Pilihan warna gincu memainkan peranan penting untuk memastikan solekan tampil lebih menawan dan berseri!
Tak susah pun untuk memilih warna gincu yang sesuai dengan warna kulit anda! Mari kami bantu anda memilih warna gincu yang sedang hangat sekarang ni.
Merah
Warna yang sangat trendy
sekarang ini. Tatkala mengoles gincu merah dibibir pasti akan menaikkan seri wajah. Tak percaya? Anda perlu cuba! Walaupun warnanya garang, tapi senang digayakan kemana sahaja.Merah Jambu
Bila tengok orang gayakan cantik, tapi terfikir bila sendiri pakai, kena ke? Warna merah jambu antara warna yang terhangat selepas merah. Apa kata anda cuba gincu merah jambu di kedai kosmetik, pasti anda akan terkesima dengan warna ini.
Ungu
Tak semua orang mampu menggayakan gincu berwarna ungu. Perlu selari dengan imej pakaian anda pada hari tersebut. Tersilap langkah, nanti orang fikir anda ahli kumpulan gothic
pula. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, pilih warna ungu yang tidak terlalu gelap.Nude
Warna paling digemari oleh selebriti. Pemakaian gincu nude semakin menjadi-jadi. Mungkin warnanya akan menampakkan anda sedikit pucat, jadi untuk mengatasinya, solekan mata perlu sedikit menonjol untuk menyempurnakan keseluruhan gaya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe