Kecantikan

Solekan ‘Basic’ Hujung Minggu Patut Cuba & 5 Tip Buat HIjabi Kekal Cantik, Sihat Walaupun Cuaca Panas

Share

Pasti ramai hijabi di luar mahu ‘merehatkan’ wajah dari solekan pada hujung minggu. Namun mungkin atas sebab wajah bermasalah ataupun mahu tampak lebih segar mesti juga meletakkan sedikit solekan di wajah.

 

Tidak salah sama sekali sekiranya hijabi semua mahu berbuat demikian. Cukup yang ‘basic’, ia sudah memadai. Kata orang ‘less is more’.

Hijabista menggemari solekan ‘basic’ dari gadis ini, @putreeo. Lihat video ini di bawah:


Ringkas bukan? Hijabista love, love & love!

EKSTRA INFO:

Oleh kerana negara kita sedang mengalami cuaca panas, ada beberapa tip boleh dijadikan panduan supaya hijabi kekal cergas, sihat & cantik.

1. Kena pakai sunblock atau sunscreen. Tidak kisah apa jenama asalkan sapukan diwajah sebelum apply alat solekan lain.

Setiap kali keluar jangan lupa apply sunblock atau sunscreen.

2. Tidak perlu mekap ‘heavy’

kerana akan menyebabkan wajah anda kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.

3. Minum banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kalau boleh kurangkan juga minum air batu, sebaliknya minum air putih sahaja.

Kena minum air yang banyak.

4. Jika masih mahu keluar bersama teman-teman, pilih untuk santai dalam bangunan yang mempunyai penghawa dingin.

5. Elakkan atau kurangkan aktiviti luar seperti jogging, hiking atau apa sahaja aktivii lasak yang biasa anda lakukan. Jika mahu lakukan juga, boleh pilih buat di gym yang juga ada kelengkapan seperti itu.

Lakukan aktiviti dalam gym sahaja.

Sumber:youtube.com(putreeo)

Published by
Siti Zurina