Buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir ketika majlis pelancaran cawangan butik CreacionBySiti Nurhaliza di Melawati Mall semalam. Nyata penampilannya lebih cantik, menawan dan langsing dari sebelumnya. Rupanya Siti sudah hilang hampir 22 kilogram berbanding berat sebelumnya, iaitu 92 kilogram. Mengamalkan diet secara konsisten sepanjang berpantang punca utama penurunan berat badan yang cukup ketara. Malah beliau juga tidak kisah menjadi ‘zombie’ gara-gara berjaga malam bagi memastikan Siti Aafiyah mendapat susu badan sepenuhnya.
Menurut Siti, beliau memang betul-betul mengamalkan cara pantang sebaik sahaja melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah 1 Rejab lalu.
“Siti memang mengutamakan soal diet dengan mengambil pemakanan secara sihat. Siti tak ambil makanan bergoreng, sebaliknya gantikan dengan rebus dan bakar sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dan kuantiti juga tidak banyak.
“Selain itu, seperti ibu-ibu yang melahirkan anak, Siti turut amalkan proses bertungku, sauna dan juga urut. Dan Siti juga turut memanjangkan tempoh berpantang dari 44 hari kepada 74 hari,” ungkap Siti ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen busana Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 serta pelancaran pembukaan cawangan butik Creacion By Siti Nurhaliza yang ke lapan di Melawati Mall.
Menurut penyanyi tersohor negara ini juga berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan ibu berpantang dari Natalis yang disediakan sepanjang menjalani tempoh berkenaan.
“Saya memang puas hati dengan perkhidmatan Pakej Penjagaan Berpantang dari Natalismothercare . Hasilnya dari hari pertama hingga kini, Siti dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 22 kilogram. Daripada 92 kilogram dan kini berat Siti hanya 70 kilogram.
“Insya-Allah Siti kalau boleh nak turunkan lagi hingga mencecah 59 kilogram. Walaupun tahu sukar untuk mendapatkan berat seperti itu, tetapi Siti akan berusaha. Maklum sahaja kerjaya sebagai penyanyi memerlukan kita tampil menarik ketika di atas pentas membuat persembahan,” tambahnya yang mengakui gembira dan bersyukur dengan perubahan dirinya setelah bergelar ibu.
Siti turut berkongsi pengalamannya menjadi ‘zombie’ kerana terpaksa berjaga malam disebabkan baby Siti Aafiyah.
“Siti Aafiyah jenis siang hanya tidur dan berjaga pada waktu malam. Biasanya tiga kali dia akan terjaga untuk minum susu. Walaupun memang memenatkan, tetapi bagi Siti bila setiap kali lihat baby Aafiyah terus hilang penat.
“Rasa puas dapat melihat setiap inci perkembangan tumbesaran Siti Aafiyah depan mata. Alhamdulillah Siti juga dapat memberi penyusuan penuh susu ibu kepada baby Siti,” tambahnya lagi.
Oleh kerana sentiasa memberi susu badan menyebabkan beliau sering rasa lapar, dahaga dan mengantuk.
“Itu memang siptom yang biasa ibu-ibu alami sepanjang tempoh penyusuan. Justeru Siti akan sentiasa sediakan makanan. Bagi memperbanyakkan susu pula, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, salmon dan beberapa makanan bersesuaian.
“Buat masa ini Siti tidaklah buat stok susu, sebaliknya akan beri jika ada permintaan. Oleh kerana Siti Aaafiyah masih kecil, jadi tidak ada momen lucu sepanjang breastfeed, cuma Siti memang tak puas lihat dia senyum dan gelak dalam dunianya tersendiri,” jelas Siti yang turut berdoa agar bulu mata anaknya panjang dan lebat seperti suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika tempoh mengandung.
Ads
“Itu memang saya doa ketika mengandung dan alhamdulillah bulu mata Siti Aafiyah seperti ayahnya. Panjang dan tebal. Ramai yang datang tengok kata Siti Aafiyah ikut muka saya dan ada kata ikut muka suami. Saya tak sabar nak tunggu dia berusia 5 bulan ke atas untuk lihat perkembangannya itu,” cerita Siti yang turut mengambil kira pesanan ibunya dalam menjalani fasa baru ini.
“Apa yang Siti alami inilah apa yang emak Siti lalui dulu. Emak Siti pesan, jadi ibu ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Setiap kali ada kesusahan, perlu hadapinya dengan tenang. Memang pengorbanan seorang ibu itu sangat besar dan selagi ada ibu kita perlu hargai mereka,” jelasnya lagi yang turut mengamalkan makan jamu untuk kelihatan kekal sihat dan bertenaga. Siti mengamalkan pengambilan jamu di akhir tempoh berpantang.
Penampilan Siti buat kali pertamanya itu semalam di khalayak nyata mendapat sambutan cukup menggalakkan dari peminatnya. Rata-rata ada yang hadir seawal pagi dan ada juga datang dari luar Kuala Lumpur.
Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran Siti dan ternyata biarpun sudah bergelar ibu, persembahan Siti petang itu cukup menghiburkan.
Ads
Sempena pembukaan cawangan butik ke lapan, ini, tetamu yang hadir juga turut dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen koleksi Syawal terbaru Creation by Siti Nurhaliza yang berkonsepkan blossom.
Koleksi kali ini tampil dengan 39 rekaan menarik yang termasuk 8 rekaan premium series dan salah satunya merupakan istimewa ‘Design by Siti Nurhaliza’.
Menurut Siti juga, walaupun ketika rekaan ini dihasilkan beliau dalam tempoh hamil tetapi turut mengambil tahu setiap perkembangan koleksi ini.
“Siti cukup puas hati dengan koleksi yang dihasilkan ini. Sebelum ini tidak lihat semua depan mata, tetapi bila lihat hari ini Siti memang puas hati.
“Kali ini kita memilih tema kuntuman-kutuman bunga yang dihasilkan dari fabrik broked sifon plain serta mainan warna yang cukup menarik. Malah rekaan dihasikan ini juga bertujuan mencipta nostalgia indah dan beri pengalaman istimewa penggayaan busana elegan di pagi Syawal nanti,” terang Siti lagi yang membayangkan akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kanak-kanak dan juga baju kasual penyusuan untuk kaum ibu.
Beliau juga teruja pembukaan cawangan ini adalah di lokasi cukup strategik dan sesuai menjadi tempat beli belah untuk warga bandar dan penduduk sekitarnya.
Koleksi Syawal Creacion by Siti Nurhaliza ini akan ada di butik secara berperingkat-peringkat dan boleh didapati pada harga serendah RM199 dan ke atas.
Bulan puasa ini paling seronok bila dapat berbuka beramai-ramai bersama ahli keluarga atau sahabat handai. Tapi lebih terasa kemeriahannya dapat menyediakan dan merasai juadah paling enak dan juga minuman untuk penyejuk tekak.
Perkongsian di laman sosial facebook melalui page Masak Apa Hari Ini oleh wanita ini Nur Hanisah Kamaluddin yang share resipi air balang ‘ Ais Lemon Pudina’ dan ‘Air Lemon Pudina Laici Asam Boi’. Menurutnya resipi air viral ini sangat sesuai dijual di bazar Ramadan dan memang laku keras.
Bukan sahaja sedap dan rasa fresh, malah boleh ketagih untuk minum dan tak pandang air lain lagi.
Asslamualaikum Selamat Tengahari.Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi” sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas at mahn dan sekali lagi saya share ye..Saya halalkan resepi saya ni yg tak seberapa.. Sesuai untuk jual di bazarInsyallah laku keras habis setiap hari Yang pasti sedapp freshh,boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain
Sukatan untuk 1 Balang Air.. Daun pudina RM2.00 Lemon 4biji Sunquick 100g Serbuk Asam Knor 100g Air Gula 1liter
Cara² 1)Kisar 3Biji lemon dgn 2liter air,amik air sahaja hampas buang masuk dalm bekas air..Masukkan 1liter Air gula. 2)Sunquick Dan serbuk asam knor masukkan sekali 1liter air panas .Kacau² masukan dlm bekas air lemon tadi 3)Masukkan air batu ,pati air lemon, Masuk air masak agak2 jer ,1biji hiris lemon,daun pudina..Kacau² siappp untuk minum .
Nota! ¶Kalau nak buat banyak gandakan shja ¶kalau nak buat banyak pastikan kene tapis banyak 2@3 kali. ¶Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni. ¶Boleh pelbagai kan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.
Tahun ni kami tak ada rezeki nak jual bazar.Doakan saya ada rezeki tahun akan datang ye .. Selalu sy dn abg sy yg handle bazar ,tapi thun ni tak..Berkali² saya ajak dia suruh amik borang bazar Tapi cuma dia cakap “Tak Nak” 2 perkataan tu dia cakap,dlm hati saya sedih lah jgk hehe baru ku tahu kenapa.
Allah lebih sayangkan kamu .Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya.. Al-Fatihah buat abang ku Mohammad Firdaus Bin kamaluddin Semoga kau tenang Disana Bersama Bidadari Syurga & Mak…Permergian kamu nak sambut puasa, Arwah mak nak sambut raya setelah 20thn yg lalu .Rindu tiada penhujung.Perkara yang sama berlaku cuma berbeza ..Al-Fatihah ..
Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan dan keluarga yg mengenali saya.Maafkan segala khilaf dan salah sepanjang perkenalan kita.. Semoga segala amal dan ibadah kita sepanjang Ramadhan diberkati dan di redhai oleh Allah swt…
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kehadiran anak adalah satu kurniaan terindah dari Allah SWT. Kalau boleh mahu melihat anak yang dilahirkan dari rahim seorang wanita membesar sempurna. Namun kita hanya merancang dan Tuhan jua yang menentukan. Perkongsian lelaki ini, Muhamad Syafiq di laman sosial beberapa jam lalu meluahkan betapa dia dan isteri reda dengan pemergian bayi selepas 14 hari dilahirkan sebelum bertemu Illahi.
Menceritakan semula detik kelahiran anak syurga ini hingga saat kehilangannya memang begitu menyentuh hati. Lebih mendebarkan ketika isteri memberitahu dia bermimpi didatangi lelaki berjubah. Ternyata perkongsian panjang lebar ini telah mendapat butang share lebih 5 ribu dan butang like pula hampir 10 ribu dari netizen.
Rata-rata melahirkan simpati dengan perkongsian cerita ini dan berharap keduanya dapat bertemu anak syurga ini di jannatul firdausi.
Gelisah tunggu kelahiran ‘malaikat kecil’
30/09/2018 ( AHAD )
Jarum jam meniti tepat pukul 5.30 petang , isteriku mula menunjukkan tanda-tanda sakit di bahagian peranakkannya . Aku terus mempersiapkan barang-barang kelengkapan bersalin isteriku dan terus memandu tenang ke hospital berdekatan . HUSM Kubang Kerian menjadi pilihan kami pada hari tersebut . Aku menolak perlahan isteriku ke bahagian pendaftaran .
Aku gelisah menunggu kelahiran ‘malaikat kecil’ di bahagian menunggu sementara isteriku sedang menanggung kesakitan di wad 2 Baiduri . Tanpa berlengah aku terus mencapai kain pelikat dan terus membuat solat sunat hajat dihadapan Wad 2 Baiduri tanpa menghiraukan sesiapa yang melihat perbuatan ‘aneh’ ku di kawasan tersebut . Bagi aku asal isteri dan anakku selamat sahaja . Hanya Allah swt tempat aku bergantung harap .
Bermimpi suatu yang aneh.
Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi isteriku belum melahirkan anak , aku yang keletihan terus tertidur di atas kerusi menunggu beralaskan kain pelikat tadi . Aku bermimpi sesuatu yang aneh , di dalam mimpi tersebut aku bersama isteriku dan satu lagi pasangan sedang mendaki gunung yang sangat tinggi pada waktu malam yang gelap . Tetapi apa yang menghairankan aku pasangan tersebut mendaki sambil mengengdong bayi lelaki mereka tetapi aku dan isteri tidak memangku anak dan akhirnya aku dan isteri sampai dahulu di kemuncak gunung berbanding pasangan tadi . Di kemuncak gunung aku melihat ada satu cahaya bulan purnama yang sangat terang menerangi kami dan memadam kepekatan malam pada hari itu . Apakah petanda mimpi tersebut ?
Isteri selamat lahirkan anak secara normal.
01/10/2018 ( ISNIN )
Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan sekalian alam , pukul 9.30 pagi aku sudah usai khatam Quran dengan pengakhiran surah An-Nas dan kalimat ‘Sodaqallahulazim’ dilafazkan yang bermaksud ‘benarlah kalam Allah yang Maha Agung’ . Berdebar hati ini , berdegup kencang jantung ini menanti namaku dipanggil oleh jururawat bertugas bagi menyaksikan kelahiran anak sulungku .
Jam menunjukkan tepat pukul 10.20 pagi akhirnya isteriku selamat melahirkan anak kami secara normal setelah bertarung nyawa melahirkan anak kami . Bayi seberat 2.89kg diazankan oleh aku sebagai bapa kandungnya . Ya Allah anak aku ! Kata aku yang tidak percaya anak yang selama ini dikandung 9 bulan oleh isteriku kini sudah Allah zahirkan dihadapan aku . Menitis air mata jantanku tanda bersyukur Allah memberikan aku nikmat sebesar ini .
Tunaikan solat syukur atas kelahirannya.
Wajahnya seiras wajahku , putih berseri kemerah merahan , matanya yang bulat dibuka luas melihat dunia . Bayi lelaki ini diberi nama Muhammad Uwais Al-Qarni bin Muhamad Syafiq . Aku diminta oleh guruku untuk ke surau bagi menunaikan solat sunat syukur ke atas kelahiran pertama ini . Ini amanah dari Allah , ini tanggungjawab dari Allah kata guruku kepadaku melalui corong telefon. Tanpa berlengah aku terus turun ke surau bagi melengkapi permintaan guruku .
Seronok gembira hati ini hanya Allah yang tahu , kelahiran anak lelaki sulung ini memberikan seribu makna kepada aku dan isteri . Bagaikan dunia ini ana yang punya .
Anak lahir sehari sebelum ulang tahun kelahiran & ditahan di wad sebab ada jangkitan kuman.
02/10/2018 ( SELASA )
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran aku yang ke-25 . Kelahiran anak lelaki pertamaku merupakan satu anugerah Allah paling besar sepanjang hidupku , ini adalah hadiah paling berharga yang Allah berikan kepada aku . Aku bersyukur masih diberikan nyawa oleh Allah . Terima kasih emak Norshita Shawal sebab lahirkan abang ke dunia ini . Besar jasa dan pengorbanan emak dan abah . Apabila aku melihat proses kelahiran anak aku dan susah payah isteriku melahirkan anak , baru aku tahu bagaimana emak bersusah payah melahirkan aku ke dunia . Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa emak . Isteriku sudah boleh pulang ke rumah tetapi anak kami tidak boleh pulang bersama atas alasan anak kami kemungkinan disyaki ada jangkitan kuman di bahagian paru-paru .
Berdoa agar cepat sembuh.
03/10/2018 ( RABU )
Sedih hati ini melihat katil anak aku ditolak ke dalam wad Nilam 2 (N.I.C.U) atas faktor anak aku dijangkiti kuman di bahagian darah . Kata doktor , isteriku turun air ketuban awal dan demam sewaktu melahirkan Uwais , maka doktor terpaksa kuarintin Uwais di wad tersebut bagi mengelakkan perkara-perkara sebaliknya berlaku . Aku melihat pernafasan anak aku turun dan naik begitu pantas berbanding bayi yang lain . Allahu akhbar ! Hal ini sungguh merisaukan aku dan isteriku . “Nak , cepat sembuh ye , nanti dah sihat , ikut Walid jalan-jalan “ bisikku ke telinga Uwais .
Isteri gagah untuk menyusukan bayi walaupun ditahan di wad.
04/10/2018 ( KHAMIS )
Bermulah rutin harianku , ini sudah hari keempat aku ulang alik ke hospital bersama isteriku ke hospital untuk menyusukan anak kami . Jarak hampir 8km dari rumah ke HUSM tidak aku hiraukan , isteriku yang masih di dalam pantang digagahi jua demi untuk melihat perkembangan anak kami dan menyusukan anak soleh kami Muhammad Uwais Al-Qarni . Seperti kebiasaan , sebelum jari jemari ini menyentuh lembut ubun-ubun dan fizikal Uwais , aku akan memberikan salam kepadanya “ Assalamualaikum Muhammad Uwais Al-Qarni , anak soleh Walid “ . Usai meberikan salam pasti anak comel ini akan mengerutkan dahi dan keningnya tanda memberi respons kepadaku . Cerdik sungguh.
Tak kisah ulang alik semata-mata untuk lihat cinta hati.
05/10/2018 ( JUMAAT )
Hari kelima , tali pusat Uwais dah mula tercabut , Uwais kelihatan sihat dan sedikit bertenaga berbanding sebelum ini . Uwais dah pandai membuat pelbagai reaksi di wajah , mengeliat seperti Umminya , menendang perlahan dan mengigit kuat jari kami seperti bayi yang berusia 5 bulan . Cerdik sungguh kamu wahai anak . Setiap hari kami menunggu dan menemani Uwais di wad tersebut sehingga lewat pukul 1.30 pagi . Aku dan isteriku tidak mengiraukan keletihan dan sakit sakit di badan yang kami alami sepanjang ualng alik ke hospital asalkan sahaja dapat bersama Uwais si cinta hati kami . Ya Tuhan , tak sabar rasanya menunggu anak cerdik ini pulang ke rumah kami .
06/10 – 09/10/2018
Ulang alik ke hospital seperti biasa menjenguk , menjaga , menukar pampers , memandikan dan menidurkan Uwais . Berat Uwais sedikit turun . Proses ultrasounds dilakukan keatas Uwais untuk menentukan tahap kesihatan Uwais . Hari ke 7 , ada satu hal yang terjadi , seperti kebiasaan selepas Uwais bangun dari tidurnya , dia akan mengeliat kepuasan , apa yang mengejutkan kami ialah selepas dia mengangkat tangan ke atas untuk mengeliat , pasti dia meletakkan kedua tangannya di atas dada seperti perbuatan orang sedang qiam dalam solat . Hal ini berterusan sehingga ke hari hari seterusnya . Allahu akhbar !
Kesihatan bayi jadi tidak stabil & terpaksa pakai wayar oksigen untuk sokong pernafasannya. Doktor pakar mula pantau keadaannya.
10/10/2018 ( RABU )
Kami dikejutkan dengan berita Uwais dimasukkan ke wad Nilam 1 (kes lebih berat) , Uwais mula dimasukkan ubat antibiotik tahap kedua kerana ubat antibiotik tahap pertama tidak memberikan tindak balas positif pada darahnya . Uwais mula dipakaikan wayar oksigen di hidungnya bagi menyokong pernafasannya . Sesekali Uwais menangis tanda sakit dan mahukan perhatian dari kami . Uwais bersin berkali-kali . Lucu melihat reaksi anak comel ini bersin . Ya Allah , Engkau sembuhkanlah anak aku ya Allah .
11/10/2018. ( KHAMIS )
Darah Uwais semakin pekat kata doktor , doktor pakar mula mengambil kes Uwais dan anakku akan dikawal sepenuhnya oleh doktor pakar bagi memantau perkembangan Uwais . Kata doktor kuman semakin tinggi di dalam darah anak aku dan kemungkinan akan berlaku pendarahan dalaman keatasnya . Hati ini mula semakin risau , tidur tidak nyenyak , selera makan sudah tiada memikirkan tentang anak sulung kami . Begitu juga dengan isteriku jangankan air , apatah lagi nasi untuk dijamah jauh sekali . Sesiapa yang mempunyai anak pasti tahu bagaimana perasaan ini .
Emak dan abahku sudah pulang ke Pulau Pinang atas sebab bapa saudara aku di Penang semakin tenat . Ini kali kedua Emak dan Abah datang ke Kelantan selepas datang kali pertama pada 1 Oktober lepas .
Dikejutkan dengan kematian bapa saudara dua hari sebelum itu. Isteri pula bermimpi didatangi lelaki berjubah.
12/10/2018 ( JUMAAT )
Aku dikejutkan dengan berita kematian bapa saudaraku di Pulau Pinang . Bapa saudara aku yang paling rapat dengan ahli keluarga kami . Aku begitu sedih dengan berita tersebut tambahan pula aku tidak boleh pulang ke Penang atas faktor isteri dan anakku dalam keadaan begini . Sedihku bukan kepalang ibarat jatuh ditimpa tangga . Al-Fatihah untuk Allahyarham Mazlan bin Shawal .
13/10/2018 ( SABTU)
Seharian bersama Uwais bermain , pada hari yang sama isteriku bermimpi telah didatangi seorang lelaki berjubah membawanya ke sebuah bangunan hospital yang sangat besar dan apabila isteriku masuk ke dalam hospital isteri tercinta aku melihat sebujur jasad kaku anak kami Uwais tidak bernyawa . Bangun dari tidur , isteriku menangis tersesak-esak sambil memelukku tanpa menceritakan perihal sebenar mimpi tersebut . Malam hari aku dan isteri bersama Uwais , seperti biasa Uwais minum susu dengan banyaknya tetapi pada hari tersebut susu isteriku sudah kering .
Aku mengusap perlahan kepala anak kesayanganku sambil bercakap dengannya . “ Uwais anak Walid , cepat sihat nak , cepat sembuh , cepat-cepat keluar hospital , semua tunggu Uwais kat rumah . Nanti dah sihat Uwais teman Walid , kita pergi masjid sama-sama ye nak “ kataku sambil matanya merenung tepat kearah mataku , bulat dan hitam penuh anak matanya . Redup dan sayu matanya melihat aku lama lalu tanpa aku sedari mengalir air mata Uwais dan mulut kecilnya terkumat kamit seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepadaku . Jarinya mengemgam kemas jariku tanpa mahu dilepaskan .
Jam menunjakkan pukul 1 pagi , isteriku mahu meletakkan Uwais ke atas katil , hari sudah lewat , kami diminta oleh jururawat untuk pulang tetapi anak kami Uwais tidak mahu melepaskan Umminya , erat dan kemas memeluk tangan isteriku , menangis merengek Uwais apabila mahu diangkat keatas katil seolah olah tidak mahu berpisah dengan Umminya yang telah berada didalam kandungan selama 9 bulan . Dia seperti mahu bersama Umminya sampai ke bila-bila . Aku dan isteri tidak sedap hati dan merasakan bagai ada sesuatu bakal terjadi . Kami meninggalkan Uwais di atas katil dengan beribu kesedihan .
Keadaan makin krtitikal bila hati telah rosak dan pecah
14/10/2018 ( AHAD )
Di subuh yang hening , tiba-tiba telefon aku berdering kuat dan kelihatan nombor hospital tertera di skrin telefon aku , berdebar jantung ini seperti nyawa aku bakal dicabut . “Encik , boleh datang ke hospital dengan segera tak ?” tanya doktor kepadaku . Ya Allah ya Tuhanku , berat sungguh kaki ini nak melangkah .
Sesampainya di wad aku sudah melihat katil Uwais dikelilingi oleh ramai doktor pakar , Uwais sudah tidak sedarkan diri , dia di kelilingi mesin dan alat bantuan pernafasan . Luluh hancur hati ini melihat darah daging aku dalam keadaan begini . Kata yang merawat , Uwais muntah susu dan keluar banyak darah pada pukul 5 pagi tadi . Ya Allah ! Dugaan apa yang Engkau berikan kepadaku ini , baru semalam sahaja Uwais nampak sihat dan bermain dengan Walid dan Umminya , pagi ini Uwais sudah tidak sedarkan diri .
Seharian kami menunggu di wad , kami mengambil peluang untuk pulang ke rumah sebentar untuk mandi dan bersihkan badan . Emak , abah , kakak , adikku dan abang iparku baru sahaja sampai setelah menempuh perjalanan hampir 6 jam dari Pulau Pinang . Jam pukul 9.00 malam sekali lagi hospital menelefon aku , sambil menyuruh aku membawa ahli keluarga terdekat . Petanda apakah ini ?
Sampai di katil Uwais , ketua bahagian perubatan di wad tersebut bersama doktor pakar yang lain sedang membuat sesuatu keatas Uwais , ketika itu hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang aku rasa . Isteriku tidak henti-henti menangis keesakkan sehinggakan ditenangkan oleh jururawat bertugas .
Doktor menjemput aku dan isteri ke bilik perjumpaan dan doktor menerangkan tentang situasi Uwais . “ Encik Syafiq dan Puan Nurul Fatihah, kita dah cuba sehabis baik tetapi Allah yang memegang kita , anak Encik sekarang sudah berada di tahap 50/50 dan kita hanya menunggu keajaiban dari Allah sahaja , bila kita buat ultrasounds kita lihat penuh tumpah darah dalam badan anak Encik , hati dia telah rosak dan pecah “ . Bayangkan kalian berada disituasi aku dan isteri ketika itu .
———————————-
Satu persatu wayar dicabut dari badan anak. Sempat melihat tangisan terakhirnya.
Akhirnya Uwais di pangkuan isteriku dan semasa diribaan isteri tercintaku , satu persatu wayar di badan Uwais dicabut , tekanan nadi dan jantung Uwais semakin lemah , tepat jam 12.15 pagi anak kesayangan kami MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN MUHAMMAD SYAFIQ telah dijemput kembali oleh Allah swt setelah genap 14 hari dia bertarung melawan kuman dalam badan . Dilahirkan pada hari Isnin dan diambil kembali oleh Allah juga pada hari Isnin .
Di penghujung detik nafas Uwais yang terakhir aku sempat menyaksikan kaki dan tangan anak syurga ini terangkat sedikit ke atas dan kelopak matanya terbuka melihat tepat kearah kami dan kelihatan anak mata nya yang pekat jernih kehitaman tersebut, tiba-tiba tanpa disedari sekali lagi terbit air matanya mengalir perlahan-lahan mula jatuh ke pipi . Dengan wajahnya yang sayu tanda seolah olah ingin memberitahu Walid dan Umminya bahawa dia akan pergi selama lamnya meninggalkan kami di dunia yang fana ini . Kini tiada lagi rengekan manja Uwais terhadap kami . Luluh jiwa ini .
Kata jururawat yang menjaga dan merawat Uwais sepanjang dua minggu , dia anak yang sangat senang dijaga , tidak banyak ragam dan susah untuk dengar Uwais menangis . Isteriku terus memangku jasad anaknya yang kini sudah tidak bernyawa lagi sambil menegesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir . “Uwais , uwais bangun nak , bangun anak Ummi , Ummi rindu Uwais , siapa nak hisap susu ummi lagi , sayang anak ummi…ummi dah halalkan susu ummi untuk Uwais…tak apalah sayang pergilah dengan tenang..” kata isteriku perlahan. Allah , aku yang melihat bagaikan hendak pengsan . Lahaulawala khuwataillahbillah hila’liyula’zim . Kuatkan kami Ya Allah !
Redha dengan ujian Allah diberi 14 hari yang cukup indah
Aku redha Ya Allah , aku terima ujian darimu walaupun pedih dan pahit untuk aku tempuh semua ini . Uwais dicipta untuk hidup didunia ini hanya 14 hari sahaja . Perjanjian dia dengan Sang Pencipta telah ditunaikan . Semua ini terasa bagaikan mimpi . Terlalu pantas berlalu namun inilah realiti yang perlu ditanggung oleh aku dan isteri .
Ketahuilah sesungguhnya Ummi & Walid amat merinduimu wahai anak . Kita jumpa di syurga nanti ye nak . Maafkan Walid tak sempat bawak Uwais ke masjid bersama-sama , Walid hanya sempat mengengdong jasad Uwais yang sudah tidak lagi bernyawa ke masjid untuk menunaikan solat jenazah Uwais . Jasad Uwais wangi sangat sangat , selama Walid hidup atas dunia ini tidak pernah sekali Walid bau sewangi wangian Uwais itu .
Bercucuran air mata ini mengalir laju ketika nukilan ini disiapkan . Aku dan isteri masih mencari semangat . Walaupun kami sudah terpisah jasad dengan Uwais , kami berada di atas tanah dan anak tersayang kami di bawah tanah namun roh Uwais Al-Qarni sangat tenang di sana sambil berlari-lari di dalam syurga Allah swt . Aku terima , aku redha .
———————————-
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… (Al-Baqarah: 286)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)
Manakala berkaitan hadith yang menceritakan tentang kanak-kanak yang belum baligh akan menunggu ibubapa mereka di pintu syurga disebut oleh Imam al-Thabarani di dalam mu’jamnya yang diriwayatkan oleh Habibah RA, beliau berkata:
“Aku berada bersama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibubapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibubapa kamu ke dalam Syurga”
Pada zaman sekarang, memang agak sukar untuk kita mencari pembantu rumah yang betul-betul boleh dipercayai. Jadi, amat beruntunglah jika anda menemuinya.
Cukup menghargai pembantu rumahnya, Wawa Zainal akui berat dan sedih untuk melepaskan Bibik Salma pulang ke tanah airnya kerana hubungan mereka sudah cukup akrab seperti sebuah keluarga.
Walaupun sebak, namun Wawa akur kerana percaya setiap pertemuan pasti akan adanya perpisahan.
sangat berat nak lepas kan orang yg kita sayang. tapi wawa sedar setiap pertemuan pasti ada perpisahan🥺🥺 jaga diri mu. terima kasih atas semua memori ..😭😭😭😭😭😭
background song : bo go ship da stairway to heaven
Sangat rapat bersama anak bongsu Wawa iaitu Aya Soffya, rata-rata pengikut laman sosial Wawa turut berasa sebak melihat momen terakhir bibik Salma bersama si puteri bongsu sebelum berpisah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...