Sumber dari Canva

Syukur ke hadrat Ilahi kita dapat menikmati Ramadan pada tahun 2023. Boleh disimpulkan banyak perkara yang terjadi sepanjang beberapa hari berlalu dalam bulan suci ini.

Bagi mereka yang berjauhan dari keluarga, sudah tentunya Ramadan kali ini pasti akan menjadi sukar sedikit. Tapi itu tidak bermakna anda menghiraukan tentang diri sendiri, ini ada beberapa perkara yang harus anda titikberatkan.

Artikel berkaitan: Cepat Sangat Lesu Bila Ganti Puasa? Ikuti Tip Dan Ambil Minuman Ini Untuk Sentiasa Bertenaga!

Bersendirian Di Bulan Ramadan Perlu Jaga Diri!

Berdikari adalah salah satu ciri seseorang itu mengorak langkah ke alam dewasa. Malah, ramai yang lupa untuk menjaga diri kerana sibuk mengejarkan kerjaya masing-masing.

Ads

#1. Kesihatan Badan

‘Single’ Semasa Berpuasa Dan Jauh Dari Keluarga? Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan!
Sumber dari Canva

Menjelang Ramadan, ramai yang akan menghadapi kesukaran menyesuaikan diri untuk berpuasa. Anda yang punyai beberapa masalah seperti gastrik atau sebagainya perlu lebih peka dengan kesihatan diri.

Bersendirian tidak bermakna anda perlu mengabaikan kesihatan diri. Jadi ia amat penting untuk lihat kesihatan diri dan jangan terlalu ‘memaksa’ kalau tidak larat untuk melakukan sesuatu.

#2. Stok Makanan

‘Single’ Semasa Berpuasa Dan Jauh Dari Keluarga? Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan!
Sumber dari Canva

Dalam bulan ini, stok makanan adalah sangat limit oleh kerana orang ramai yang setiap hari berpusu-pusu membeli barang pasar sebagai stok untuk berbuka dan sahur. Oleh dengan itu, anda perlu pastikan stok makanan mencukupi bagi setiap minggu supaya tidak menghadapi masalah ketiadaan makanan pada satu masa.

Ads

#3. Peralatan Beribadah

‘Single’ Semasa Berpuasa Dan Jauh Dari Keluarga? Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan!
Sumber dari Canva

Peralatan beribadah seperti tasbih, sejadah, telekung mahupun kopiah amat penting untuk melengkapkan diri anda untuk beribadah. Selain dari itu, bawa juga pencuci muka atau barang-barang untuk menyucikan diri supaya anda boleh kekal fresh di mana-mana sekali pun.

Artikel berkaitan: Hidap ‘Gastrik’ Punca Puasa Terganggu? 6 Langkah Mudah Ini Penyelesaianya!

#4. Perbanyakkan Ilmu Puasa

‘Single’ Semasa Berpuasa Dan Jauh Dari Keluarga? Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan!
Sumber dari Canva

Bila berpuasa anda pasti akan menghadapi masalah seperti was-was tentang sesuatu perkara yang dibuat ketika puasa. Maka anda perlu rajin melihat pada sumber-sumber yang sahih dari di ganggu perasaan risau di hati.

Ads

#5. Set Alarm!

‘Single’ Semasa Berpuasa Dan Jauh Dari Keluarga? Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan!
Sumber dari Canva

Duduk bersendirian sudah tentu anda akan banyak terleka dan terlupa tentang masa. Set Alarm! Itu kunci untuk anda lebih peka dengan sekeliling, takut jua jika terlepas waktu sahur dan berbuka kerana leka bekerja seharian.

Dalam bulan Ramadan ini juga banyak dugaan yang bakal menimpa. Tatkala berpuasa ada sahaja ragam yang perlu kita lalui, jadi pastikan anda kuat mental dan fizikal bagi menempuhi apa-apa rintangan yang berlaku!

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI