Ramai gadis menginginkan kulit yang cerah dan sempurna, dan tidak ada kekurangan krim dan losen pencerah kulit di pasaran. Memandangkan penggunaan kosmetik berasaskan bahan kimia untuk tempoh yang lama boleh membahayakan kulit, anda perlu mengetahui petua ini rahsia selebriti untuk cerahkan kulit dalam satu malam.
Tetapi, anda harus sedar bahawa anda tidak boleh berubah daripada berkulit gelap kepada kelihatan cerah, seperti yang digambarkan dalam beberapa iklan untuk krim keadilan. Anda boleh kembali kepada warna kulit semula jadi anda, yang cenderung menjadi gelap dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor seperti habuk, pencemaran dan sebagainya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mitos Masker Putihkan Wajah Dengan Ajinomoto! “Tiada Kajian Yang Sah, Sebenarnya Semua Ada Tujuan…”
Trend kecantikan terkini yang terkenal di kalangan selebriti adalah ‘skin flash’ yang hanya perlu lakukan seminggu sekali. Menurut perkongsian Dr. Lim atau lebih dikenali di media sosial Dr_ingky, teknik berkesan hanya satu malam dan apa yang anda perlukan ialah proses pengelupasan. Jom ikuti langkah ini:
Fungsi Vaseline atau face oil untuk mengunci kelembapan dalam kulit anda, tanpa cairkan vitamin C anda. Jika kulit wajah merengsa tidak tahan dengan keaktifan vitamin C, anda boleh menggantikan tranxenamic serum arbutin serum.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Perbezaan Antara Whitening, Brightening, dan Lightening Serta Senarai Produk Kecantikan Terbaik Untuk Mencerahkan…
Walaubagaimanapun untuk hijabi yang mempunyai masalah kulit wajah seperti berminyak dan berjerawat, anda disarankan untuk tidak mencuba dahulu teknik mencerahkan kulit ini. Ada lebih baik selesaikan dahulu masalah kulit yang anda hadapi. Selamat mencuba!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: DR_ingky