Teknik solekan yang betul amat penting untuk dilakukan agar solekan menjadi lebih kemas dan flawless tanpa sebarang cela!
Ini kerana tanpa kaedah solekan yang betul, sukar untuk mendapatkan kesan flawless seperti diinginkan.
Berikut Hijabista kongsikan beberapa tip solekan untuk anda mencapai efek ‘picture perfect!
1. Aplikasi tatarias perlulah lembut. Sayangi wajah anda. Sapuan dan olesan yang dilakukan tidak perlu diikuti dengan memek wajah yang tidak sepatutnya.
2. Hasilkan endless look menggunakan lima rona untuk efek flawless dan natural. Manakala intensiti wet look untuk efek lebih dramatik.
3. Sapuan bagi menyamar noda disarankan pada bahagian tertentu sahaja. So, there are no embarassing lines on skin.
Sapuan berlapis tidak akan tahan lama.4. Beri definisi buat mata lebih galak. Untuk tidak cepat kering, gariskan eye liner pada ekor/pangkal mata, bukan di tengah-tengah. Dengan tiga lapisan warna berbeza, anda tampil lebih istimewa.
5. Pipi memberi efek 3D. Gunakan rona beige
pada tulang rahang disusuli ton merah jambu di apple of the cheeks untuk hasil sofistikated dan girly.BACA JUGA: ‘Flawless’ Betul Kulit Fiza Halim! Hanya Lakukan ‘Remedy’ Kecantikan Di Rumah Je Sis!