Solat Sunat Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengisi Malam Lailatul Qadar

Share

Lailatul Qadar atau Lailat al-Qadar adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadan, yang dalam al-Qur’an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya al-Quran. Keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat al-Qadar, surat ke-97 dalam al-Quran.

Menyambut malam Lailatul Qadar yang istimewa di 10 hari terakhir Ramadan, salah satu amalan yang dianjurkan ialah menunaikan solat sunah. Kerana solat merupakan bentuk ibadah tertinggi yang mendekatkan hamba dengan Sang Pencipta, Allah S.W.T. Jika ingin ibadah anda lebih maksima dan bermanfaat, tunaikan beberapa solat sunah berikut untuk mengisi malam Lailatul Qadar. Menunaikan solat-solat sunat ini akan mengundang banyak manfaat dalam kehidupan anda, termasuk menghadirkan pahala yang berlipat ganda.

1. SOLAT TARAWIH DAN WITIR

Tarawih adalah solat yang istimewa kerana hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan. Tarawih juga termasuk qiyamullail atau solat malam yang memiliki keutamaan. Solat ini juga dapat dilakukan secara berjamaah atau sendiri dengan minima 8 rakaat. Untuk menyempurnakannya akhiri dengan solat witir sebagai penutup sebanyak 3 rakaat.

2. SOLAT TAHAJUD

Menunaikan solat Tahajjud sangat disarankan untuk mengisi malam-malam Ramadan dan Lailatul Qadar. Solat ini idealnya ditunaikan setelah bangun tidur walaupun hanya tidur secara singkat. Tahajjud dilakukan dengan minimum 2 rakaat dan maksimal tidak terbatas sesuai kemampuan masing-masing. Waktu terbaiknya di sepertiga malam.

3. SOLAT HAJAT

Jika memiliki permohonan atau keinginan yang ingin kita utarakan kepada Allah SWT, Lakukan solat hajat minima 2 rakat. Waktunya untuk menunaikannya boleh dilakukan di siang atau malam hari. Harapannya usai melakukan solat ini kita akan mendapatkan kelancaran dan kemudahan untuk mencapainya.

4. SOLAT TAUBAT

Jika merasa memiliki banyak dosa dan ingin bertaubat kita boleh menghilangkan kegelisahan hati dengan menunaikan solat taubat untuk meminta ampun kepada Allah. Solat ini dianjurkan dilakukan supaya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama seperti di masa lalu. Supaya semakin khusyuK dapat dilakukan di malam hari saat suasana tenang dan hening.

5. SOLAT TASBIH

Solat Tasbih dapat dilakukan dengan membaca kalimat “Subhanallahu wal hamdu lillahi walaa ilaaha illallahu wallahu akbar” sebanyak 300 kali dalam 4 rakaat yang ertinya kita melakukan tasbih sebanyak 75 kali pada setiap rakaat. Laksanakan memang sedikit berbeza dengan solat sunat pada umumnya kerana bacaan tasbihnya yang dibacakan pada sepanjang gerakan solat. Perbezaan lainnya adalah waktu, jika solat di siang hari maka wajib menunaikan sebanyak 4 rakaat dengan sekali salam, sedangkan jika di malam hari dengan dua kali salam.

6, SOLAT TAHIYATUL MASJID

Solat yang satu ini dilakukan sebagai bentuk penghormatan kepada masjid. Solat ini dianjurkan dilakukan setelah kita tiba di masjid. Biasanya dilakukan sebanyak 2 rakaat, sebelum akhirnya kita duduk.

7. SOLAT QABLIYAH DAN BA’DIYAH

Kedua solat sunah ini dilakukan sebelum dan setelah solat fardu 5 waktu. Tetapi perbezaanya solat Qabliyah dilakukan sebelum solat wajib sedangkan solat Ba’diyah setelah solat wajib. Masing-masing dilakukan minima 2 rakaat saja.

Itulah beberapa solat sunah untuk mengisi malam Lailatul Qadar. Jom perbanyak ibadah solat sunah di bulan Ramadan khususnya di malam Lailatul Qadar ini! Manfaatkan waktumu sebaik mungkin.

Published by
SH