Apakah makanan ‘air tangan ibu’ yang menjadi kegemaran hijabi? Haa.. Pasti sukar untuk membuat pilihan kan? Kerana, apabila disebut sahaja hidangan paling sedap pernah dinikmati seumur hidup, pasti ramai yang bersetuju bahawa asakan yang dimasak ibu masing-masing adalah yang terbaik!
Walau ke mana juga kaki melangkah, masakan air tangan ibu sendiri sememangnya tiada tandingan. Walaupun hanya hidangan ringkas seperti telur goreng, namun masakan ibu tetap paling sedap di dunia.
Begitu juga dengan penyampai radio serta aktress jelita, Siti Elizad yang memuji masakan arwah ibu sememangnya super sedap, terutamanya apabila memasak menu gulai lemak cili padi dan rendang.
Luah Elizad, selepas pemergian ibu, Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh ke pangkuan Ilahi akibat penyakit Parkinson, rasa rindu yang teramat terhadap ratu hidupnya itu sukar dibendung.
“Saya bersyukur sempat mewarisi ilmu memasak daripada ibu. Cuma saya tak sempat belajar menjahit dengan arwah.
“Ada sesuatu yang istimewa dalam masakan mama, sebab setiap masakan lauk pauknya, mama mesti tambah ulam-ulaman, tak kisahlah ulam apa, kebiasaanya pucuk ubi. Malah, di sekeliling rumah di kampung dulu, mama tanam macam-macam jenis ulam-ulaman,” ujar Elizad mengenang ibunda tersayang.
Artikel berkaitan: Resepi Masakan Cina ‘Simple’ Bersulam Dakwah, Wanita Mualaf Gemar Kongsi Ilmu Meski Ada Serba Kekurangan
Sebagai anak tunggal perempuan daripada lima beradik, Elizad atau nama penuhnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin yang banyak mengambil alih tugas arwah dalam mengelolakan keluarganya.
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi (daun lembut sahaja)
1kg daging salai | hiris nipis
3 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | siat-siatkannya
1kg santan pekat
Garam dan gula
4-5 biji belimbing buluh
1 keping asam gelugor
BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
1cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan daging salai dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan separuh dari santan.
2. Masak sekejap sehingga daging empuk.
3. Setelah kuah agak kering, masukkan kesemua lebihan santan dan kacau rata. Guna api dapur yang agak sederhana agar santan tak pecah.
4. Masak hingga kuah benar-benar masak dan perasakan garam dengan secukupnya. Masukkan belimbing buluh dan daun pucuk ubi yang telah dibersihkan.
5. Setelah daun agak layu sedikit, dalam 10 min bolehlah tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Sumber: Majalah RASA
Artikel berkaitan: Masak Nasi Cukup-cukup, Lebihan Nasi Yang Dipanaskan Semula Berisiko Sebabkan Keracunan Makanan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.