Kecantikan

Slim Dengan Amal Minuman Habbatus Sauda, Barulah Boleh Sarung Baju Saiz ‘S’

Share

Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).

Bagi mereka yang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, anda boleh mencuba petua yang diamalkan oleh wanita ini. Bahan asas yang digunakan ialah habbatus sauda.

Berikut perkongsian Sumaiyah Abdullah

RAHSIA TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 20 HARI DENGAN HABATUSSAUDA

Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.

Bahan-bahannya adalah:

2 sudu besar habatussauda
1 jug air
1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.

Cara-caranya adalah:

1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.

2- Esok paginya, korang rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.

3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.

4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.

5- Kacau rata. Dan taraaa. Dah siap. Sedia untuk diminum. Memang best nau-nau rasa dia. Haruum gitew. Lembuuut je bila masuk mulut. Aishh. Korang rasalah sendiri.

Amalkan sehari sekali sebelum sarapan.

Kalau korang nak tahu, dalam habatussauda ni terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. That’s why la ia berkesan untuk menurunkan berat badan.

Kandungan saponin dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Jadi, badan akan terasa ringaaan je. Tak de mengah-mengah lagi.

Selain untuk turunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selsema. Ciksu dah try bagi kat anak. Alhamdulillah, batuk reda walaupun baru sekali minum

Sumber kredit: Sumaiyah Abdullah

Published by
Norhasliza