Bukan sahaja di pentas peragaan, malahan shimmer dipraktikkan dalam kehidupan harian untuk menjadikan solekan tampak lebih eksklusif, mahal dan glamor! Tidak semua tahu tentang kepentingan teknik shimmering dalam solekan. Usah ditinggalkan kerana ia mampu menaikkan seri aura anda.
Team Hijabista akan kongsikan kepada anda kelebihan shimmer dalam solekan anda!
Gunakan berus yang sesuai seperti Stippling brush untuk memastikan teknik shimmering ini memberi impak yang kuat untuk menonjolkan tulang pipi anda. Bukan sahaja tampak lebih runcing, malah gaya solekan akan lebih kemas. Cara yang tepat untuk menggunakan berus ini ialah dengan menggunakan teknik memutar huruf O tepat pada tulang pipi. Lakukan dari telinga hinggalah ke tulang pipi bawah bata.
2. Hidung lebih mancung
Teknik ini tidak hanya memfokuskan kepada tulang pipi anda, malah ia mampu menjadikan hidung lebih mancung! Caranya, lakukan terlebih dahulu teknik contouring dengan menggelapkan sisi kanan dan kiri hidung. Kemudian, lakukan teknik highlight pada bahagian tengah tulang hidung. Akhir sekali, tambahkan shimmering di hujung bawah hidung untuk melengkapkan teknik memancungkan hidung ini.
3. Mata lebih besar
Khas bagi anda yang sukakan gaya solekan Smokey Eyes,
lakukan juga teknik shimmer ini untuk memastikan mata tidak tenggelam dengan warna-warna gelap. Caranya, sapukan shimmer pada hujung dalam mata dan di bawah alis. Bukan sahaja memberikan mata anda lebih galak, malah solekan mata anda akan tampak seperti doll eyes.Kemudian, sapukan shimmer di bahagian eyeshadow dengan kuantiti yang sedikit. Usah sapu dengan banyak dan tebal kerana ia mungkin akan menyebabkan solekan mata anda akan tampak comot.
4. Sembunyikan kedutan
Pastinya anda tidak mahu kedutan kelihatan jelas saat memakai solekan, bukan? Gunakan shimmer sebagai penyelamat anda! Ia mampu untuk menyembunyikan kedutan pada wajah terutamanya di bahagian tepi hujung mata hingga ke tulang pipi dan juga di bahagian dahi. Jadi, sapukan sedikit olesan shimmer untuk menyempurnakan solekan anda!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe