Kebiasaannya ramai mengambil peluang untuk berpuasa enam di bulan Syawal. Ini adalah bagi mengejar ganjaran pahala berganda jika dapat melakukan amalan sunat ini sepanjang Syawal. Bukan umat Islam sahaja teruja untuk mengerjakan puasa enam ini, tetapi juga bukan Islam. Umum mengetahui selebriti bukan Muslim, Dr. Soo Wincci seorang yang rajin berpuasa. Bukan sahaja ketika bulan Ramadan tetapi juga puasa enam. Dan tahun ini sudah masuk tahun ketujuh dia berjaya menyelesaikan kedua-dua puasa berkenaan.
Namun kali ini menurut Soo Wincci situasinya agak berbeza dan mencabar sekali. Ini kerana dia melakukannya di bumi Sepanyol dengan jangka masa yang panjang iaitu berpuasa selama 18 jam. Namun pelakon yang juga bekas ratu cantik Miss World 2008 ini juga bersyukur kepada Tuhan kerana segalanya dipermudahkan dan sudah diselesaikan dengan baik.
Beliau telah muat turut posting dengan menunjukkan juadah makanan untuk berbuka puasa pada hari terakhirnya berpuasa enam. Dia yang kini berada di Sepanyol untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik dengan pengkhususan produksi, teknologi da inovasi di kampus cawangan Berklee College Of Music di Valencia sejak Sembilan bulan lalu. Ternyata amalan dilakukan oleh pelakon cantik ini turut mendapat pujian netizen. Rata-rata mengucapkan syukur dan mengharapkan agar dirinya menerima hidayah dari Allah satu hari nanti. @biro_kokurikulum Tahniah dr. Semoga mendapat hidayah ke jalan yg benar…Aamiin. @wanrosenina Alhamdulillah!! Tahniah @dr.soowincci @superman_o7 Syukur Alhamdulillah semoga diberikan hidayah @leenasallyna Well done. Hope you bacome a Muslimah one day @dr.soowincci. Aameen
Tidak kurang juga netizen yang turut memberi pandangan padanya jika Soo Wincci berminat untuk melakukan amalan lain dalam Islam. @noral_from_malaysiaTahniah @dr.soowincci. Semoga terus kekal sihat, cantik, rajin, tidak putus asa dan kekal bersemangat dalam apa jua kerjaya mahupun kehidupan. Selain puasa, ada amalan lain dalam Islam, yang baik & bermanfaat untuk kesihatan dari segi fizikal dan rohani…. Jika berminat, boleh tanya mana2 muslim yang baik, alim, boleh dipercayai dan ikhlas. Susah nak jumpa yg ikhlas tanpa agenda lain.. tapi jika berminat boleh cuba hubungi, dr zulkifli mohamad al-bakri. Saya baru nak mulakan puasa 6. InsyaAllah.
Kisahnya yang sudah tujuh tahun melakukan ibadah puasa ini juga juga turut menjadi sumber inspirasi buat orang lain @ainaandrah U hv inspired a lot of people out there. May God bless you always @psycho_snap Inspiring and respect!! Congrats @dr.soowincci @cn_ciknad Wahhhh so inspiring.
SUMBER: INSTAGRAM SOO WINCCI