Kulit tubuh yang lembut, halus dan anjal tentunya menjadi idaman setiap wanita. Tidak dapat dinafikan untuk memiliki kulit tubuh yang lembut, halus dan anjal tentunya memerlukan perawatan menggunakan produk sama ada produk moden mahupun alami.
Skrub campuran garam dan kunyit merupakan salah satu perawatan kecantikan menggunakan bahan semula jadi yang mampu menghilangkan selulit, mencerah, melembutkan dan membersihkan kulit badan.
Skrub campuran garam dan kunyit ini juga boleh membuatkan kulit anda tegang, anjal dan kelihatan segar. Ini juga merupakan salah satu remedi yang boleh memudarkan dan memutihkan/menipiskan kesan rekahan pada kulit (stretchmarks).
Berikut dikongsikan resipi untuk membuat skrub menggunakan garam dan kunyit.
BAHAN-BAHAN:
Sesenduk garam halus.
Sesenduk gula perang
3 sudu besar serbuk kunyit
Secawan minyak zaitun.
CARA-CARA:
2. Boleh sapukan skrub pada seluruh badan kemudian bilas dan cuci dengan sabun mandian anda. Warna kekuningan kunyit akan hilang.
3. Sesuai untuk memulihkan kulit terbakar dek cahaya matahari.
4. Skrub ini juga sesuai untuk menghilangkan parut dan melembutkan kembali kulit yang kasar.
5. Untuk perut buncit yang banyak lemak juga eloklah menggunakan skrub ini .Insyaallah mampu mengurangkan lemak degil.
HIJABISTA: Selain menggunakan produk-produk perawatan moden yang dijual di pasaran, amalan menggunakan bahan-bahan semula jadi juga amat membantu. Paling penting tidak perlu risau tentang kesan sampingan.
Sumber kredit: SuzyHoney Kota Damansara Top image: Photo by Polina Tankilevitch from Pexels