Rasa nanas yang manis dan berjus sememangnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Nanas mengandungi vitamin C yang tinggi dan sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh terutama dalam penyembuhan luka.

Kandungan itamin B terutama B1 dapat membantu proses penghadaman dan melancarkan proses pencernaan. Potasium bersama sodium dalam nanas pula dapat mengawal imbangan air dalam tubuh.

Skrub Badan Guna Bahan Asas Nanas Hasilnya Kulit Jadi Lembut, Gebu & Glowing Kalau Selalu Pakai
Sumber gambar: tripsavvy.com

Selain baik untuk dalaman, nanas juga juga sangat sesuai digunakan sebagai perawatan untuk kecantikan. Nanas sebenarnya boleh digunakan sebagai bahas asas untuk skrub atau lulur badan.

Berikut perkongsian Sarifa Redzuan II

Ads

Resipi skrub atau lulur untuk badan menggunakan nanas.

RESIPI 1
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan minyak kelapa
1/2 cawan nanas di potong

Skrub Badan Guna Bahan Asas Nanas Hasilnya Kulit Jadi Lembut, Gebu & Glowing Kalau Selalu Pakai

Ads

CARA-CARA: 
1. Kisar semua bahan.
2. Simpan dalam peti sejuk.
3. Boleh guna untuk skrub badan dan wajah.
4. Amalkan seminggu 2 kali.

Skrub Badan Guna Bahan Asas Nanas Hasilnya Kulit Jadi Lembut, Gebu & Glowing Kalau Selalu Pakai
Sumber gambar: helplesswhilstdrying.com

RESIPI 2
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan minyak zaitun/ kelapa
1/2 cawan garam halus
1/2 cawan nanas dipotong

Ads

CARA-CARA: 
1. Kisar nenas dan minyak kelapa/zaitun.
2. Masukkan tepung jagung dan kisar.
3. Masukkan garam dan gaul sebati.
4. Simpan dalam peti sejuk.
5. Seminggu 2 kali boleh skrub badan.

Selamat mencuba!

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II Top image: 100percentpure.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI