Penyampai dan model jelita, Olla Ramlan cukup terkenal dengan gaya fesyennya yang berani dan tersendiri. Namun siapa sangka, usianya kini sudah pun mencecah 43 tahun. Pada usia tersebut, Olla masih tampil fashionable setiap hari.
Namun, setiap kali memuat naik foto dirinya di media sosial Olla kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar dengan penampilan yang sangat stylish!
Olla sentiasa mempunyai cara terbaik untuk mix and match setiap outfit agar sentiasa kelihatan menarik tak kiralah dalam gaya formal, kasual mahupun feminin. Simple
tapi ada kelas tersendiri!Seperti foto yang dimuat naik ini, Olla adakalanya tampil dengan gaya boyish.
Selain itu, Olla juga kelihatan sangat bergaya dalam posting ini. Gaya Olla di atas kapal nampak anggun dengan dress merah jambu.
Dress ini mempunyai potongan yang ringkas dengan lengan panjang klasik. Warna merah jambu yang dipilih juga memberikan kesan segar.
Satu elemen yang menyerlah lagi penampilan Olla ialah tali pinggang di bahagian pinggang. Ia bukan sahaja memberikan aksen visual yang menarik, tetapi juga membantu mencipta silhouette.
Olla turut membuat perubahan sedikit pada stail tudungnya. Tudung merah jambu memberikan sentuhan bergaya dan unik pada penampilannya.
Sebagai ekstra kepada penampilan, Olla memilih untuk memakai cermin mata hitam dengan perincian bingkai berwarna putih.
Cermin mata ini bukan sahaja memberikan perlindungan daripada sinaran matahari, ia turut memberikan sentuhan moden dan berkelas.
‘Forever Young’
Tudung sifon kelabu yang dipakai Olla ini memberi gaya forever young. Ternyata Olla bijak bermain dengan warna.
Olla memilih untuk menggabungkan T-shirt longgar dengan skinny jeans.
Gaya sporty terserlah dengan pemakaian sneaker. Begnya yang berwarna jingga terang menjadikan Olla kelihatan sangat segar dan muda.
Ilusi Langsing Dengan One Tone Color
Warna hitam sememangnya mudah untuk dipadankan dengan apa jua warna mahupun outfit. Baju berwarna hitam biasanya menjadi pilihan apabila seseorang ingin kelihatan lebih langsing.
Gabungan warna putih dan hitam dengan motif garisan mendatar menampakkan susuk tubuh Olla yang langsing.
Penampilan dilengkapkan dengan tali pinggang hitam ala korset. Begitu juga dengan seluar panjang dan kasut tumit tinggi berwarna hitam.
Untuk tudung pula, Olla memakai selendang putih material chiffon dengan styling yang ringkas. Simple tapi ada ada kelas!
BACA JUGA: Istiqamah Bertudung & Menutup Aurat SYASYA RIZAL Semakin Cantik, Bahagia Sejak Bergelar Isteri