Skrub wajah dan tubuh memberikan banyak manfaat pada kulit. Ia bukan hanya sekadar membersihkan kulit dari kotoran atau sel kulit mati yang ‘terperangkap’ pada liang-liang kulit tetapi pada masa yang sama memberikan sensasi kulit yang lebih bersih, halus dan lembut. Malah kulit jadi gebu dan glowing hanya dengan menggunakan skrub beras pulut dan rose bud.
Photo by cottonbro from Pexels
Skrub kulit tubuh dan badan adalah salah satu bentuk perawatan eksfoliasi. Kulit akan kelihatan lebih sihat serta membantu kulit lebih anjal serta awet muda. Seiring dengan bertambahnya usia, proses penggantian sel kulit akan semakin perlahan maka kulit akan kelihatan kusam. Maka sebab itulah amat penting untuk kita melakukan perawatan skrub kulit wajah dan tubuh.
Photo by Polina Kovaleva from Pexels
Gerakan menggosok dan mengurut ketika perawatan skrub dapat merangsang aliran darah. Ia mampu mempercepatkan penggantian sel kulit yang baru. Bukan itu sahaja, kulit juga mendapat bekalan nutrisi yang diperlukan.
Photo by Shiny Diamond from Pexels
Berikut perkongsian  Siti Zainab JenJen tentang cara-cara membuat sendiri skrub di rumah. Skrub ini boleh dipakai untuk kulit wajah dan juga tubuh.

BAHAN-BAHAN:
  • Beras pulut – 4 sudu besar
  • Rose Bud – 2 sudu besar
  • Susu tepung – 1 sudu besar
  • Air mawar/Facemist Bunga Kampung Suzy Honey
CARA-CARA: 
1. Kisar kering semua bahan, satu demi satu.
2. Kisar sampai jadi halus. Selepas itu barulah gaulkan dengan kesemua bahan yang lain.
3. Jika anda hendak pakai skrub ini pada kulit wajah, cukup dengan sesudu makan sahaja. Hanya tambahkan facial mist/air mawar.
4. Bancuh itu agak-agak tahap pekat mana dan senang hendak ditempek pada kulit wajah.
5. Apabila sudah sapu rata ke seluruh kulit wajah, biarkan selama 30 minit.
6. Skrub ini juga boleh dipakai pada kulit badan. Guna 3-4 sudu skrub.
7. Biarkan selama 30 minit. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulur dahulu sebentar. Gosok secara perlahan dan lembut.
8. Bilas dengan air sejuk. Pertama kali buat, anda sudah dapat rasa kulit rasa lembut sahaja. Paling penting kulit bersih dan glowing.

KHASIAT MASKER BERAS PULUT & ROSE BUD:
  • Glowingkan kulit
  • Awet muda
  • Hilangkan parut
  • Haluskan kulit
Photo by Aleksandar Pasaric from Pexels
TAHUKAH ANDA:
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Manakala susu tepung pula memberi kesan mencerahkan dan melembabkan kulit.
BERAPA KALI HENDAK PAKAI?
Lakukan perawatan menggunakan skrub ini dua hingga tiga kali seminggu untuk hasil ‘superb glow’ dan cerah gebu.
Skrub kulit wajah dan tubuh amat penting bagi memastikan kulit lembut, bersih dan berseri. Tujuan utama perawatan skrub sama ada pada kulit wajah mahupun kulit tubuh ialah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada pada kulit. Jika terlalu lama sel-sel kulit mati ini ‘bertapa’ pada kulit wajah mahupun tubuh lama kelamaan kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Sumber kredit: Siti Zainab JenJen
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI