Seperti juga kulit wajah, rambut juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Bagi seorang wanita, rambut adalah mahkota. Oleh itu rambut perlu dijaga dengan sebaik mungkin.
Namun antara masalah yang sering dialami ialah seperti masalah rambut gugur. Walaupun anda berhijab itu bukan bermakna anda tidak perlu mengambil berat soal penjagaan rambut. Jangan sampai rambut berbau hapak.
Berikut dikongsikan petua ‘resepi’ untuk rawatan rambut gugur. Cara ini juga membuatkan akar rambut jadi kuat. Pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar.
BAHAN-BAHAN:
4 ke 5 biji limau purut dipotong
1 gelas santan kelapa yang asli diperah
Lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Buah limau purut dipotong. Kedua-dua bahan ini memberi sinar untuk rambut menjadi sihat. Kisar kedua-dua bahan ini sehingga hancur dan kemudian masukkan ke dalam bekas ais kiub. Masukkan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.
Langkah 1
Masukkan buah limau purut ke dalam pati santan. Kisar sehingga lumat.
Langkah 2
Masukkan ke dalam bekas ais kiub, rata-ratakan dan kemudian bekukan di dalam peti sejuk.
Langkah 3
Ambil seketul seketul dan gosok pada kepala. Bukan saja boleh atasi rambut gugur tapi masalah rambut berbau hapak.
Cara untuk rawatan, diambil 1 ke 2 ketulan ais kiub limau purut santan tersebut dan gosokkan di bahagian kulit kepala. Ianya dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh dilakukan seminggu 2 kali untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Memang banyak kegunaan buah limau purut untuk kecantikan. Salah satunya boleh membuatkan kita kekal awet muda. Jom semak khasiat lain buah limau purut yang sering digunakan untuk perawatan tradisional masyarakat Melayu ini.
HILANGKAN LETIH
Bagi menghilangkan rasa letih setelah menguruskan anak-anak yang ramai, segera rawat dengan mengambil dua genggam daun limau purut dan direbus terlebih dahulu. Kemudian air tersebut bolehlah digunakan untuk mandian. Cara ini dapat memberi kepuasan dan kelegaan sekali gus menjadikan tubuh kembali segar.
HALUSKAN KULIT
Terlalu sibuk menguruskan anak dan keluarga, pasti masa seorang ibu itu cukup terhad dan menyebabkan tidak berkesempatan untuk memanjakan diri bagi mendapatkan rawatan kecantikan kulit. Jangan bimbang, ambil saja limau purut dan dibelah dua. Kemudian sentalkan buah limau purut tersebut ke bahagian kulit yang kering dan bersisik. Amalkan selalu ketika mandi dan hasilnya kulit menjadi bersih dan sihat.
AWET MUDA
Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa segar dan bertindak sebagai agen untuk wanita kekal awet muda. Caranya cukup mudah, tambahkan beberapa titis jus limau purut di dalam air mandian. Amalkan selalu.
HILANGKAN KOTORAN BAJU
Melihat ada sahaja kesan kotoran pada baju anak-anak selepas mereka bermain, itu menandakan ada tugas mencuci yang lebih daripada biasa harus kita lakukan. Lain tidak bukan menyental! Tapi dengan menggunakan air perahan limau purut, dikatakan kesan kotoran lebih mudah ditanggalkan. Terbukti cara ini lebih jimat dan mudah untuk dilakukan!
HIJABISTA: Oleh kerana buah limau purut ini agak sukar untuk didapati maka sebab itulah harganya sedikit mahal. Untuk mengurangkan kos, anda boleh tanam sendiri pokok limau purut ini. Bukan sahaja buahnya boleh digunakan, tetapi juga daunnya (untuk masakan).
Sumber kredit: Ana Mahabu
Top image:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI