalam berkawan dan memilih kawan,” tambahnya lagi yang dilihat cukup bersedih dengan penarikan gelaran berkenaan.
Gadis yang mula dikenali sebagai model dan mula dikenali ramai selepas memegang watak Zaza dalam drama Cik Reen Cik Ngok Ngek juga turut berharap jangan menilai peribadi Hanee atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada.
KREDIT FOTO: FACEBOOK REMAJA & PHOTOGRAPHER NU IDEAKTIV
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.