Siti Aafiyah Bagi ‘Hint’ Hisap Ibu Jari Kaki, Siti Kata ‘Oh No’ Sebab Belum Puas Manja Dengan Baby Girlnya

Share

Belum pun sampai setahun lagi puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah lahir ke dunia ini nampaknya si kecil ini sudah menampakkan tanda seperti mahu adik lagi. Ini dapat dilihat dalam video yang dimuat turun di laman instagram Siti di mana Siti Aafiyah sedang enak menghisap ibu jari kakinya. Menurut netizen kata orang tua-tua, jika baby kecil hisap jari tanda mahu adik lagi. Siti yang sedang asyik melayan anak kesayangannya itu juga seperti memberitahu belum tiba masanya untuk menimang cahaya mata lagi.

Ketika bercakap-cakap dengan anaknya itu, Siti bertanyar Siti Aafiyah ‘best ke hisap  jari tu’. Tanpa mengendahkan pertanyaan ibunya si kecil ini nampaknya begitu asyik menghisap ibu jari kakinya.

Siti menambah, belum masanya (mungkin tambah anak) lagi  kerana Siti masih belum puas bermanja dengan baby girl yang dilahirkan 1 Rejab lalu.

Banyak kali nampaknya Siti mengingatkan Aafiyah supaya tidak menghisap ibu jari berkenaan. Seperti memahami pertanyaan ibunya, Siti Aafiyah memberi respon dengan menggelang-gelengkan kepala bagaikan tanda tidak setuju dengan permintaan ibunya itu.

Video yang dimuat turun ini mendapat hampir setengah juta tontonan dan lebih seribu komen.

Rata-rata netizen turut memberi komen positif melihat pelakuan ‘comel pipi merah’ yang kini sudah berusia hampir enam bulan.

Orang tua-tua kata nak dapat adik lagi

noranihakim Haahaah org tua2 kata kalu baby dah hisap jari kaki dia nk adik lg.hahaha

cikmawarpagi Afiah nak dpt lgi tu,org tua2 ckp kalau ank hisap ibu jri kaki nk dpt adik,mudah2han Afiah dpt adik Aamiinn..

lianasobrie Haaa tak lama lagi dapat adik…macm ank sayaacm nie la tup tup dapat adik umur 1tahun 4bulan

syakiiraaaa mak saya ckp kalau kalu gigit kaki nak dapat baby lagi @ctdk

animanazman Hisap ibu jari kaki, org tua2 kata nak bole adik ni, alhamdulillah

hjhnoraabdalim Baby Aafiyah panggil adek tu … innsya Allah ada rezeki tu nanti …

arinahibrahim Huih nak dpt adik ni Dato Seri  @ctdk tp tu org tua2 kata..the truthfull is only Allah knows

farahidaothman Nk dpt adik lg tu.. Dlu ank sy pun mcmtu la.. Sy jd hairan plk tgok.. Kebetulan dpt tahu pregnant 4 weeks alhamdulillah

Ada juga turut mendoakan Siti mendapat anak lagi.

nurazuraa_Semoga @ctdk dapat baby lagi . Murah rezki selalu . Aamiin .
fiza.pija saya doakan tokti ada zuriat lgi aamiin

Hisap ibu jari boleh rangsang perkembangan otak baby

yantilicious Ibu jari kaki bleh merangsang perkembangan otak….bagus utk baby buat mcm tu
nisa_muhamad Saya lagi suka anak hisap ibu jari kaki tu. Otak dia sedang dirangsang. Berjaga2 la ibu. Sel2 otak dia nak berkembang lagiiii hihi

Sebab nak tumbuh gigi

azimat89 Nk tumbuh gg
wardaharipin Dh gatal gusi dh tu nk tumbuh gigi
everydaypu3 gusi gatal laaa ni
Dalam usia berkenaan memang seronok untuk bermain dan bermanja dengan anak sekecil ini, kerana mereka seolah-olah sudah memahami apa yang kita sembangkan. Itulah perasaan sebenar yang dilalui oleh penyanyi tersohor negara ini.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Allah hadirkan permata cukup berharga. Dan sebagai seorang ibu, Siti pastinya tidak akan melepaskan peluang merasai setiap detik juga momen berharga buat dirinya itu.

 

Published by
Siti Zurina