Penyanyi terkenal Malaysia dan juga usahawan, Siti Sarah Raissuddin, 36, telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi akibat jangkitan Covid-19.
Allahyarham yang dimasukkkan ke hospital pada Rabu lalu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 5.13 pagi hari ini di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Isteri kepada pelawak, pelakon dan usahawan Shuib itu terlebih dahulu pada 26 Julai 2021 menerusi hantaran di Instagram, memberitahu kepada umum bahawa pembantu rumahnya terlebih dahulu disahkan positif. Oleh itu seluruh ahli keluarganya melakukan ujian calitan sebelum disahkan positif.
Sarah sebelum ini telah melahirkan bayi lelaki pra-matang pada usia kandungan 7 bulan, Jumaat lalu. Diberi nama Ayash Affan, bayi tersebut kini dilaporkan stabil dan memberikan tindak balas positif.
Selain itu Sarah memiliki tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra,8 dan Ariq Matin,6.
Takziah Hijabista ucapkan kepada seluruh keluarga Siti Sarah atas pemergiannya.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan segala amal kebaikan diterima oleh-Nya.
Sumber: Media Hiburan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Marah, Stres & Kecewa Datang Bulan? Segera Istighfar Nasihat Ustazah Thaniah Sebab Kita Sudah Kufur Nikmat
Sudah pastinya 10 malam terakhir Ramadan adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh hamba-hamba Allah yang beriman, yang bertekad untuk meningkatkan ibadah demi pecutan mengejar pahala.
Tidak kira lelaki mahupun wanita, sama-sama berlumba-lumba menggandakan amal ibadah. Namun bagi wanita, fitrah akan didatangi haid. Keadaan ini tentunya menerbitkan rasa sedih dan kecewa.
Ikuti penjelasan daripada Ustazah Thaniah.
WANITA & HAID DI BULAN RAMADAN
Assalamualaikum semoga kita semua sentiasa di kasihi Allah Taala selalu.
Kebelakangan ini ustazah terima banyak sangat soalan berkenaan amalan yang dapat atau boleh dilakukan ketika haid di bulan Ramadan. Lenguh juga tangan nak jawab satu-satu.
Pagi ni saja rasanya sudah 5 soalan berkenaan perkara yang sama. Alhamdulillah ramai antara kita nak sangat berebut memburu LAILATUL QADAR di 10 malam-malam terakhir ini.
Qodarullah datang haid pulak. Kita mula rasa stress, sedih, hiba, sebab tak dapat nak teruskan semua ibadat-ibadat dan amalan-amalan yang kita biasa buat sebelum ini.
Adakah dengan rasa stress, tertekan, sedih, geram, marah boleh mengganggu syukur kita? Bukankah kita sepatutnya bersyukur walaupun HAID tapi kita kan masih hidup dan sedang berada didalam bulan mulia bulan RAMADAN. Cuba bandingkan orang telah pergi bertemu ilahi dengan diri kita sendiri. Mereka kalau diberi peluang memang nak sangat merayu pada Allah Taala untuk dikembalikan di atas muka bumi SEDETIK saja hanya untuk berSEDEKAH.
Dan kelebihan berada dalam bulan Ramadan adalah NIKMAT yang sangat besar yang diperolehi oleh kita sendiri yang masih hidup, sihat, dan banyak peluang boleh beribadah.
So, PERTAMA sekali yang kita perlu buat ialah ISTIGHFAR. Kenapa ya nak kena istighfar? Sebab kita dah KUFUR NIKMAT. Kita tidak bersyukur atas pemberian FITRAH wanita kepada kita. HAID tandanya kita SIHAT. Tapi kita masih marah-marah, bentak-bentak, stress dan kecewa. Masih lagi keluar dari lisan kita “HAISHHH, ishhhh haid pulak”…ish ish ish. Allahu akbar, malunya kita kepada Allah. Disebabkan kejahilan kita, kita tak tahu haid tu keluar atas sebab apa? Dan apa yang kita boleh buat ketika kita haid? Apakah pahala amalan kita terhenti ketika kita haid?
Ada hikmahnya Allah hadiahkan HAID pada wanita sebab nak beri pahala. Wanita ni memang jenis rajin beribadah hatta tengah haid pun masih fikirkan amalan apa nak kena buat kan. Kalau lah takdir HAID tu pada lelaki, pasti mereka REDHO awal lagi sebab tak buat apa-apa pun dapat pahala.
Satu lagi wanita memang kuat merungut. Segalanya merungut. Dah diberi SIHAT pun masih nak merungut. Jadi pahala menahan dari merungut tu sangatlah besar.
Wanita kena faham ibadah ni bukan setakat melakukan sahaja tetapi ada ibadah yang MENAHAN. Seperti PUASA. Puasa adalah ibadah menahan diri dari melakukan perkara2-perkara yang membatalkan puasa. Puasa bukan ibadah melakukan, sebab itu kita tak akan tahu siapa yang berpuasa kerana mereka tidak melakukan apa-apa ibadah puasa cuma tak makan tak minum, tak jimak dan lain-lain. Begitu juga ketika kita haid..kita juga sedang beribadah iaitu MENAHAN dari solat dan baca al quran. Walaupun pada hakikatnya nak sangat kita melakukannya.
SUBHANALLAH..sungguh kita malu kepada Allah Taala. Dia telah memilih kita berada dalam bulan Ramadan ini dan bersedia untuk memberikan ganjaran yang hebat berlipat kali ganda, sedangkan kita pulak banyak merungut.
Buat para wanita yang sedang HAID, ini BERITA GEMBIRA buatmu, Allah sentiasa Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Kaya akan tetap memberikan pahala kepada mu walaupun engkau tidak melakukannya. Ini kerana engkau sudah ISTIQOMAH sebelum ini. Pahala SOLATmu, pahala BACAAN AL QURANmu, pahala PUASAmu, pahala SAHURmu tetap berjalan andai kata engkau REDA dan tidak merungut. Pahala tanpa melakukan, subhanallah hebat tak wanita? Malah diampunkan dosa pulak atas kesakitan, kesulitan, kepayahan dan ketidak selesaan engkau ketika haid. Bukan saja ampunan dosa malah diberikan ganjaran pahala pula kepadamu.
Nabi SAW pernah bersabda wanita ni kurang di sudut aqal dan agama tetapi mereka penghuni Syurga yang awal sekali masuk. Kerana menunggu suami-suami mereka. Iaitu wanita yang solehah.
Justeru itu, ustazah nak pujuk hati wanita-wanita agar meneruskan Ramadan dalam keadaan gembira, reda, SYUKUR.
Baiklah, apakah amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid dalam bulan Ramadan?
SEMUA amalan melainkan SOLAT & BACA QURAN. So banyak sangat.
1. Zikir ( tahmid, tahlil, tasbih), sebanyak2 nya. Cuba catat berapa ribu, puluh ribu.
2. Istighfar taubat sebanyak-banyaknya.
3. Sedekah (tabung di rumah letak duit seperti biasa untuk sedekah subuh & sedekah lailatul qadar)
4. Baca tafsir al Quran.
5. Berdoa apa saja doa-doa.
6. Bangun waktu sahur dan siapkan makanan orang yang berpuasa.
7. Amalan baik sangka.
8. Amalan solat, puasa, baca Al Quran dah dapat masuk akaun percuma walaupun tak melakukannya.
9. Nasihat yang baik-baik.
10. Bangun sahur dan siapkan makanan.
11. Bantu orang berbuka puasa dengan sediakan makanan atau berkenduri makanan. Rebutlah sebanyak-banyaknya pahala berkenduri (kecuali dalam tempoh PKP)
Maka ketika selepas Isyak bermula Qiamulail. Wanita-wanita haid boleh mula zikir, istighfar, doa dan lain-lain. Tapi janganlah tidur pula tak bangun-bangun. Tak nak bangun sahur, tak nak bantu orang masak ketika berbuka.
Semoga tiada lagi perasaan-perasaan yang tidak enak kepada Allah yang Maha Pengatur. Istighfar dan taubat lah kepada Allah serta bersyukur kerana orang yang bersyukur akan ditambah nikmatnya.
Senyumlah kerana beruntung menjadi wanita. Nabi SAW bersabda wanita sangat untung, amalan sikit tapi pahala banyak.
Wallahualam.
Sumber kredit: Ustazah Thaniah
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ria Ricis Dikenali Ratu Media Sosial Di Indonesia, Tersenarai Top 2 Youtuber. Betul-Betul Next Level!
Isi Kandungan
ToggleYouTube menghadapi kejayaan besar di Indonesia, menjadi salah satu platform kegemaran sepanjang masa pasaran ini. Oleh kerana ledakan platform di negara ini, jumlah pencipta kandungan juga meningkat dalam aliran menaik. Beribu-ribu pengaruh menemui penonton mereka di YouTube dan pengguna internet suka melihat kandungan mereka.
Salah satu sebab utama orang Indonesia menggunakan YouTube adalah untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat sebelum membuat keputusan pembelian. Ciri YouTube ini, bersama-sama dengan nilai influencer, menjadikan pemasaran influencer sebagai strategi terbaik untuk jenama yang memasuki pasaran.
Memilih pengaruh terbaik mungkin menjadi satu cabaran, terutamanya kerana terdapat beribu-ribu untuk dipilih. Apa yang menariknya hijabista ingin kongsikan hijabi dari Indonesia ini?
ARTIKEL BERKAITAN: “Pilih Hijrah Tika Di Puncak Karier. Inilah ‘Influencer’ Sebenar!”- Warganet Terus Terinspirasi Dengan Neelofa
YouTuber berkerjasama dengan Presiden Indonesia
Ria Ricis juga dikenali sebagai Ratu Media Sosial di Indonesia. Dia bermula sebagai influencer Instagram, tetapi tidak lama kemudian dia juga menjadi bintang YouTube. Hari ini, dia disenaraikan sebagai Top 2 YouTuber dengan ‘follower’ terbanyak di Asia Tenggara.
Kandungannya berbeza-beza, daripada ulasan makanan, lawatan rumah, travel, bahan lucu, kepada cabaran. Pengikutnya suka memerhatikan kandungannya kerana dia sentiasa menawarkan sesuatu yang baharu. Disebabkan kejayaan besarnya, beliau telah bekerjasama dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, pada 2019 dan telah menarik 7.5 juta tontonan.
Namanya mula meningkat di YouTube Indonesia semenjak tahun 2015. Gadis berusia 23 tahun yang juga merupakan adik kandung pendakwah bebas, Oki Setiana Dewi yang juga popular di kalangan peminat di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Perlu Pilih ‘Circle’ Rakan Yang Baik, Ini 10 Perkara Yang Boleh Dipelajari Dari Oki Setiana Dewi
Pengaruh media sosial ‘next level’
Sebagai selebriti internet, beliau terkenal sebagai pencipta video genre lucu di akaun Instagramnya dengan 32 juta pengikut kemudian menjadi popular sebagai YouTuber dan mempunyai lebih daripada 29.9 juta pengikut di akaun TikTok (terbanyak di Indonesia) yang memperkenalkan platform itu hanya dilancarkan di Indonesia.
Ricis mengisi masa lapangnya dengan menjadi seorang penulis buku. Beliau telah mencipta beberapa buah buku, bermula dengan buku “Ricis”, “I Say Goodbye”, “NEXT”, “Not the Marriage Book (BBN)”, dan “Maaf untuk Papa” yang pernah menjadi buku terlaris di beberapa kedai buku di Indonesia. Terdahulu, ratu media sosial Indonesia ini, dilahirkan pada 1 Julai 1995 di Batam, Indonesia. Pernah menuntut di Universiti Pancasila, Jakarta.
Mengikat tali pertalian
Selepas beberapa tahun dia menjadi selebriti internet dan pencipta kandungan, akhirnya menemui jodoh. Ria Ricis secara rasmi bernikah dengan Teuku Rushariandi pada 12 November 2021. Menariknya lagi pasangan ini dikurniakan cahaya mata, bayi perempuan yang di beri nama Cut Raifa Aramoana.
Selasa lalu merupakan hari istimewa buat Teuku Ryan, sama seperti tahun sebelumnya, dia turut menerima kejutan hari lahir daripada isteri tercinta. Kejutan itu diberikan oleh Ria Ricis di set filem Teuku Ryan.
Lelaki kelahiran 1994 itu juga kelihatan begitu gembira dengan kehadiran isteri dan anaknya yang memberi kejutan. Tidak terhenti setakat itu, pelakon sinetron Love Story The Series turut mengadakan majlis makan malam romantic dan mewah dengan pemandangan langit.
Sebelum itu, melalui laman sesawang Liputan, Ria Ricis kembali menjadi tumpuan dan mendapat banyak kritikan melalui Video Ria Ricis tersebar di rancangan televisyen swasta, apabila dia membawa Baby Moana yang berusia dua bulan bermain di atas trampolin. Kelihatan Ria Ricis sedang menggendong bayinya sambil menghayun perlahan di atas trampoline dan menarik perhatian umum.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Viral Kerana Cantik & Bijak, Fauzi Nawawi Cari Menantu Pandai Mengaji Untuk Calon Imam Anak Perempuannya
Baru-baru ini ramai jejaka yang cair melihat kejelitaan anak perempuan pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha yang juga merupaka seorang instafamous. Sejak isterinya Lisdawati mendedahkan wajah anaknya sebelum itu dan baru-baru ini ketika sambutan konvokesyen di laman instagram, ramai yang pasang niat untuk menjadi menantu kepada pelakon ini. Pelakon serba boleh ini tidak menafikan menerima ‘pinangan’ tetapi meletakkan syarat tertentu dalam mencari menantu pilihan untuk membimbing anak gadisnya itu.
Bagi Fauzi Nawawi yang baru menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin yang lalu mahu mencari bakal menantu yang tahu perihal agama, tahu membaca Al-Quran serta mempunyai pendapat tetap.
Bercakap kepada RotiKaya, Fauzi mengakui kecantikan anaknya itu yang juga merupakan seorang instafamous popular dan mempunyai lebih 100 ribu follower di laman instaram.
Dan sebagai bapa dia tidak pernah menghalang jodoh anaknya itu cuma menurut beliau bukan dalam masa terdekat kerana Hanna masih lagi belajar.
Sebelum ini, Hanna yang merupakan anak gads dari perkahwinan pertamanya itu pernah viral berikutan kejayaannya mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan SPM lalu.
Dan terbaru gadis manis ini turut meraikan kejayaannya sempena hari konvokesyen di Intec Education College, Shah Alam.
Jadi kepada yang berhajat untuk menyunting bunga ini, perlu pastikan tiga perkara yang menjadi syarat utama ditetapkan oleh bapanya.
Artikel Berkaitan: Anak Fauzi Nawawi Pula Hadiri Majlis Konvokesyen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI