Solat istikharah adalah solat sunat yang dilakukan dalam rangka meminta petunjuk berupa keputusan dari Allah atau memohon dipilihkan salah satu di antara dua perkara pilihan atau boleh lebih. Gunanya yaitu untuk menghapuskan kebimbangan hingga mematapkan hati supaya tidak ada rasa kecewa di kemudian hari.
Banyak orang melaksanakan solat istikharah biasanya untuk memilih pekerjaan, memilih pasangan hidup atau jodoh, dan beberapa perkara lainnya. Intinya, anda boleh melakukan solat sunnah yang satu ini ketika berhadapan dengan pilihan yang memerlkan jawapan segera. Tapi satu hal yang mesti diingatkan, dilarang keras melakukan solat istikharah untuk memilih antara hal yang halal dan haram. Lantas, bagaimana niat, doa, dan tata cara solat istikharah?
Waktu terbaik untuk solat istikharah
Waktu terbaiknya adalah ketika malam hari setelah solat isyak. Solat sunnah ini boleh langsung anda lakukan tanpa harus tidur terlebih dahulu. Seperti beberapa solat sunnah yang lainnya, akan lebih baik kalau melaksanakan pada malam hari di mana anda akan merasa lebih khusyuk dalam berkomunikasi atau berdoa kepada Allah. Dalam kesunyian malam, diharapkan lebih tenang dan fokus. Meski begitu, solat istikharah juga boleh dikerjakan pada pagi dan siang hari.
Niat solat istikharah
Kalau ingin solat istikharah terasa mantap, niat boleh diucapkan. Berikut niatnya:
Ertinya: Saya berniat solat sunnah istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Tata cara solat istikharah
Sama seperti solat sunnah pada umumnya, solat istikharah ini berjumlah dua rakaat dengan satu kali salam. Dua rakaat tersebut boleh berdiri sendiri dengan niat khusus solat istikharah atau niat yang digabung dengan niat solat sunnah lainnya, seperti solat sunnah rawatib misalnya. Tata cara pelaksanaannya iaitu, diawali dengan niat, dilanjutkan dengan takbiratul ihram, doa iftitah, membaca surat Al Fatihah dan begitu seterusnya hingga salam.
Doa solat istikharah
Doa solat istikharah dibaca seusai melaksanakan solat dua rakaat. Dengan demikian, sah dikatakan sebagai solat istikharah jika telah melaksanakan solat sunnah apapun yang berjumlah dua rakaat, dan kemudian membaca doa ini. Berikut doanya :
“ Allahumma inni astakhiruka bi ‘ilmika, wa astaqdiruka bi qudratika, wa as-aluka min fadhlika, fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wa ta’lamu wa laa a’lamu, wa anta ‘allaamul ghuyub.
Ads
Allahumma fa-in kunta ta’lamu hadzal amro (menyebutkan persoalannya) khoiron lii fii ‘aajili amrii wa aajilih (aw fii diinii wa ma’aasyi wa ‘aqibati amrii) faqdur lii, wa yassirhu lii, tsumma baarik lii fiihi.
Allahumma in kunta ta’lamu annahu syarrun lii fii diini wa ma’aasyi wa ‘aqibati amrii (fii ‘aajili amri wa aajilih) fash-rifnii ‘anhu, waqdur liil khoiro haitsu kaana tsumma rodh-dhinii bih.”
Ertinya:
” Ya Allah, sesungguhnya, aku memohon kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu, aku memohon kemampuan kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon kepada-Mu dari anugerah-Mu yang Agung. Sesungguhnya, Engkau Mahakuasa sedang aku tidak kuasa, Engkau Maha Tahu sedang aku tidak mengetahui, Engkaulah Dzat yang Maha Mengetahui perkara yang gaib.
Ads
Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (menyebutkan persoalannya) adalah baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku, dan akhir urusanku, maka tentukanlah untukku, mudahkanlah jalannya dan berkahilah aku di dalamnya.
Dan apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini adalah buruk bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah diriku darinya, tentukanlah untukku apapun yang terbaik, kemudian jadikanlah aku ridha dengannya.”
Bagaimana cara mengetahui hasilnya?
Banyak orang menduga bahawa jawapan solat istikharah akan dikirim Allah dalam bentuk mimpi. Padahal sesungguhnya, hasil istikharah itu ada dalam kemantapan hati sendiri. Anda akan mendapati hati lebih cedenrung kepada salah satu pilihan yang dirasa lebih baik. Ketika hati benar-benar sudah mantap untuk memilihnya, itulah hasil dari solat istikharah tadi. Jadi, tidak perlu menunggu mimpi ya.
Perlu selalu redha atas apapun pilihan yang akan ditunjukkan Allah, meski mungkin tidak sesuai dengan harapan. Kalau pada solat istikharah pertama ternyata anda merasa belum mendapatkan petunjuk, maka anda boleh mengulangi solat istikharah itu hingga tujuh kali. Bahkan walaupun belum mendapat kemantapan hati yang sempurna, tapi Allah telah mentakdirkan salah satu pilihan terjadi usai solat istikharah, inilah jawapan dan hasil istikharah yang anda lakukan.
Itulah niat, doa, dan tata cara solat istikharah. Sebelum solat istikharah, dianjurkan juga untuk membaca istighfar sebanyak mungkin, banyak bersedekah dan melakukan puasa sunat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Satu siri pengaktifan yang dibuat berdasarkan misi kempen #ButtonscarvesGoesGlobal. Penampilan sulung jenama itu di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2023, yang melahirkan kegilaan Buttonscarves Takes Over Kuala Lumpur. Replika beg flap gergasi dan pembungkusan 50 Grabcars, ‘Buttonscarves Goes Global’ Di Malaysia.
Pengaktifan pertama dimulakan dengan pembungkusan 50 GrabCars bertemakan Buttonscarves. Direka bentuk dengan motif monogram BIMU ikonik dalam warna Viva Magenta, yang dipilih secara eksklusif untuk menjadi warna kempen tandatangan #ButtonscarvesGoesGlobal.
Buttonscarves menjadi jenama pertama yang membalut sepenuhnya kedua-dua kereta premium dan bukan premium di Malaysia. Kereta BIMU akan disediakan kepada pengguna Grab di Lembah Klang selama sebulan, bermula 21 Ogos hingga 21 September 2023.
Beg flap gergasi
Selepas pelancaran kereta BIMU, Buttonscarves mencipta satu lagi pemasangan beg flap gergasi daripada salah satu koleksi terbaharu, Aluna Flap Bag.
Jenama ini berjaya memasang pemasangan gergasi pada ketinggian 8 meter, panjang 12 meter dan lebar 4 meter di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur. Sebagai tambahan kepada pemasangan yang mengagumkan ini, beg gergasi itu turut memecahkan rekod sebagai Replika Beg Flap Terbesar dalam Buku Rekod Malaysia.
Penyampaian sijil rasmi telah diadakan di pemasangan beg flap gergasi itu sendiri, disaksikan oleh lebih 100 peminat jenama itu, dikenali sebagai BSLady, bersama-sama dengan pempengaruh utama di Kuala Lumpur.
Peluang menghadiri Minggu Fesyen Jakarta
Untuk meraikan pemasangan gergasi itu, peluang untuk membawa seorang pemenang bertuah dengan tambah satu untuk menghadiri Minggu Fesyen Jakarta 2023. Peraduan ini dilancarkan untuk pengunjung yang mengambil gambar paling kreatif di tapak pemasangan memakai Beg Flap Aluna Buttonscarves.
Kedua-dua pemasangan beg flap gergasi dan peraduan Minggu Fesyen Jakarta 2023 akan berlangsung di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur bermula 25 Ogos hingga 3 September 2023.
“Kempen #ButtonscarvesGoesGlobal mewakili langkah penting bagi Buttonscarves untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup yang mampu bersaing di pentas global.
Selepas kejayaan Pemasangan Beg Giant Hold Me di Times Square, New York, sempena Minggu Fesyen New York Februari lalu, Buttonscarves kini berada di sini untuk memastikan kehadirannya di Kuala Lumpur, Malaysia,” kata Linda Anggrea, Ketua Pegawai Eksekutif Buttonscarves.
Buttonscarves juga menjadi jenama antarabangsa pertama dari Indonesia yang dipilih sebagai jenama perintis untuk menerajui dan mempersembahkan koleksi landasan eksklusif mereka, Ethereal Escapades, di segmen Asia Fashion Xchange Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2023 lalu.
Segmen Asia Fashion Exchange diperkenalkan buat pertama kali pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur tahun ini sebagai peluang untuk memupuk persefahaman, penghayatan dan kerjasama antara budaya yang berbeza melalui fesyen.
Koleksi eksklusif yang dibuat untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur menampilkan reka bentuk yang menggabungkan monogram ikonik Buttonscarves dengan gaya yang edgy, canggih, dan moden.
Pertunjukan fesyen yang berlangsung pada akhir Minggu Fesyen KL itu dihadiri beberapa tokoh ikonik dari Indonesia, seperti Dian Pelangi, Whulandary, Indah Nada Puspita, dan Indira Hapsari, serta ikon gaya Malaysia seperti Marion Caunter, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Che Puan Syamim Farid, Yaya Zahir, Hawa Rizwana, Francisca Luhong, Thanuja Ananthan, Raysha Rizrose, Elisya Sandha, dan ramai lagi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pada hari perginya seorang bintang yang disayangi pasti orang tersayang merasa amat kehilangan. Begitu jua bapa kepada Almarhumah Siti Sarah iaitu Raissudin enggan di temubual kerana berita yang mengejutkan ini cukup membuatkannya hilang kata-kata.
Pada malam Selasa, tahlil secara maya khas untuk kesayangan ramai ini, pihak media berpeluang menemubual Raissuddin Hamzah juga penyanyi era 80-an. Bagaimanapun menurutnya, dia redha dengan permergian anak manjanya. Sedia maklum anaknya dimasukkan ke hospital dan menjalani kuaratin dirumah tak sangka kedatangan Shuib dengan berita yang tak diingini.
“Malam tu (awal pagi Isnin) Shuib datang jumpa saya, dengan senyum dia kata… abah orang nak pegi hospital.
“Dia melutut depan saya dan dia kata… Siti dah tak ada, abah.
“Saya rasa dunia ni macam sangat sepi,” katanya sambil menahan sebak.
Berkongsi Keperibadian Siti Sarah
Dalam pada itu, Raissuddin, 65, turut berkongsi keperibadian Siti Sarah yang disifatkan sebagai seorang yang taat dan manja.
“Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah serta melawan cakap saya.
“Arwah juga seorang yang manja dengan saya, banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya. Bermula dari hasratnya ingin menjadi seorang penyanyi sehinggalah saya serahkan tanggungjawab saya kepada suaminya Shuib.
“Saat Shuib dating dan melutut di hadapan saya, sambil memberitahu Siti Sarah sudah tiada…saya tidak tahu nak kata apa-apa.”
Momen yang tidak dapat dilupakan
Sepanjang 37 tahun bersama anak kesayangannya arwah Siti Sarah pasti banyak momen terindah yang tidak boleh dilupakan. Sayalah yang menguruskannya di awal kerjayannya pasti setiap kenangan tidak boleh dilupakan.
Kemanjaannya diakui penyanyi hebat Anuar Zain. “sebelum kahwin kami memang rapat, Sarah ni suka bergurau sampai saya hilang kata. Orangnya gemar berlawak memang disenangi ramai,” ujar Anuar dalam majlis tahlil secara maya berlangsung.
Dalam pada itu Raissuddin berkata “Sehari sebelum dia pergi ke hospital, kami saling berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa,” momen terakhir bersama anaknya.
Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19. Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.
Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.
Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.
Shuib teruja dibenarkan melawat bayi Ayash
Dalam majlis tahlil secara maya ini juga, Shuib berkongsi pada hari ini dia pertama kali dia dibenarkan untuk melihat Ayash Affan yang masih dalam pemantauan pihak hospital. Nada keterujaannya berkongsi dengan pihak media pastinya juga membuat ramai yang menanti berita perkembangan bayi Ayash Affan. Bagaimanapun Shuib juga tidak ada masalah untuk berkongsi gambar atau apa sahaja perkembangan mengenai bayinya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, ramai penggemar milk tea tidak menikmati minuman kegemaran ini, tetapi rakyat Malaysia tidak menjadikan ini batasan untuk membuat pelbagai aktiviti di rumah mahupun merekacipta resepi sendiri.
Milk Tea yang berasal dari negara Taiwan dan juga Thailand ini menjadi kegilaan kerana rasanya yang berlemak manis dan sedap diminum tidak kira masa. Tetapi, setiap kali mahu membeli milk tea viral ini pastinya perlu beratur panjang! Jangan risau kerana anda sudah boleh buat sendiri milk tea dessert ini di rumah dan boleh minum puas-puas. Melalui perkongsian seorang hijabi E-da Norsyaidah sekali tengok memang rasa nak cuba berkali.
Thai Milk Dessert Viral
Aroi mak mak… uuuuuih! Sekarang tengah viral Thai milk yang artis2 duk makan tu. So kekda try la buat, sbb hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat. Tapi buat sendiri lagi berbaloi. Cara ni kekda buat simple-simple je ,so jangan kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara konon good-good jek kan. Memang lagi padu dan terasa lemak-lemak manis dia.
Resepi Thai Milk Viral versi Kekda
1 Tin susu cair carnation ( bagi kekda brand ni sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak-lemak)
1 sudu biji selasih.. rendam hingga kembang dan toskan
1 mangkuk ais
Cara-caranya
1.Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.. susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing-masing macam kekda letak ckit je.. sebab jelly tu dah memang manis.
2.Bagi kekda versi ni lagi sedap sbb bau wangi dari jelly raspberry tu + lemak-lemak susu cair tu.. Minum tengah hari panas-panas.. satu mangkuk licin sorang.
Hilangkan kebosanan anak-anak, jom cuba resepi kegemaran untuk merngeratkan silatulrahim. Selamat mencuba!
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu