Dalam usaha membantu lebih ramai insan yang memerlukan, penyanyi kesayangan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami tercinta Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melancarkan kempen tabung sedekah Subuh menerusi Yayasan Nurjiwa milik mereka.
Yayasan Nurjiwa atau Nurjiwa Foundation merupakan sebuah badan kebajikan yang telah berdiri dengan teguh sejak 21 Ogos 2006.
Selain mengumpul dana, Yayasan Nurjiwa turut melaksanakan aktiviti kebajikan, bantuan kemanusiaan, kebajikan, pendidikan, keagamaan serta bantuan Palestin.
Menurut penyanyi berusia 44 tahun ini, untuk fasa pertama sekurang-kurangnya 1,000 tabung sudah diedarkan kepada orang ramai termasuk di surau dan masjid.
“Alhamdulillah, kempen tabung sedekah subuh Yayasan Nurjiwa telah berlangsung dan sebanyak 1,000 tabung fasa pertama telah diedarkan.
“Tabung sedekah Subuh ini antara misi Yayasan Nurjiwa untuk memberikan galakan untuk kita semua bersedekah dan juga menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan,” kongsi DS Siti Nurhaliza.
Katanya lagi, sumbangan tidak hanya fokus kepada tabung Yayasan Nurjiwa sahaja kerana orang ramai boleh juga menyalurkan sumbangan kepada mana-mana pihak seperti pihak masjid, asnaf, anak yatim dan sebagainya.
“Sumbangan tidak fokus hanya kepada tabung Yayasan Nurjiwa. Orang ramai boleh menyalurkan kepada mana-mana pihak yang mereka inginkan sekiranya tabung itu sudah penuh,” ungkap DS Siti Nurhaliza ketika ditemui pada Majlis Ukhuwah dan apresiasi Yayasan Nurjiawa serta pelancaran kempen tabung sedekah Subuh baru-baru ini.
Ads
Pada masa sama, DS Siti Nurhaliza menyatakan Yayasan Nurjiwa juga dalam perancangan membina Pusat Sehenti Komuniti melibatkan kemudahan seperti masjid, sekolah agama elit dan kompleks Komuniti di lokasi yang akan dikenal pasti.
“Kami akan terus berusaha untuk menjadi wadah bagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan untuk golongan yang memerlukan dan Yayasan Nurjiwa adalah bukti kebaikan dan inspirasi akan memberi sinar yang tidak pernah padam untuk manfaat semua,” katanya.
Antara usaha Yayasan Nurjiwa yang telah dilaksanakan untuk mengumpul dana termasuklah persembahan khas amal dan penubuhan Kempen Tabung Amal. Kempen tabung dimulakan bersama Kita Fund sejak 2020 di samping Tabung Yayasan Nurjiwa. Terkini, kempen tabung sedekah subuh.
Nurjiwa Foundation telah membuktikan kesungguhannya dalam lima kluster aktiviti utama.
Menerusi pelbagai inisiatif, bantuan banjir dan bencana alam telah disalurkan kepada golongan sasar di Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Selangor.
Ads
Selain itu, Nurjiwa Foundation turut memberi bantuan semasa pandemik COVID-19 termasuk bantuan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan edaran makanan serta barangan keperluan asas.
Nurjiwa Foundation turut menyebar sinar kasih kepada golongan asnaf, rumah kebajikan dan pelajar universiti golongan B40 dengan memberi bekalan makanan. Ia dilakukan secara harian dan mingguan.
Program Nur Muhammad Ramadan 2023 merupakan aktiviti ‘turun padang’ oleh Yayasan Nurjiwa bagi mengenal pasti golongan miskin tegar di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Golongan ini menerima sumbangan makanan dan wang tunai untuk persiapan Hari Raya.
Selain itu, Yayasan Nurjiwa turut menjelajah ke beberapa negeri bagi mengenal pasti golongan miskin dan asnaf untuk memperbaiki dan menaik taraf rumah mereka. Usaha ini bermula dengan Fasa Pertama di negeri Perlis dan Kedah dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dalam fasa seterusnya.
Ads
Di samping itu, Yayasan Nurjiwa turut prihatin dalam bidang pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak termasuk bidang akademik, agam dan sekolah tahfiz bermula dengan penubuhan Sekolah Afwa al Afiya di Gaza, Palestin.
Yayasan Nurjiwa juga telah membina Masjid Al-Khalidiah, Kampung Permatang Pasir, Kedah. Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Almarhum KDYMM Sultan Kedah pada tahun 2010.
Seterusnya, Yayasan Nurjiwa turut memimpin inisiatif memperluas serta menaiktaraf Surau Bukit Mulia di Bukit Antarabangsa, Selangor.
Ia menjadi sumber inspirasi dalam meningkatkan dimensi agama serta spiritual ummah dan masyarakat yang menjadi nadi utama kluster aktiviti Yayasan Nurjiwa
Yayasan memulakan bantuan ke Palestin bermula tahun 2021 hingga kini. Sejak tercetus konflik di Tebing Barat pada Oktober 2023, Yayasan secara aktif menyumbang wang tunai, keperluan seperti selimut dan pakaian serta makanan. Bantuan ini disalurkan dan diuruskan menerusi wakil yayasan di Gaza yang juga merupakan pengetua sekolah Afwa Al Afiyah, Dr. Mohanad Kullab.
Beliau menubuhkan pasukan khas Yayasan Nurjiwa termasuk mengadakan pelbagai aktiviti bersama kanak-kanak untuk membantu emosi dan tekanan di hadapi mereka. Bantuan ke Palestin adalah sumbangan orang ramai ke tabung khas Palestin Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama Kita Fund serta sumbangan ke akaun Yayasan Nurjiwa.
Kini Yayasan Nurjiwa sedang berusaha ke arah pembinaan masjid, sekolah agama elit dan Kompleks Komuniti di lokasi yang akan dikenalpasti. Konsep masjid, sekolah dan One-stop Community centre ini akan meliputi pelbagai kemudahan dan fasiliti yang bakal dimanfaatkan oleh orang ramai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pisang banyak digunakan untuk pelbagai masakan dari manisan sehinggalah masakan lauk! Ramai juga yang gemar makan pisang ‘on-the-go’ kerana ia mudah sahaja untuk dibawa kemana-mana.
Pernah anda terfikir ada beberapa jenis pisang yang kurang sesuai untuk dimakan. Kenapa? Tak semua pisang yang anda makan itu akan berikan manfaat…
Menurut healthline, mereka yang gemar makan pisang boleh normalkan kadar gula dalam darah. Kandungan pektin dalam buah ini mampu menurunkan paras gula dalam darah selepas makan.
Pisang juga mampu merawat kulit wajah oleh kerana mengandungi vitamin B, C, B6, magnesium, zat besi dan kalsium. Ianya boleh merawat secara semula jadi tanpa perlu bahan yang terlalu drastik seperti merkuri!
Anda juga boleh menghadam dengan baik kerana pisang juga boleh membantu melancarkan sistem penghadaman. Sebiji pisang yang bersaiz sederhana dalam kira-kira 3 gram mengandungi serat yang boleh memanfaatkan kepada kesihatan badan.
Kenapa ada pisang yang tak baik untuk kesihatan?
Ha…betul itu! Tidak semua pisang bagus kerana anda alpa untuk melihat secara menyeluruh. Berkemungkinan boleh membuatkan anda jatuh sakit.
Anda perlu peka dalam pemilihan pisang di kedai dan pastikan ciri-ciri ini tidak ada pada buah yang bakal anda bawa pulang ke rumah, antaranya:
Pisang berwarna hitam pada kulitnya
Berkulat
Pisang berair
Tekstur sudah mulai lembut dan lembet
Terdapat lalat menghurung pada buah pisang
Anda juga patut peka pada bau yang keluar dari buahan itu! Ramai yang lupa untuk mencium terlebih dahulu kerana jika terdapat bau hapak atau seakan-akan ia menandakan pisang mulai rosak.
Pisang yang berwarna keperangan tidak semestinya busuk!
Ada juga jenis pisang yang berwarna coklat dan keperangan. Ia kelihatan tidak elok namun sebenarnya boleh sahaja di makan.
Tetapi seeloknya dielakkan kerana kandungan tanin dan kanji yang boleh melambatkan proses penghadaman. Ada juga yang mengalami masalah peningkatan kadar gula yang meningkat.
Sepanjang Ramadan ini kita memang sangat digalakkan untuk melakukan pelbagai amalan kebaikan. Antaranya lakukan amalan solat sunat, membaca Al-Quran dan juga bersedekah. Tidak kisah berapa sumbangan yang dihulurkan asalkan dengan niat untuk bersedekah dengan hati ikhlas.
Namun kesibukan kita dengan urusan kerja atau membuat persiapan menyambut Syawal membuatkan kita terlupa untuk melakukan amalan bersedekah ini. Tapi usah risau kerana dalam perjalanan pulang ke desa tercinta juga sebenarnya kita masih berpeluang untuk bersedekah.
Caranya tidak susah mana pun. Anda hanya perlu singgah di stesen minyak Shell sahaja dan boleh lakukan terus amalan bersedekah ini.
Apa yang penting isi minyak di stesen minyak Shell berhampiran dan isi minyak kenderaan dengan minyak yang disukai. Stesen minyak Shell yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara kini sedang melakukan kempen CSR bernama ‘Anda Beli, Kami Derma’.
Kempen ini akan bermula pada 30 Mei sehingga 8 Jun 2019. Basically, Shell akan dermakan 1 sen bagi setiap liter minyak yang anda beli dan bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select kepada tiga pertubuhan amal berikut:
National Cancer Society
Food Aid Foundation
Persatuan Pencinta Alam Malaysia
Jangan lupa untuk sertakan sekali resit yang asal atau fotokopi di mana-mana stesyen minyak Shell untuk pilih pertubuhan mana yang anda mahu beri sumbangan berkenaan.
Dan lebih istimewa juga buat mereka yang membuat bayaran menggunakan Mastercard, Mastercard akan memberi derma tambahan sebanyak 1 sen* bagi setiap liter minyak atau setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select.
Segala maklumat peribadi sama ada diri sendiri dan juga ahli keluarga perlu menjadi rahsia dan tidak sepatutnya dikongsi secara terbuka.
Seperti juga nama dan gambar anak-anak, mengapa perlu dikongsi di media sosial untuk tatapan umum? Sebenarnya perbuatan ini hanya mendedahkan anak-anak dengan pelbagai bahaya.
Melalui perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau berkongsi tentang trend ibu bapa yang berkongsi nama dan anak-anak secvara terbuka semata-mata kerana ada individu yang menawarkan duit raya.
Saya sangat tidak selesa dengan satu trend terkini. Semalam ada yang minta orang ramai kongsi nama anak dengan menawarkan duit raya sebagai ganjaran. Hari ni ada guna taktik sama minta gambar anak pula.
Tak sangka ramai pula yang kongsi gambar anak-anak mereka. Kenapa ada yang tega kongsi nama, gambar anak, serta nombor akaun bank, sedangkan orang yang meminta tu mereka tak kenal pun?
Saudara-saudari, di dunia ini ada orang baik, dan ada juga segelintir yang sentiasa mencari peluang atas kebaikan orang. Bukan suruh kita buruk sangka, tapi kita haruslah sentiasa berwaspada.
Jadi, berhati-hatilah. Anak-anak tak tahu apa. Tugas kita adalah untuk melindungi anak-anak. Termasuk lindungi privasi mereka. Bukan sekadar lindungi mereka dari ancaman fizikal sahaja.
Kita yang dewasa ni, jika wajah dan nama kita dijaja oleh ibubapa kita kepada orang yang tidak dikenali, demi dapatkan sedikit duit raya, mesti kita pun tak selesa, kan?
Marilah kita berpesan-pesan hal ini.
Semoga Tuhan lindungi kita dan anak-anak kita dari helah, tipu daya dan ancaman yang kita tidak sedari. Anak Adalah Amanah
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...