Siti Teruja, Kembali ‘Jejak’ Kaki Di Indonesia

Share

Penyanyi no.1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin merupakan figura yang tidak asing lagi dan juga sohor di beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

Baru-baru ini, Siti meluahkan rasa teruja apabila dia akhirnya dapat menjejakkan kaki dan kembali semula ke Indonesia, setelah sekian lama tidak bertemu dan beramah mesra bersama peminat di negara garuda itu.

Siti Akui Bahagia Bertemu Bintang Muda Berbakat D’Academy 5 (DA5)

Perkara berkenaan dimaklumkan Siti menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, menurut Siti dia amat gembira dan teruja.

Ini demikian kerana, akhirnya dia berkesempatan berkongsi pentas bersama peserta muda berbakat bagi rancangan realiti nyanyian genre Dangdut DA5, sekaligus menghiburkan para peminatnya di Indonesia.

“Kesempatan saya kembali membuat persembahan di Indosiar khususnya D’Academy 5 sangat membahagiakan, apabila saya dapat bertemu dengan bintang-bintang muda DA5 yang sangat berbakat dan juga peminat dan penonton di Indonesia.

“Alhamdulillah, dapat bersama-sama finalis Sridevi dan Eby serta berduet dengan Firdan adalah pengubat rindu saya kepada para peminat di Indonesia.

“Terima kasih Indosiar, terima kasih kepada semua yang menonton dan semoga ada rezeki saya dapat kembali ke negara ini,” tulis siti menerusi ruangan kapsyen pada hantaran tersebut.

Artikel berkaitan: Teruja dan ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay, Telatah ‘Comel’ Siti Nurhaliza Jadi Bualan

Kedatangan Siti adalah sebagai tetamu undangan, bagi membuat persembahan bersama finalis konsert akhir D’Academy 5, yang bersiaran langsung di stesen TV Indosiar pada setiap Isnin.

Malah, Siti yang tampil dengan beberapa pasang persalinan sewaktu membuat persembahan istimewa pada rancangan itu, kelihatan begitu memukau dan jelita sewaktu berada di atas pentas.

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati penampilan Siti yang mempersona, berjaya meraih perhatian di kalangan peminat, rata-ratanya memuji kecantikan ibu kepada Siti Aafiyah itu.

Malah, jelas terpapar riak wajah gembira dikalngan para peminat di Indonesia terhadap kemunculan penyanyi kegemaran mereka yang menjadi penyeri kepada rancangan DA5, sekaligus mengubati kerinduan peminat Indonesia.

Untuk rekod, kali terakhir Siti Nurhaliza berada di Indonesia adalah ketika Konsert ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ di Istora Senayan, Jakarta, tiga tahun lalu yang berlangsung pada Februari 2019.

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza

Artikel berkaitan: Mak Salmah Dijangkiti Covid-19, Siti Nurhaliza Lega Ibu Hanya Bergejala Ringan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir