Memulakan simpanan bukan mudah, tetapi ibu bapa yang bijak pasti memikirkan masa depan seorang anak. Apatah lagi urusan rukun Islam yang ke 5 (bagi yang berkemampuan).
Sebenarnya nak mulakan menyimpan duit anak itu, ibu bapa cuma perlukan satu istilah iaitu istiqomah. Yang mana, jika mereka culas maka tak berhasillah impian ibu bapa nak lihat tabungan anak penuh menggunung ketika anak menginjak remaja. Dan inilah yang dikongsikan oleh Nursha Salleh tentang panduan istiqomah menyimpan duit anak dalam Tabung Haji.
Beliau memberikan 7 langkah mudah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak ada simpanan lebih RM10, 000 dalam Tabung Haji ketika usianya 17 tahun dan ke atas. Tak mustahil ada ibu bapa akan merasakan cara ini kelakar malah mengambil masa yang terlalu lama.
Tapi, ianya lebih kelakar jika ibu bapa cuma memikirkan ianya kelakar dan tidak bermula malah bertindak membuat simpanan. Seringgit sehari tidaklah membebankan. Ibu bapa boleh sebenarnya pejam mata sambil menyimpan.
Ini Cara Simpan Duit Anak Di Tabung Haji Bermula RM1 Sehari
- Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
- Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
- Buat direct debit lebih memudahkan urusan. Apa itu direct debit? Direct Debit ini adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun anda untuk amaun yang tertentu.
- Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
- Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10K:
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
- Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
- Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
- Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.
SUMBER:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI