Apabila dua jenama produk kesihatan dan kecantikan hebat bergabung pasti hasilnya akan mantap bukan?
Memperkenalkan kolaborasi terkini di antara WonderLab yang terkenal dengan produk masker WonderDewi bersama BeauSiti yang diasaskan oleh penyanyi terkemuka negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang telah bekerjasama untuk membawakan minuman botani No. 1 iaitu BeauSiti x WonderLab Beautéssence™️.
Semestinya minuman botani penuh dengan ramuan yang akan meremajakan kulit anda dan menjaga kesihatan tubuh anda kerana setiap wanita berhak mendapat kecantikan sejati iatu dari luar dan dalam!
Anda tak usah bimbang mengenai kualitinya kerana ia telah diuji oleh UNIPEQ UKM, makmal yang diiktiraf berpiawaian antarabangsa. Ia juga tampil dalam bentuk pek baru iaitu kotak yang bersaiz kecil, dalam bentuk sachet. Jadi, mudahlah untuk anda bawa dan minum di mana-mana sahaja.
Mengandungi lebih daripada 90% bahan semula jadi, ia juga dihasilkan menggunakan teknologi Nutri-lock™️ yang membolehkan tujuh bahan dapat diserap dalam badan dengan lebih efektif.
Antara tujuh bahan utamanya adalah Cerepron-F dari Jepun yang dapat membantu mencerahkan kulit sehingga dua tona lebih cerah seawal 60 hari, Kacip Fatimah, Pueraria Mirifica, Kolagen Peptida, Ekstrak Delima, Roselle dan Aloe Vera.
Menariknya mengenai teknologi Nutri-lock™️ ini, ia telah membuktikan keberkesanannya Patutlah ramai personaliti media sosial ataupun KOL yang minat dengan produk ini! Berikut adalah beberapa faedah penggunaan Beautéssence™️:
o Meningkatkan proses penyerapan sebanyak 50%
o Membantu hormone modulasi dan menguatkan imun
o Bertindak sebagai agen anti-penuaan dan memperbaiki kulit
o Mengurangkan lemak badan dan Body Mass Index (BMI)
Bila anda mengamalkan Beautéssence™️ ini, ini secara langsung akan memberi manfaat positif kepada tubuh badan anda seperti:
o Membantu mencepatkan proses pencerahan kulit dan wajah
o Menggalakkan penghasilan kolagen secara semulajadi
o Membantu memudarkan jeragat dan parut jerawat
o Bertindak sebagai agen anti-penuaan agar kekal awet muda
o Mengekalkan keanjalan kulit wajah dan badan secara menyeluruh
o Membantu kulit menghalang radikal bebas seperti sinaran UV matahari
o Membantu penjagaan lapisan kulit dari dalam agar kesan selamat dan berpanjangan
Sebenarnya, ada banyak lagi kebaikan di dalam Beautéssence™️ ini. Ia juga mampu mengawal masalah rambut gugur dan turut meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan. Tak cuba tak tahu sis!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai minuman botani ini dan promosi yang sedang dijalankan, bolehlah layari laman Facebook dan Instagram mereka, @wonderlabofficial.
Jom jadi cantik dan sihat bersama bagai Siti Nurhaliza dengan Beautéssence™️! Dapatkannya di sini :-https://wonderlab.com.my/wonder-brands/beausiti-wonderlab/beautessence