Penyanyi no.1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin merupakan figura yang tidak asing lagi dan juga sohor di beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.
Baru-baru ini, Siti meluahkan rasa teruja apabila dia akhirnya dapat menjejakkan kaki dan kembali semula ke Indonesia, setelah sekian lama tidak bertemu dan beramah mesra bersama peminat di negara garuda itu.
Siti Akui Bahagia Bertemu Bintang Muda Berbakat D’Academy 5 (DA5)
Perkara berkenaan dimaklumkan Siti menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, menurut Siti dia amat gembira dan teruja.
Ini demikian kerana, akhirnya dia berkesempatan berkongsi pentas bersama peserta muda berbakat bagi rancangan realiti nyanyian genre Dangdut DA5, sekaligus menghiburkan para peminatnya di Indonesia.
“Kesempatan saya kembali membuat persembahan di Indosiar khususnya D’Academy 5 sangat membahagiakan, apabila saya dapat bertemu dengan bintang-bintang muda DA5 yang sangat berbakat dan juga peminat dan penonton di Indonesia.
Ads
“Alhamdulillah, dapat bersama-sama finalis Sridevi dan Eby serta berduet dengan Firdan adalah pengubat rindu saya kepada para peminat di Indonesia.
“Terima kasih Indosiar, terima kasih kepada semua yang menonton dan semoga ada rezeki saya dapat kembali ke negara ini,” tulis siti menerusi ruangan kapsyen pada hantaran tersebut.
Kedatangan Siti adalah sebagai tetamu undangan, bagi membuat persembahan bersama finalis konsert akhir D’Academy 5, yang bersiaran langsung di stesen TV Indosiar pada setiap Isnin.
Ads
Malah, Siti yang tampil dengan beberapa pasang persalinan sewaktu membuat persembahan istimewa pada rancangan itu, kelihatan begitu memukau dan jelita sewaktu berada di atas pentas.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati penampilan Siti yang mempersona, berjaya meraih perhatian di kalangan peminat, rata-ratanya memuji kecantikan ibu kepada Siti Aafiyah itu.
Ads
Malah, jelas terpapar riak wajah gembira dikalngan para peminat di Indonesia terhadap kemunculan penyanyi kegemaran mereka yang menjadi penyeri kepada rancangan DA5, sekaligus mengubati kerinduan peminat Indonesia.
Untuk rekod, kali terakhir Siti Nurhaliza berada di Indonesia adalah ketika Konsert ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ di Istora Senayan, Jakarta, tiga tahun lalu yang berlangsung pada Februari 2019.
Setiap pasangan yang baru berkahwin pasti tidak lepaskan peluang untuk menikmati bulan madu. Tidak terkecuali bagi pasangan baru, Dayah Bakar dan suaminya, Kapten Hanif. Pasangan ini mengambil kesempatan bercuti dan menerokai keindahan Kashmir, India sambil mengenali hati budi masing-masing. Namun keseronokan menikmati bulan madu sedikit tercalar kerana beg pakaian Dayah Bakar mengalami masalah menyebabkan dia terpaksa menggayakan pakaian orang lain.
Menurut Dayah, gara-gara masalah luggage stuck, menyebabkan beg persalinan tidak sampai ke tangannya.
Namun dia bernasib baik kerana menurut Dayah ada seorang kakak dari Malaysia yang duduk di hotel sama telah meminjamkan satu persalinan termasuk baju dan tudung kepadanya.
Menurut Dayah kakak berkenaan berasa kasihan melihat dia yang tidak ada baju disebabkan masalah luggage stuck ini dan telah menghantar baju dan tudung terus ke biliknya.
Namun dek kerana tidak sabar untuk menikmati keindahan bumi Kashmir, Dayah tetap kekal positif dan ceria bergambar kenangan di samping suami tercinta.
Dilihat dalam satu posting itu Dayah sempat menaiki kuda di salah satu kawasan pergunungan dan juga menziarah satu perkampungan yang mana kebanyakan penduduknya orang tua tetapi masih kuat mencari rezeki buat keluarga mereka.
Biarpun diingatkan untuk tidak berbuat baik kepada mereka, namuh sifat peri kemanusiaan Dayah mengatasi segala-galanya dan turut memberi sedikit rezeki kepada kumpulan orang tua berkenaan.
Siapa yang tidak kenal dengan pelopor industri fesyen tanah air, pengasas Fashion Valet yang juga pempengaruh media sosial, Vivy Yusof yang sedang kini sedang berlibur meluangkang masa bersama suami dan anak-anak di kota London, England.
Walaupun bercuti bersama empat orang anaknya tanpa pembantu, namun penampilan yang digayakan ‘hot mama’ Vivy memang letopsss hingga mendapat pujian dari netizen. Perkara berkenaan, dimaklumkan Vivy menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya hari ini.
Menerusi hantaran berkenaan dapat dilihat Vivy mengayakan kot dan seluar berwarna nude yang dipadankan dengan hijab berona sama, sambil mengayakan handbag hitam dan high boots yang membuatkan penampilanya stand out dari biasa.
Selain itu, Vivy turut mengenakan kacamata hitam sebagai pelengkap gaya, sekaligus membuatkan penampilannya tampak modest dan menawan.
Menerusi hantaran sama, Vivy turut menyenaraikan beberapa cabaran yang dihadapinya sebagai seorang ibu apabila terpaksa menguruskan kerenah anak-anak yang bermacam ragam ketika sedang bercuti.
“Tidak cukup tidur sebab perjalanan yang jauh. Tukar lampin pakai buang 6,745 kali. Idris makan banyak dan kerap buang air besar.
“Mariam dan Sarah sentiasa bertengkar. Sarah mahukan gaun puteri dan mahukan Kakak terbang ke London untuk menghantar baju itu.
“Daniel menangis ketika sedang makan tengah hari kerana ketiadaan Wifi di apartment dan dia mahu pulang ke Malaysia.
“Saya hampir diseluk saku di Oxford Street ketika mendukung Idris, sementara satu tangan lagi memimpin Sarah.
“Wanita (Penyeluk Saku) itu memasukkan tanganya ke dalam bag saya dan mempunyai seorang kawan yang sudah bersedia untuk menerima barang yang diseluk,” ujar Vivy.
Bagaimanapun, jelasnya dia bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku keatas dirinya dan anak-anak, kerana tas tanganya dipenuhi dengan lampin pakai buang Idris, maka penyeluk saku itu sukar untuk meraih barangan berharga miliknya.
Alhamdulillah, nasib baik Vivy dan anak-anak selamat dan tak hilang apa-apa barang berharga miliknya. Apa-apa pun Hijabista memang love sangat OOTD Vivy, Classy sis!
Kulit memainkan peranan penting dalam melindungi badan anda, jadi penting untuk mengambil langkah untuk menggalakkan kesihatan kulit. Menjaga kulit anda tidak perlu rumit atau memakan masa dan boleh menjadi sifat kedua dengan cepat, semudah memberus gigi.
Anda boleh memastikan kulit kelihatan hebat dengan melindungi daripada pelbagai masalah, daripada kulit merekah kepada penuaan pramatang kepada kanser kulit. Itulah sebabnya penting untuk membangunkan tabiat kulit yang sihat dan masih belum terlambat untuk mulakan. Berikut ialah lima petua perlindungan kulit yang boleh anda masukkan ke dalam rutin kecantikan dengan segera.
Hadkan Pendedahan Matahari
Mesej ini pasti telah didengari berjuta kali, tetapi ada sebab yang kukuh. Sinaran ultraungu yang dipancarkan oleh matahari menyebabkan pelbagai jenis kerosakan kulit, termasuk kanser kulit, kedutan awal, jeragat dan perubahan warna.
Menggunakan produk penjagaan kulit yang menawarkan perlindungan ultraviolet adalah salah satu cara terbaik untuk membantu memastikan kulit kelihatan segar dan muda. Gunakan pelindung matahari setiap hari dan gunakan semula dengan kerap setiap kali anda berada di luar rumah untuk tempoh yang lama. Orang ramai digalakkan pelindung matahari yang lebih berasaskan mineral atau fizikal dengan SPF sekurang-kurangnya 30.
Cuba produk baru di pasaran:
Di sinilah penjagaan kulit benar-benar dan akhirnya bertemu dengan keseronokan. Hello ULTRA VIOLETTE! New BBF anda!
Vi untuk singkatannya. Selepas 3 tahun menghadapi masa depan kalis di Australia, visa Vi akhirnya diluluskan dan secara rasmi mendarat di Malaysia! Pelindung matahari, tidak pernah membosankan. Pengasas Bec Jefferd dan Ava Matthews bersetuju, mereka benar-benar muak menggunakan produk SPF yang menyesakkan, melekit atau menyengat yang terasa tidak menyenangkan di wajah mereka, tapi bukan Vi pelindung matahari ini bukan sahaja menjanjikan perlindungan matahari, tetapi juga kelihatan, dirasakan dan bertindak seperti penjagaan kulit teratas anda. Oleh itu Vi dan rangkaian Skrin Kulitnya dilahirkan, khusus untuk menjadikan SPF sebagai MVP rutin kecantikan anda. Rugi tak cuba!
Petua lain boleh dicuba untuk membantu melindungi kulit anda daripada matahari:
Bertudung atau pelindung kepala dan pakaian seperti lengan panjang dan seluar atau skirt panjang memberi anda lebih perlindungan.
Tinggal di dalam rumah apabila matahari berada pada tahap paling terik, biasanya antara 10 pagi dan 2 petang.
Gabungkan strategi perlindungan matahari.
Selain meminum cecair yang mencukupi, mengekalkan kelembapan kulit adalah penting untuk perlindungan kulit.
Kulit kering boleh mempunyai celahan kecil dalam penghalang kulit yang membenarkan kemasukan bakteria dan kulat.
Kulit yang terhidrat dengan betul mengekalkan kelenturan dan kurang berkemungkinan menjadi pecah-pecah, bersisik atau mengelupas.
Cuba petua ini untuk mengekalkan kelembapan kulit anda.
Gunakan krim atau losen pelembap yang sesuai untuk kulit, cari pelembap dengan asid hyaluronik, ceramida, atau minyak kelapa. Sentiasa sapu pada kulit yang lembap. Ini mengekalkan kelembapan dalam kulit.
Mandi air suam dan hadkannya antara lima hingga 10 minit. Nampaknya berlawanan dengan intuisi, tetapi pendedahan kepada air sebenarnya mengeringkan kulit anda. Jika kulit kering berterusan, pertimbangkan untuk mengurangkan jumlah mandi yang anda ambil.
Melabur dalam pelembap. Jika kulit anda cenderung kering, menggunakan pelembap di waktu malam dan di ruang kerja pada waktu siang boleh membantu mengekalkan udara terhidrat, yang boleh menghalang udara daripada menyerap kelembapan dari kulit.
Kudis sejuk disebabkan oleh jangkitan virus pada kulit yang bersempadan dengan bibir, manakala bakteria boleh menyumbang kepada jerawat dan keadaan kulit yang lain. Memberi perhatian yang teliti kepada perkara yang menyentuh kulit anda boleh membantu mengurangkan peluang terdedah kepada kuman. Mulakan dengan petua ini:
Jangan berkongsi apa-apa barangan peribadi, seperti balm bibir atau berus gigi, dengan orang lain.
Jangan berkongsi minuman dengan orang lain.
Elakkan menyentuh muka anda dengan jari dan elakkan sentuhan muka dengan objek yang telah digunakan oleh orang lain, seperti penerima telefon.
Jangan pilih sista atau serpihan. Sebaliknya, minta doktor anda untuk membantu anda dengan keadaan kulit ini.
Bertindak segera dengan pertolongan cemas juga penting, sekiranya terdapat gigitan pepijat atau calar. Pakar mengesyorkan membersihkan tapak, menggunakan salap antibiotik jika terdapat luka pada kulit, menggunakan pembalut bersih dan membersihkan tapak dua kali sehari apabila ia sembuh.
Gunakan produk penjagaan kulit lembut
Mencuci muka adalah penting untuk membuang kotoran, minyak, kuman dan sel mati dari kulit anda. Walau bagaimanapun, menyental muka pun boleh menyebabkan kerengsaan dan menyebabkan kulit. Kalau boleh elakkan produk penjagaan kulit pengelupasan yang kasar.
Basuh muka dua kali sehari dengan air suam dan pembersih lembut.
Urut perlahan muka dengan jari, dengan menggunakan gerakan membulat.
Bilas dengan teliti selepas mencuci untuk mengeluarkan semua sabun dan serpihan.
Menepuk bukan menggosok ya! kulit anda kering, kemudian sapukan pelembap.
Kenali kulit anda
Periksa kulit anda dengan kerap untuk kenali tahi lalat atau tanda-tanda lain kemungkinan kanser kulit. Berbincang dengan pakar dermatologi anda tentang jenis perubahan yang membimbangkan anda. Keadaan kulit tertentu memerlukan nasihat pakar dermatologi, termasuk jerawat yang kerap, kulit kering yang meradang atau merengsa dan ruam kulit yang tidak hilang, kerana ini boleh menjadi tanda salah satu daripada pelbagai jenis dermatitis, atau keradangan kulit.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda pernah melihat sebarang masalah kulit yang lain, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk menyelesaikannya dengan cepat dan mengelakkan kulit anda berisiko.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...