“Size Darah Beku Static And Not Expanding, No Surgery Needed”- Ameera Zaini Kongsi Keadaan Anak Di Hospital

Share

Sebelum ini pengacara dan usahawan, Ameera Zaini ada berkongsi tentang perihal anak sulungnya, Mateen terjatuh dari kerusi dan terhentak di kepala. Menurut Ameera, Mateen kemudiannya telah dibawa ke hospital dan dipantau di ICU. Keadaan anak lelakinya itu stabil dan menunjukkan kemajuan yang positif.

Ramai yang mendoakan keadaan Mateen agar tiada yang serius berlakupada si kecil apatahlagi Ameera sedang sarat menungu hari melahirkan anak keduanya.

Ini perkongsian Ameera Zaini tentang perkembangan terkini anaknya Mateen melalui entri di Instagramnya.

Alhamdulillah Mateen is showing a positive progress. Ramai yang DM, komen, text tanya khabar and doakan kami. Terima kasih banyak-banyak atas doa kalian.
Mateen jatuh macam mana? Sebenarnya kami pun tak pasti. Masa kejadian Meera kat atas, Hasnor pulak baruuu je sampai atas nak letak barang. Pastu kitorang dengar bunyi kuat. Mateen jatuh kerusi.

Mateen tak pengsan, dia menangis je tak berhenti. Lepas sejam dia muntah and then tidur masa waktu berbuka. Lepas berbuka, kami tak sedap hati so we decided to bring him to the hospital. Dalam perjalanan tu dia bangun and macam biasa je siap menari dengar lagu.

Lepas jumpa doctor, kitorang balik and monitor kat rumah. Kat rumah dia okay, pastu dia nak makan apple. Lepas makan tu dia muntah lagi. Pastu minum air pun muntah. Tak fikir panjang kami bawa ke hospital semula, buat CT Scan. Masa tu dah midnight dah.

Pukul 4am camtu doc bgtau ada keretakan dekat skull dan sedikit bleeding. Ya Allah memang gugur jantung Meera. Esok paginya neurosurgeon datang and explain dekat kami, lepas tu Mateen dihantar ke ICU untuk pantau simptom dia at least 24 hours.

Alhamdulillah dalam 24 hours tu Mateen tak muntah, eating well, boleh ketawa, responsive. Pagi tadi 2nd CT Scan was done. Based on the result, size darah beku static and not expanding — doctor kata no surgery needed cuma kena terus pastikan pendarahan betul-betul dah berhenti.

Sekarang Mateen dah pindah ke wad biasa, dah makin stable, cheerful, makan pun banyak. Mohon semua kalau sudi selitkan Mateen Hasnor Rozaini dalam doa kalian ya. Semoga Mateen Hasnor Rozaini semakin pulih, semoga blood clot tu dissolve cepat-cepat dan retak tu sembuh naturally. Amin ya Rabbal Alamin.

HIJABISTA: Didoakan agar urusan Ameera dipermudahkan. Moga anaknya Mateen kembali sembuh seperti sediakala. 

Sumber kredit: Ameera Zaini

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APPS STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Published by
Norhasliza