Sopan Tapi Tetap Nampak Stylish! Intip Gaya 3 Influencer Berhijab Antarabangsa Ini

Share

Melihat kepada perkembangan fesyen terkini berkaitan hijab, semakin ramai wanita Muslimah memilih pakaian yang sopan dan longgar biarpun tampil bergaya. Tidak salah untuk berfesyen asalkan tidak keterlaluan.

3 influencer berhijab terkenal ini boleh dijadikan inspirasi buat anda dalam berfesyen.

Soha Mohamed Taha

Merupakan influencer fesyen yang berpangkalan di Dubai dan seorang ibu kepada dua cahayamata. Soha juga merupakan seorang blogger. K

ini dia memiliki jenama fesyennya sendiri selain bertindak sebagai image consultant.

Memiliki lebih 800,000 pengikut di Instagram yang menjadi platform untuk dia berkongsi pelbagai gaya menarik dan sopan, Soha juga aktif di TikTok.

Meskipun mengenakan hijab, citarasa fesyen Soha sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi kerana Soha berani mengambil risiko berfesyen, tetapi masih mengekalkan kesopanan sebagai wanita bertudung.

Omaya Zein

Omaya Zein mempunyai pengikut mencecah 1.5 juta di laman Instagramnya. Wanita yang menetap di Amerika Syarikat ini merupakan pengasas @byomayazein.

Melihat posting nya di Instagram, Omaya menggemari gaya polos dan minimalis yang amat bersesuaian dengan status dirinya sebagai ibu kepada seorang cahayamata.

Omaya sering menggayakan persalinan yang  ringkas, namun ia tetap membawa imej classy dan chic!

Tidak melupakan elemen kesopanan wanita Muslimah, Omaya menjadikan laman sosial sebagai medium untuk berkongsi mengenai kecantikan dan percutian.

Heba Jalloul

Influencer fesyen dari New York ini mempunyai lebih 139,000 pengikut di Instagram.

Graduan dalam bidang psikologi ini merupakan seorang blogger

fesyen dan gaya hidup, Heba sering menjadi pilihan serta rujukan para hijabi dalam berfesyen.

Mula berhijab pada usianya 9 tahun, Heba membesar dalam persekitaran populasi Arab dan Muslim. Kini meskipun sudah berkahwin dan berhijab, Heba bijak dalam bergaya namun tetap mengenakan pakaian longgar dan mengikut syariat.

 

Published by
Amy Mohd