Berita

Solekan Lebih Wow Di Rumah Terbuka, Ikut Cara Ni Kalau Nak Nampak Ekstra Cantik!

Share

Terdapat lebih 10 jenis berus solekan yang anda perlu tahu kegunaannya bagi mendapatkan hasil solekan yang ‘wow’.

Maka, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.

Berus Berbentuk Kipas
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata.

Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.

Berus Bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer

bagi aplikasi yang lebih teliti.

Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).

Berus Pemerah Pipi (debu)
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya.

Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamanya sekitar tulang pipi.

Berus Kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah.

Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.

Berus Penyamar Noda
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer.

Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.

Berus Blending Pembayang Mata
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut.

Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.

Berus Penggaris Mata
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata.

Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.

Berus Pembayang Mata Bersudut
Berus ini digunakan untuk pembayang mata. Ia digunakan untuk membentuk smokey eyes.

Dengan menggunakan warna pembayang mata,berus ini juga berfungsi untuk menggariskan bahagian bawah garis mata.

Berus Kening Condong
Ada yang menggunakan pensel penggaris kening untuk memudahkan lukisan kening tetapi ada juga yang memilih untuk menggunakan berus kening agar dapat mengawal ketebalan garisan mata.

Kedua-dua teknik ini memberi hasil yang berbeza.

Berus Bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir.

Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir. Berus solekan ini sungguh mudah untuk di dapati.

Enjoy your makeup moment!

Sumber Foto: www.pexels.com

Published by
Amy Mohd