Belum pun sampai setahun lagi puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah lahir ke dunia ini nampaknya si kecil ini sudah menampakkan tanda seperti mahu adik lagi. Ini dapat dilihat dalam video yang dimuat turun di laman instagram Siti di mana Siti Aafiyah sedang enak menghisap ibu jari kakinya. Menurut netizen kata orang tua-tua, jika baby kecil hisap jari tanda mahu adik lagi. Siti yang sedang asyik melayan anak kesayangannya itu juga seperti memberitahu belum tiba masanya untuk menimang cahaya mata lagi.
Ketika bercakap-cakap dengan anaknya itu, Siti bertanyar Siti Aafiyah ‘best ke hisap jari tu’. Tanpa mengendahkan pertanyaan ibunya si kecil ini nampaknya begitu asyik menghisap ibu jari kakinya.
Siti menambah, belum masanya (mungkin tambah anak) lagi kerana Siti masih belum puas bermanja dengan baby girl yang dilahirkan 1 Rejab lalu.
Banyak kali nampaknya Siti mengingatkan Aafiyah supaya tidak menghisap ibu jari berkenaan. Seperti memahami pertanyaan ibunya, Siti Aafiyah memberi respon dengan menggelang-gelengkan kepala bagaikan tanda tidak setuju dengan permintaan ibunya itu.
Dalam usia berkenaan memang seronok untuk bermain dan bermanja dengan anak sekecil ini, kerana mereka seolah-olah sudah memahami apa yang kita sembangkan. Itulah perasaan sebenar yang dilalui oleh penyanyi tersohor negara ini.
Setelah sekian lama menanti, akhirnya Allah hadirkan permata cukup berharga. Dan sebagai seorang ibu, Siti pastinya tidak akan melepaskan peluang merasai setiap detik juga momen berharga buat dirinya itu.
Selain jerawat, jeragat juga antara musuh utama di wajah setiap wanita. Memang sukar untuk menghilangkannya kecuali hanya sembunyikan dengan memakai concealer atau foundation tebal. Tetapi jangan bimbang dengan kecanggihan teknologi sekarang mudah untuk tahu petua terbaik hapuskan jeragat degil.
Perkongsian dari Puan Aisyah Badar Bajrai di laman facebook memberitahu cara membuat masker magik untuk menghalau jeragat ini. Hanya menggunakan bahan dapur dengan kos yang sangat murah.
Walaupnn hasilnya sedikit perlahan tetapi yang penting penggunaan bahannya selamat untuk kulit wajah. Selain hilangkan jeragat, ia juga boleh mencerahkan kulit wajah jika diamalkan secara konsisten.
Namun begitu dingatkan jangan pakai masker ini lebih 15 minit kerana boleh menyebabkan kulit kering dan hanya pakai ketika waktu malam sahaja.
MASKER MAGIC HALAU JERAGAT
Sebab ramai naa ada masalah jeragat, jadi Aisyah share kat wall Aisyah jugak la. Mudah mudahan ramai serasi dengan masker magic ni tuk hilangkan jeragat.
Kalau korang nak tau, masker magic ni guna bahan dapur jek tau. Tapi cam biasa la, paling best sebab kos dia murah banget.
Masa memula jumpa resepi ni Aisyah macam tak caya sangat. Sekali tengok ramai bagi feedback positive. Perghh, jeragat dorang sebelum ni yang setebal awan mendung tetiba boleh nipis. Ada tu jeragat terus hilang lepas konsisten pakai masker ni.
Tapi cam biasa la, ni rawatan alami. Bukan guna bahan kimia. Jadi kesan dia slow. Slow slow dia, tapi selamat tuk kulit kita. Pastu yang bestnya masker ni boleh cerahkan kulit muka kita jugak tau.
Ehhh, kalau ada masalah jerawat pun boleh pakai masker ni sebab semua bahan bahan masker ni bagus tuk halau jerawat. Dah la, penat type, jom kita tengok resepi;
————————————————————-
MASKER MAGIC HALAU JERAGAT
1 biji kentang rebus 1 biji limau nipis atau setengah biji jus lemon 1/2 sdk kunyit serbuk Air rose secukupnya, pakai air tapis atau mineral pun boleh.
Cara cara nya
1. Korang blend jek semua bebahan ni sampai dia jadi paste cam custard, betu betul halus. Make sure paste ni tak terlalu pekat, tak terlalu cair tau.
2. Korang urut muka korang dengan masker ni selama 2 minit. Pastu biarkan dia kering jap dalam 15 minit. Jangan lebih tau. 15 min jek cukup. Sebab takut muka kering sangat nanti.
3. Balance masker ni korang masuk mangkuk bersih bertutup. Pastu simpan dalam esbok. Boleh tahan tuk 5-6 hari gitu.
Tadaaa, senang jek kan. Barang-barang dia pun murah. Siapa yang ada masalah jeragat teruk, korang boleh pakai masker ni hari hari. Bila dah ok, korang pakai seminggu 4 kali jek.
Tapiiii, ingat betul betul. Jangan pakai lebih dari 15 minit, nanti kulit korang boleh kering. Pastu korang boleh pakai waktu malam jek.
tips penting, korang jangan lupe pakai sunblock waktu siang tau. Baru la jeragat baru tak boleh datang sebab sunblock tu dah protect kulit kita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mereka yang dijemput menunaikan ibadah haji dan umrah di tanah suci Mekah pasti mendambakan untuk dikurniakan rezeki untuk mencium Hajarul Aswad.
Hajarul Aswad merupakan antara mukjizat Allah yang istimewa apabila, batu dari syurga itu diletakkan di sudut timur pada bahagian luar Ka’bah. Walaupun ketika melaksanakan ibadah tawaf atau sewaktu mengelilingi Ka’bah, rata-rata jemaah haji atau umrah pastinya berkesempatan untuk melihat Hajarul Aswad meski dari jarak jauh sahaja.
Namun, tak semua tetamu Allah dikurniakan rezeki untuk mendekati apatah lagi menyentuh dan mencium Hajarul Aswad. Selalunya, jemaah yang mempunyai keinginan mencium Hajarul Aswad perlu berusaha dan bergelut dengan jemaah lain yang juga mempunyai tujuan sama, kerana ibadah tawaf dilaksanakan secara berjemaah.
Hanya Berbekalkan Senyuman, Nazim Puas Hati, Meski Hanya Kucup Penjuru Yamani
Tetapi lain pula dengan apa yang dialami oleh aktor kacak, Nazim Othman apabila baru-baru ini tular di laman Tik Tok video detik-detik indah memaparkan Nazim yang berada di tengah-tengah kesesakan ribuan jemaah di hadapan Kaabah yang sedang berusaha mendekati Hajar Aswad.
Namun Nazim puas, dengan hanya berbekalkan senyuman dan begitu bersahaja dia direzekikan mengucup penjuru Yamani, iaitu tempat terletaknya batu asal yang tidak pernah diubah menghala ke arah negeri Yaman.
Penjuru Yamani atau lebih dikenali sebagai Rukun Yamani ini, terletak di posisi sejajar dengan Hajar Aswad. Ketika melakukan tawaf sunat, adalah sunnah untuk menyentuh rukun Yamani. Kawasan ini juga dikatakan sebagai kawasan mustajab untuk berdoa.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat riak wajah bahagia terpapar diwajah Nazim. Dirinya kelihatan begitu berpuas hati dan tersenyum usai mengucup batu itu biarpun sedang berada dalam asakkan orang ramai.
Apa Agaknya Amalan Yang Sering Dilakukan Nazim?
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa sebak mereka selepas melihat kegigihan pelakon itu untuk mengecapi momen yang diimpikanya itu. Meski tak dapat mengucup batu Syurga Hajarul Aswad.
Malah, ada yang menyatakan bahawa disebalik riak wajah puas yang dipaparkan Nazim. Namun, seperti ada sesuatu perkara terpendam yang tak terluahkan yang sedang ditanggung dirinya.
Ada juga yang ingin mengetahui apakah amalan atau kebaikkan yang sering dilakukan Nazim sehingga Allah permudahkan segala urusan di Tanah Suci Mekah.
Sekadar info, adalah sangat istimewa jika jemaah yang menunaikan ibadah Haji dan Umrah berkesempatan menyentuh dan mencium Hajarul Aswad.
Hajarul Aswad terdiri dari lapan keping batu yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak. Menurut, sumber batu hitam itu kini sudah licin kerana sering di kucup, dicium dan diusap oleh ribuan manusia sejak zaman Nabi Ibrahim a.s lagi.
Anak adalah anugerah Allah tidak bernilai. Kalau boleh sebagai ibu bapa kita mahu menatangnya bagai minyak yang penuh. Dan jika diizinkan sebagai ibu mahu memberi susu ibu yang memang terjamin keselamatannya untuk diberi pada si kecil. Namun ada orang rezeki untuk memberi susu badan hanya untuk bulan-bulan awal sahaja dan sebagai ganti perlu memberi susu formula pada anak. Tak salah memberi susu formula, tetapi kadang-kadang kita tak sedar apa yang diberi ini sebenarnya adalah susu formula tiruan.
Dalam hal ini kita tak menyalahkan pengeluar. Ini kerana jika barang lain pun boleh ditiru, tidak mustahil susu formula yang memang meningkat permintaannya turut ditiru juga. Lumrah manusia ini selagi boleh buat keuntungan, selagi itulah akan melakukannya tanpa memikirka nasib orang lain.
Perkongsian dari seorang pengguna laman sosial Seila Nawi menceritakan pengalamannya terbeli susu tiruan untuk anaknya. Sebelum it anaknya ditahan hospital selama 2 minggu disangka sakit biasa. Hinggalah dia menyedari rupa-rupanya kesan dari susu tiruan yang diminum.
Bermula dari mengalami muntah-muntah, demam yang bersilih ganti dan kulit jadi kemerah-merahan hinggalah mengeluarkan najis yang begitu busuk baunya. Ternyata pengalaman hampir dua minggu itu menyedarkan wanita ini yang anaknya terminum susu tiruan (sebelum ini tidak tahu punca dan menyangka masalah salah beri makanan) setelah mendengar berita mengenainya.
Baca pengakuannya di sini dan admin harap ibu-ibu di luar sana berhati-hati dengan perkara ini. Semoga anak-anak kita yang masih kecil dilindungi Allah dari sebarang bahaya.
BACA PERKONGSIAN PENGALAMANNYA:
Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih.
Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.
Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;
Mead Johnson Malaysia & pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu
Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.
Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.
MUNTAH BERPANJANGAN
Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.
*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami*
Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah2 tu, saya mandikan dia. Demam on off.
Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pon dia taknak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.
KELUARKAN NAJIS BUSUK
Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa2 sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan).
Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration & untuk pemeriksaan lanjut.
Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung taknak susu atau makan.
Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu.
Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa2 alergik.
Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan utk punca.
Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit & demam on off, merah2 di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang.
BERAK BERDARAH
Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam2 ubat dekat Mikael yang masih baby.
Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa2 solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu Enfalac?
Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.
Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.
Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum?).
Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.
TUKAR SUSU LAIN
Cuma nasihat saya, ibu2 yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai.
Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni.
Untuk parents, kalau anak2 kita ada tanda2 macam saya sebutkan di atas, cepat2 bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak2 kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.
Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul2 discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.
TERKINI STATUS & GAMBAR ADIK MIKAEL YANG DIMUAT TURUN IBUNYA.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...