Pelawak Amir Raja Lawak menyatakan solat dan sedekah setiap hari di waktu subuh adalah antara amalan yang dianggap sebagai pembuka pintu rezeki terutama dalam kehidupan berniaga.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 34, yang mengusahakan perniagaan air jagung sejak 2017, mengakui memulakan harinya dengan amalan seperti berdoa, berdoa dan bersedekah.
Menurut Berita Harian, bagaimanapun Amir yang turut menyertai program realiti Raja Lawak musim ketiga pada 2009 berkata, dia mengikut perancangan yang diatur oleh Yang Maha Esa hanya dalam soal sara hidup.
“Permulaan hidup setiap hari pada waktu pagi. Memang betul apabila orang dahulu kata bangun pagi atau subuh, rezeki akan dimurahkan.
“Sedekah sahaja seberapa banyak yang kita mampu dan niatkan baik-baik,” katanya kepada salah satu portal tempatan.
Ads
Lama kelamaan, jelas Amir, dia turut menghulurkan sumbangan kepada pusat pendidikan atau Tahfiz di kawasannya.
“Selain masjid, saya juga sedekah ke rumah tahfiz berdekatan termasuk memberikan air jagung untuk pelajar kerana mereka memang sukakannya.
“Cuma, apa saya boleh katakan solat pada pagi setiap hari adalah kuncinya.
“Mungkin amalan dan doa orang ramai juga menjadi pembuka laluan untuk Allah berikan rezeki kepada saya,” katanya ditemui pada sidang media program Astro, Mega Spontan 2023, baru-baru ini.
Ads
Mengulas mengenai penerusan perniagaan air jagung di ibu pejabat Amirreka, Amir berkata, dia akan sentiasa cuba merebut peluang terbaik untuk mengembangkan perniagaannya.
Kelmarin hangat isu berkaitan hubungan Neelofa dan PU Haris di media sosial yang kononnya sedang dilanda masalah. Pelbagai jenis andaian-andaian negatif yang muncul dari isu kononnya mereka berdua sudah dinikahkan di Kelantan kepada isu Neelofa terkena minyak pengasih sehinggalah kisah Neelofa memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada akaun peribadi PU Haris.
Namun semuanya terjawab apabila Neelofa sendiri telah memberi kenyataan sebentar tadi di laman Instagram peribadinya. Bertujuan untuk menjernihkan keadaan dan menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada dia dan juga PU Haris.
Wanita berusia 31 tahun ini berkata, “Saya sendiri terkejut melihat andaian-andaian ini keluar. Yang berkenaan minyak pengasih dan kononnya saya sedang berubat serta pindahan wang ditambah pula dengan pernikahan yang kononnya telah diadakan di Kelantan.
“Berikan kami masa dan juga doakan kami untuk mencari titik penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah keluarga. Saya rasa permintaan ini adil daripada anda semua menokok tambah dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang boleh mengeruhkan keadaan.
“Setiap hubungan itu ada cerita itu sendiri, dan tidak manis untuk saya bercerita berlebih-lebihan membelakangi keluarga saya dan keluarga Haris. Apa yang berbeza, saya dan Haris dikenali, jadi ini menjadi perhatian dan setiap gerak geri itu… ditambah pula dengan cerita yang tidak betul.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada keluarga saya dan keluarga Haris. Saya harap anda hentikan tuduhan yang tidak berasas. Terakhirnya saya perlukan doa-doa anda semua. Itu sudah memadai. Saya menerima banyak mesej dari sahabat, kenalan dan juga orang yang tidak dikenali mendoakan saya. Terima Kasih.”
Neelofa berharap dengan penjelasan ini mampu menjelaskan keadaan yang terjadi kepada dirinya dan juga PU Haris.
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih kurang kesedaran mengenai isu kesihatan mental yang dialami kebanyakan daripada kita tanpa disedari.
Berniat mahu membantu mereka yang mengalami masalah tersebut, pasangan selebriti iaitu Noh Salleh dan Mizz Nina telah sama-sama menggerakkan kempen yang dinamakan Bantuan Psikologi 40 khusus bagi menolong golongan itu mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jelas Mizz Nina, isu ini perlu diatasi dari awal bagi mengelakkan keadaan mereka yang mengalami masalah mental menjadi lebih buruk terutama sekali selepas berlakunya pandemik covid-19.
“Mari penuhi tanggungjawab kita di Ramadan yang mulia ini! Follow @1moment4them now!
“Selamatkan dan bantu rakan -rakan underpriviliged B40 kita yang mengalami masalah kesihatan mental.
“Benda yang kita takuti tanpa rawatan / sokongan psikologi keadaan akan bertambah buruk atau mereka akan menghadapi tekanan sehingga menbawa kepada kematian.
“Pandemik telah menyebabkan masalah kesihatan mental semakin meningkat dan statistik menunjukkan 500,000 rakyat malaysia menghadapi depression.
“Kesan pandemik covid 19 telah melanda negara telah menyebabkan ramai pesakit di kalangan underpriviliged B40 tidak dapat meneruskan rawatan kerana kekangan kewangan dan tempoh menunggu yang lama di hospital kerajaan,” jelasnya di laman instagram.
Mensasarkan kutipan sebanyak RM 70,000, para pesakit yang dibantu kelak akan mendapatkan sesi terapi yang sewajarnya bagi merawat masalah kesihatan tersebut.
“Kami mensasarkan RM 70,000 untuk 100 orang pesakit mendapatkan 5 kali sesi terapi secara atas talian online, 5 kali sesi self care management secara atas talian online dan satu food basket dengan makanan nutrisi.
“Kami hanya memerlukan 1400 penderma dengan RM 50 per slot (kami menerima jumlah lain juga),” tambahnya.
Mereka yang berminat untuk menyumbang bolehlah hulurkan sumbangan ke nombor akaun yang tertera di hantaran Mizz Nina di bawah ini.
Seperti yang kita ketahui, bekalan topeng muka semakin sukar untuk didapati sedangkan jumlah angka Covid-19 semakin meningkat.
Topeng muka yang berkesan untuk mencegah penyakit bawaan titisan pernafasan adalah jenis 3ply/ surgical mask.
Ia mempunyai beberapa lapisan yang berfungsi untuk menyerap kelembapan, menapis kuman dan bahagian luar yang telap air.
Elakkan menggunakannya berulang kali, memakai terlalu lama dan menyentuh topeng dengan tangan yang kotor.
Jika anda ke Jepun dan beberapa negara lain, adalah suatu yang normal untuk melihat orang awam memakai topeng muka (walaupun tiada wabak)
Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew yang bermurah hati untuk menyumbangkan bekalan topeng muka (mask) untuk keperluan pasukan perubatan.
Puas fikir nak cari mana bila dengar banyak mask dah tiada. Semua tugas utama yang perlu berada di jalan, banyak restoren, kedai-kedai dan bahagian sokongan, kerja bank-bank. Saya sendiri puas cari mask tak dapat lama dah. Tanya sana sini. Ramai tanya saya.
Akhirnya saya dapat beli 10 ribu mask dari beberapa orang yang menjualnya. Walau mahal dari biasa. Takperlah. Syukur saya dah hadiahkan pada yang minta pada saya sebelum ini. Duit waktu ni boleh menjadi saham akhirat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan sihatkan semua kawan-kawan saya di semua hospital dan bantulah kami semua ya Allah.
Tadi dah guna khidmat bungkusit edarkan pada beberapa tempat. Ada adik kerja tu datang tak pakai mask pun. Ya Allah bahayanya adikku. Saya hadiahkan juga padanya. Keadaan terdesak sekarang. Sebab jika ke hospital pun nak dipilih untuk disaring memang susah. Semoga Allah selamatkanlah kita semua. Pulihkan keadaan ini.
Pohon doa yer semua rider adik ni semua selamat menghantar ke semua tempat. Ya Allah terimalah sedekah hadiah ini jadi asbab hidayah. Jika ada sesiapa ada mask banyak boleh bagitahu. Sebab dah habis. Ramai lagi nak mask. Semoga dimudahkan yer-ebitlew
Siapa ingin infak
cimb 8603546376
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...