
Pencipta kandungan digital yang semakin meledak namanya ketika ini, Sofea Shra dinobatkan sebagai pemenang di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) untuk kategori Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024.
View this post on Instagram
Pertama kali tercalon dan menjadi Top 5 dalam kategori yang baharu diwujudkan pada tahun ini membawa tuah kepada Sofea Shra yang terkenal dengan pelbagai kandungan digital kreatif berkaitan kecantikan dan fesyen di Instagram dan TikTok.

Biarpun ‘perjalanan’ kemenanganya itu nampak mudah namun hijabi cantik berusia 27 tahun ini tidak menafikan kehebatan calon-calon Top 5 yang lain iaitu Malia, Hawa Johanis, Agy dan Yana Hassan.
Segalanya berbalik kepada rezeki. Meraih kutipan undian sebanyak 35.23 peratus melayakkan dirinya merangkul trofi Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024.

Memetik kata-kata Sofea Shra sewaktu memberi ucapan di pentas GMWA24 sempena kemenangannya itu.
“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Astro sebab wujudkan kategori ini. Tahun ini adalah tahun pertama segmen beauty and fashion diwujudkan.
View this post on Instagram
“Bila adanya segmen ini akan motivate beauty and fashion creators out there untuk lagi nak buat content yang lebih bersemangat.”
Sofea Shra turut berterima kasih kepada kedua ibu bapanya, rakan-rakan dan para pengikut di media sosial yang tidak pernah jemu menjadi pendorong buat dirinya. Bagi Sofea Shra, tanpa mereka siapalah dirinya pada hari ini.
Penampilan ‘Wow’ Curi Tumpuan Lensa
Sebagai pencipta kandungan berkaitan fesyen dan kecantikan, pastinya Sofea Shra menjadi fashion trendsetter yang menitik beratkan soal penampilan diri dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Mengikut tema Flex Your Art untuk GMWA24, Sofea Shra memilih ballgown dengan sentuhan interpretasi moden rona kelabu rekaan Teruntum Putih.


Pereka memilih black weave fabric dengan elemen metallic silver embroidered, dan short crop-top dengan detachable high collar dan corset bodice.
View this post on Instagram
Manakala untuk hijab dan sarung tangan, rona hitam polos menjadi pilihan. Hijab digayakan ringkas menyerlahkan sisi ‘mahal dan eksklusif’ Sofea Shra.

Ternyata, Sofea Shra mengikut trend fesyen semasa. Dengan kemenangannya sebagai Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024 akan menjadi benchmark buat Sofea Shra untuk menghasilkan kandungan digital terbaik pada masa hadapan.
Inspirasi Fesyen & Kecantikan
Sewajarnya Sofea Shra menjadi inspirasi di kalangan wanita moden yang mementingkan kecantikan dan fesyen. Walaupun berhijab, Sofea Shra masih boleh tampil stylish dan pada masa sama tetap kelihatan sopan.



Untuk info, edisi kali ini GMWA24 mengangkat tema Flex Your Art dengan dresscode Artwear. Para tetamu jemputan termasuk calon-calon Top 5 tampil dengan outfit mengikut kreativiti fesyen masing-masing.
Malam kemuncak GMWA24 yang berlangsung meriah di Auditorium MBSA Shah Alam baru-baru ini menyaksikan aktres jelita yang juga Dewi Remaja 2017, Anna Jobling merangkul trofi utama Gempak Miost Wanted Awards 2024 buat kali kedua berturut-turut dengan undian tertinggi 4.9 juta.
Anna turut menerima dua lagi trofi iaitu Anugerah Selebriti Tergempak 2024 dan Drama Tergempak menerusi naskhah, Syurga Itu Bukan Mudah.
ARTIKEL BERKAITAN: Gempak Most Wanted Awards 2024’ Umum Top 5, Nama-Nama Popular Dunia Digital Dicalonkan
View this post on Instagram
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI