Siti Hajaar Sah ‘Suri Hati’ MK, Mas Kahwin RM 302 & Seutas Rantai Emas Tanda Ikatan!

Share

Gadis yang pernah didakwa mempunyai keturunan keluarga ternama Pahang, Siti Hajaar Syeikh Nordin, kini sah menjadi isteri kepada penyanyi rap terkemuka MK-Kclique atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amir Hamdan.

Penyanyi tempatan MK K-Clique dan pasangan Siti Hajaar selamat bernikah di Masjid Jamiul Huda, Ampang Selangor pagi tadi. 

Artikel Berkaitan : MK Rancang Tunai Umrah Selepas Syawal Mohon Doa Agar Urusan Dipermudahkan

MK dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan. 

Bercakap dengan salah satu media tempatan, MK meluahkan rasa syukur kerana majlis akad nikahnya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Syukur dah menjadi suami, doakan kami bahagia selamanya” – ujar MK.

Pasangan ini akan melakukan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu. 

Selepas berulang kali menafikan dakwaan mengenai perkahwinan, kini MK telah menjawab segala persoalan dengan menjadi suami kepada pasangannya. 

Sekadar info, sebelum ini tular di media sosial kononnya MK bakal menamatkan zaman bujang apabila secara tiba-tiba menghadiri kursus perkahwinan bersama wanita yang dikenali sebagai Siti Hajaar dan memuat naik gambar berukuran pasport lengkap bersongkok di laman Instagram miliknya.

Sumber : mStar, ehmalaysia, officialhlive

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Farah Zulaikha