Skincare Bau Terlalu Wangi Tanda Produk Timbang Kilo?

Share

Seringkali kecantikan itu dikaitkan dengan mempunyai kulit yang mulus, putih dan flawless. Akan tetapi memiliki kulit yang sebegitu bukan sesuatu yang mudah. Ramai yang mengambil jalan mudah dan cepat untuk cantik dengan mengambil produk timbang kilo. Tahukah anda tentang produk yang mempunyai bau wangi yang sangat kuat merupakan produk timbang kilo?

Sumber dari Facebook

Apa itu produk timbang kilo?

Produk timbang kilo merupakan sejenis krim kosmetik yang dibeli secara pukal daripada kilang-kilang OEM negeara jiran iaitu Thailand atau China. Selain itu, krim timbang kilo ini boleh membahayakan kulit kerana produk timbang kilo ini tidak melalui proses pengilangan dan proses pengajian yang betul. Kebanyakkan produk timbang kilo ini dikeluarkan oleh pengeluar tempatan dan produk mereka selalunya adalah produk penjenamaan semula dan pembungkusan semula mengikut jenama yang ingin dikeluarkan.

Kebanyakkan produk timbang kilo akan menggunakan bahan kimia yang berbahaya untuk kulit dan harga yang sangat murah. Antaranya adalah, Hydroquinone, Tretinoin dan paling popular adalah Merkuri.

Artikel Berkaitan: Fahami Nama Dan Fungsi Bahan Dalam Produk Kecantikan, Sebelum Guna Bahan Beracun!

Bahan kimia dan kesan terhadap kulit

Hydroquinone merupakan bahan pemutih yang digunakan untuk mencegah pigmentasi kulit. Selalunya, kesan daripada bahan ini akan menyebabkan kulit anda menjadi nipis, mudah untuk sunburn, kulit menjadi kering dan paling teruk pada jangka masa panjang adalah ia boleh menganggu sistem pernafasan anda.

Tretinoin pula merupakan bahan yang dicampur untuk merawat kulit seperti menghilangkan jerawat di kulit. Kesan berlebihan bahan ini akan menyebabkan rasa tidak selesa pada kulit, pedih dan kulit menggelupas serta sangat sensitif pada matahari.

Merkuri pula merupakan pemutih di dalam produk. Seperti yang kita tahu, merkuri boleh mencegah pembentukan melanin yang menjadikan tona kulit lebih cerah. Selain itu, Merkuri akan menyebabkan kerosakan buah pinggang,ruam dan jangkitan bakteria serta masalah berkaitan saraf.

Cara mengenal produk timbang kilo.

1. Bungkusan

Produk timbang kilo selalunya datang dalam keadaan set krim siang dan krim malam. Kebanyakkan penjual akan menarik perhatian pembeli dengan menjual menggunakan kata-kata manis dan menjual dengan beli satu percuma satu supaya pembeli tertarik dengan produk mereka.

2. Warna krim

Selalunya produk timbang kilo mempunyai warna yang berbeza buat krim siang dan krim malam. Krim siang selalunya berwarna kekuningan manakala untuk krim malam lebih kepada warna putih jernih. Selalunya, produk timbang kilo ini berwarna-warni bagi mengelakkan pembeli atau pengguna tahu ianya datang daripada kilang yang sama.

contoh

3. Bau

Boleh dikatakan kesemua produk timbang kilo mempunyai aroma yang sangat wangi. Bau wangi ini adalah untuk menutup bau merkuri yang sangat kuat di dalam produk timbang kilo. Jadi berhati-hati jika sesuatu produk skincare anda mempunyai bau wangi yang sangat kuat.

4. Tekstur

Kebanyakkan produk timbang kilo mempunyai tekstur yang sama iaitu berminyak, berkilat dan sangat likat apabila disentuh.

5. Hampir sama

Selalunya produk timbang kilo mempunyai saiz dan bentuk yang sama dan yang membezakan sesuatu produk timbang kilo adalah jenama. Selalunya, produk timbang kilo juga membuatkan ‘founder’ membeli secara borong.

Artikel Berkaitan: Takut Wajah ‘Breakout’ Lepas Berhenti Guna Produk Timbang Kilo, Ini Cara Mudah Untuk Atasinya

Menurut Siti Hawa Mohd Nor yang merupakan ahli farmasi serta influencer itu di akaun sosial media tentang bahaya memakai produk timbang kilo. Kata Siti Awe, produk timbang kilo boleh menyebabkan seseorang itu sakit buah pinggang, saraf dan merosakkan kulit wajah anda. Menurut Siti Awe, sekiranya seseorang itu berhenti menggunakan produk timbang kilo dia perlu segera berjumpa dengan pakar kulit untuk mendapatkan rawatan untuk kulit yang sudah menjadi teruk.

Bagi wanita yang ingin cepat mendapatkan kulit yang flawless, putih dan tiada parut akan menggunakan produk timbang kilo. Tetapi beringat sebelum produk ini menjejaskan tubuh badan  dan muka kita. Nak cantik tak semestinya pakai produk timbang kilo!

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.