Ketika majlis perkahwinan anak tirinya, Adib Khalid minggu lalu memang sudah terserlah ‘baby bump’ Datuk Seri Siti Nurhaliza. Malah seri ibu mengandung terpencar jelas di wajahnya yang tidak putus-putus melemparkan senyuman. Nampak beliau cukup gembira merasai detik momen bergelar ibu tidak lama lagi.
Kegembiraan jelas berganda apabila, penyanyi tersohor ini juga turut memuat turun video ‘ultrasound’ yang menampakkan bayinya itu. Walaupun baru beberapa jam dimuat turut tetapi telah menerima reaksi dari peminat. Video ini ditonton oleh hamir 420 ribu follower dan juga netizen yang tak henti-henti ucapkan tahniah dan turut mendoakan beliau.
Dalam caption yang dimuat turun itu Siti yang membahasakan dirinya sebagai Ibu kepada Siti Jr itu mengundang usikan nakal memberitahu anaknya begitu sopan.
Malah bukan itu sahaja doktor yang melakukan ujian berkenaan juga turut memberitahu baby penyanyi tersohor negara itu seorang yang pemalu dan sopan orangnya. Malah dalam video itu juga menampakkan sesekali si kecil menguap kerana mengantuk.
Pelbagai reaksi yang diterima daripada netizen yang yang pastinya peminat Siti berkongsi momen kegembiraan ini.
@aidasophiapian Alhamdulillah @ctdk Semoga Allah permudahkan. You deserve to know the happiness of being a mother. I will pray for you. Insha Allah dapat jumpa. Take care.
@bundaseri98 Alhamdulillah setelah zekian lama menunggu…akhirnya datok CT akan segera menjadi ibu…mudah2an sy segera menyusul
@wilanurhalizasz @ctdk sopan macam ibunya lah
@linamohd56 Alhamdulillah,.. Blom smpai wktu nya utk kamu mlihat dunia,.. Psti ibu mu mnangis mlihat kamu waktu ini,.. Tpi hti nya cukup gembira, melihat kamu sehat,.. Smuga ayh dn ibu mu mninti kelahiran kamu dgn penuh doa, agar kamu lahir saorg puteri yg sngt cntik mcm ibu mu,.. Alhamdulillah,.. Sht lh kamu dudok dlm rahim ibu mu smntra wktu,.. Semoga Allah lindungi kamu dgn brkat doa ayh dn ibu mu,..kmi jga mndoa kn kamu sht,..
Artikel Berkaitan: Siti Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
Sebelum itu, dalam instagram pengurusnya, Rozi turut mendedahkan selera Siti sepanjang mengandung yang tidak lalu untuk makan. Namun dek kerana rasa mengidam bakal ‘ibu’ ini Rozi setia melayan kerenah dan menuruti segala permintan Siti.
Admin faham perasaan selera orang mengandung ini memang macam-macam ragam. Semoga Siti terus gembira merasai detik 9 bulan terindah dalam hidunya setelah hampir 11 tahun menanti #AnugerahTerindah pada dirinya kurniaan Allah SWT.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI